Pulang sahaja dari tempat kerja. Aku terus menerpa masuk ke dalam bilik Kayyis. Sejak perbualan di antara aku dan Emran pada tengahari tadi. Langsung tak senang duduk aku mahu membuat kerja.
Bila tanganku bergerak, mencairkan dua sudu marjerin. Ketika itu juga kepalaku menerawang mengingatkan tutur kata Emran pada tengahari tadi. Apabila tangan sibuk menghias kek dengan buah strawberi. Ketika itu juga suara Emran bagaikan bergema lagi di cuping telingaku!
"He is lying to you! Never trust my brother. He must have hidden something from you!"
Bibir digigit. Aku tahu! Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan! Sepantas kilat aku menapak masuk ke dalam bilik Kayyis.
Mujur bilik dia tak berkunci. Jadi agak mudah untuk aku pecah masuk bilik beradunya.
Seketika iris mataku memanah ke arah dinding yang dicatkan dengan warna coklat cair. Susun perabotnya masih sama tika aku melawat biliknya dahulu. Malah biliknya ditinggalkan dalam keadaan yang bersih. Sangat berbeza dengan bilik aku yang bagaikan tongkang pecah. Walau aku adalah anak dara!
Sesaat aku menutup pintu bilik lantas bergerak mara ke hadapan. Hidung menangkap bau harum vanilla dari dalam biliknya. Dan kelihatan terdapat beberapa batang lilin wangi diletakkan di atas meja. Mungkin malam semalam, dia nyalakan batang lilin itu.
Tanpa membuang masa. Pantas aku memeriksa kabinet. Mencari jika terdapat apa-apa maklumat yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Seketika aku memeriksa kabinet di meja belajar.
Kemudian aku berlalu ke rak buku. Menyelak beberapa buah buku dan beberapa kotak kecil yang diletakkan di situ. Agak lama juga aku mundar-mandir di dalam bilik Kayyis. Sampaikan aku terpaksa merehatkan tubuh di atas kerusi beroda sebentar.
"Tak ada pula. Mana dia letak ni?" soalku seraya meregangkan sedikit ototku. Sesekali mataku meneliti sekeliling bilik. Mencari jika ada sudut rahsia yang disembunyikan oleh Kayyis.
Buat seketika anak mataku terpaku ke arah almari baju yang masih terbuka. Beberapa helai baju tergantung melimpah di dalam almari. Langsung tiada ruang untuk bernafas. Tiba-tiba terasa terjentik hatiku untuk memeriksa. Aku bangun lantas menyelak helaian baju satu persatu.
Tika itu anak mataku terpaku ke arah satu kotak besi kecil yang diletakkan di belakang beberapa helaian baju.
Spontan tanganku bergerak membuka kotak besi tersebut. Tak boleh dibuka. Terlalu ketat. Aku membelek-belek kotak besi tersebut. Mencari punca dan tatkala anak mataku terpaku ke arah mangga kecil di tengahnya. Terus helaan nafas terlepas.
"Berkunci pula," rungutku sambil menggigit sedikit bibirku. Lantas aku bangun lalu bergerak mencari kunci. Namun tak kesampaian apabila telingaku menangkap bunyi enjin kereta di halaman rumah.
"Dia dah balik!"
Peluh dingin mula merenik di dahi. Sepantas kilat aku menyusun semula barang-barang yang dipunggah ke tempat asal. Sangat tergesa-gesa hinggakan aku dapat rasakan dadaku berdebar laju. Takut andaikata aku terlepas pandang. Kayyis akan sedar akan sesuatu!
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomantikCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...