Aku menguap beberapa kali. Penat dek mencari abang long malam semalam. Sampaikan aku balik ke hostel dalam pukul satu pagi. Fikir kalau tak jumpa juga abang long atau sebarang maklumat tentang dia.
Memang esok aku balik dengan tangan kosong jawabnya. Lama termenung. Tiba-tiba terasa perut aku berkeroncong.
"Laparnya..." Aku ketap bibir dan aturkan langkah melepasi beberapa gerai makanan di dalam Times Square. Fikir tadi, aku langsung tak menjamah sebarang makanan. Memandangkan duit di dalam dompet. Hanya tinggal sepuluh ringgit.
"Beli maggi jalah..." Aku hela nafas tatkala menatap beberapa ketul donut di dalam almari kaca. Tahan nafsu, Jelita!
Ingat!
Beli maggi ja, kau boleh isi perut kau sampai esok! Ingat! Kau tu dah fasa B40! Apa kelas duit tinggal sepuluh ringgit ja, nak beli makanan 'T20'? Aku mengutuk diri sendiri sambil masuk ke dalam 7 Eleven. Dapat saja maggi cup. Aku terus ambil tempat di kerusi terdekat. Rehatkan diri sambil melayan lagu Collide di earphone.
"Lapar?" satu suara garau tiba-tiba berbisik di cuping telingaku. Lantas satu plastik yang tertulis Big Apple dilayangkan di wajahku. Aku angkat muka dan memandang lelaki yang masih berdiri di belakangku. Masih setia memegang plastik Big Apple sambil tersenyum.
"Huh? Kayyis?!"
"Holaaa!" Kayyis angkat sebelah tangan dia dengan gaya high-five manakala sebelah lagi masih memegang plastik donut.
"Awak buat apa dekat sini?" Berkerut dahiku memandang Kayyis. Setahu aku semalam dia bawa Emran balik ke Pahang.
"Saja. Jalan-jalan," pendek sahaja jawapan Kayyis. Tapi aku tahu dia menipu. Tengok sahajalah senyuman 'lebar' dia. Memang ada sesuatu yang dia sembunyikan!
"Hmmm tak nak ambil ke? Rasanya tadi lama awak tenung donut ni. Air liur pun meleleh," usiknya.
"Jan... Jangan nak mengarut! Mana ada sampai air liur meleleh!" jeritku seraya mengambil plastik dari tangan Kayyis. Pipi dah merah menahan malu. Terfikir juga, betul ke air liur aku meleleh?
Aku kalau lapar sangat. Memang serupa 'biawak'. Melekat dekat almari kaca dan tenung lama-lama 'makanan' tu.
"Terima kasih," ujarku sambil jeling sekilas Kayyis. Lantas aku membuka kotak donut. Lapar punya pasal. Memang aku tak cover 'ayu' depan laki dah! Alah, Kayyis ja pun! Nak cover ayu depan dia buat apa? Bukan 'dia' luak dengan aku pun! Aku kan antara 'stok' yang direject!
Cis!
Sedang sedap melantak donut bersalut coklat. Kayyis tiba-tiba mengambil tempat di sebelah aku. Ikut sedap dia ja! Aku jeling Kayyis di sebelah. Dia duduk sambil menopang dagu dengan sebelah tangan. Mata memandang aku. Santai gaya dia tapi aku yang tak selesa masalahnya!
Sumpah, mamat ni dah kenapa? Boleh meremang bulu roma aku kalau dia asyik pandang aku.
"What's wrong with you?"
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...