"Terima-kasih! Nanti apa-apa saya mesej lain dalam Whatsapp. Assalamualaikum!"
Telefon pintar berjenama Oppo ditutup. Aku berlari anak ke arah dapur. Mahu memberitahu umi tentang berita baik ini. Lama menanti, akhirnya dapat juga maklumat tentang abang aku! Syukur, Ya Allah!
Sampai sahaja ke dapur. Kelihatan umi sedang memasak cucur bawang di dapur. Tangannya ligat memusing cucur bawang ke belakang. Perlahan-lahan aku bergerak mendekatinya lantas mencuit pinggang kurus umi.
"Opocot! Ya Allah budak sorang ni! Aku hantuk juga sudip ni nanti kang!" Jari ketam umi sudah mula mencari pinggangku. Tak membuang masa, aku terus menyelinap masuk di celah ketiaknya. Lari selagi mampu! Bahaya!
Sekali kena cubitan ketam umi! Berbisa sampai ke subuh!
"Umi ni berapa kali Jelita nak cakap? Duduk dalam bilik? Memasak tu bagi Jelita ja yang buat!"
"Aku rindu masakan aku. Sebab tu aku duduk sini. Hang tu bebel memanjang. Aku baru sentuh dapur hang dah bebel macam mak lampir!"
Bibir diketap rapat. Hish, ada pula mak lampir! Mana ada mak lampir secomel macam aku! Saja sungguh umi ni!
"Kenalah bising. Umi tu dahlah tak nak dengar cakap doktor. Doktor suruh duduk, jangan buat kerja berat. Boleh pula umi tawaf satu rumah."
"Umi bosanlah duduk dalam bilik.Tak ada apa-apa dekat situ."
"Apa benda yang tak adanya? TV baru ja angkut. Malah radio pun ada ja letak dekat situ," bebelku sambil menjeling umi yang sedang mengacau kopi yang berada di atas meja makan.
"Doktor tu melebih. Aku ni sihat walafiat ja."
"Salah doktor pula," aku merungut. Dah masak dengan perangai umi. Selagi boleh kona! Dia kona! Aku tahu, dalam diam. Umi tak nak buat aku risau. Sebab itu dia cuba menyedapkan hati aku dan Humaira.
Selesai memasak cucur bawang. Aku angkat cucur bawang dan ambil tempat duduk di hadapan umi. Teko dituang dan harum kopi O menyapa deria bauku.
"Umi... tadi Jelita dapat telefon. Ada orang nampak abang long dekat Kuala Lumpur."
"Abang long?" Wajah umi berubah. Sedangkan aku mengangguk.
"Jumpa dekat mana?"
"Tak salah area Bukit Bintang."
Umi menghela nafas. Dari wajahnya aku tahu umi masih rindukan abang. Aku sebagai kakak nombor dua pun. Masih terselit rasa rindu dengan abang long. Manakan tidak, sudah lama kami tidak bersua muka.
Dulu pun semasa arwah abah meninggal. Sekejap sahaja abang long datang. Dalam tiga hari macam tu terus dia ghaib selepas azan subuh. Aku tahu abang long masih rindukan umi dengan arwah abah. Kalau tidak, dia tak akan tinggalkan duit dua ribu dalam sampul dan menangis bila dengar berita kematian arwah abah tiga tahun yang lalu.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...