5

983 27 1
                                    

Pipi sudah membahang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pipi sudah membahang. Manakala Emran sudah tak senang duduk apabila mendengar bahasa kurang ajar abangnya terhadap aku. Apa dia cakap? Reject? Entah dari hulu alien, mana datang! Tiba-tiba ja cakap dia pernah reject aku! Aku siku kang!

"Excuse me! Jaga sikit mulut awak ya?! Saya tak pernah pun jumpa awak! Tiba-tiba cakap saya crush dengan awak! Gila ke apa!? Jangan nak perasan sangatlah!"

Hujung bibirnya bergerak secalit. Mungkin terhibur dengan mulut becok aku! Tapi aku peduli apa! Dah memang betul! Aku tak kenal dia! Aku duduk dekat Kedah. Buat kek dan manisan aja!

"Jelita. This is me Syed Kayyis Kaiser."

Jantung terasa bagai berhenti tatkala mendengar nama yang paling aku nak hindari dalam dunia ni! Apa? Syed Kayyis Kaiser? Aku pandang lelaki itu dengan mata yang membulat.

Kayyis? Aku tenung wajah itu lama-lama. Dari mata turun ke hidung dan terakhir sekali bibir. Aku kematian kata-kata. Tak tahu mahu mengulas apa. Kerana aku tahu pipi aku terasa kebas sekarang.

"It looks like she remembers," ujar Kayyis sambil mengangkat keningnya. Yakin bukan main dia! Aku pula yang tahan malu! Tapi betullah! Mana aku sedar mamat ni dia! Aura lain macam. Malah badan dia pun dah tough! Sampai aku tak berani, nak pandang lama-lama. Takut zina mata, tanpa sedar!

"Abang dengan Jelita. Classmate ke sebelum ni?"

Kayyis menggeleng. Lantas memakai semula ray-bannya.

"Tak. Dia junior aku. Kenal pun sebab dia selalu join geng senior lain," ujar Kayyis sambil memeluk tubuh.

Tak sangka dia boleh ingat aku lagi. Aku ingat dia dah lupa dah! Kembang sekejap! Tapi, serius. Tak sangka pula Emran ni adik Kayyis. Sebab tak salah aku Emran pernah cakap bahawa dia sekolah lain. Bukan itu sahaja, wajah mereka pun tak macam adik beradik. Tapi bila fikir balik. Ada ja muka adik-beradik berbeza. Macam aku dengan Humairah.

"E... Emran saya... saya nak pergi dul..."

"Tapi Jelita..."

"Hmm tak selesa. Sebab saya ada ke?"

Nafas terasa tersekat di kerongkong dan aku cuba tahan diri dari berpaling ke arah Kayyis. Hish! Soal lagi! Mestilah aku tak selesa bila ada kau! Takkan aku nak berfangirling. Beramah mesra, macam dulu lagi?! Kau, gila ke apa?!

"Aik? Takkan dah senyap dah? Tadi mulut tu dah serupa macam machine gun. Sekarang ni takkan tiba-tiba bisu pula?" ujar Kayyis mencabar. Mungkin lucu melihat aku yang bagaikan berak kapor sekarang. Sejak dulu lagi memang perangai dia suka mengusik! Tak sangka bila dah besar ni! Perangai tu masih melekat-lekat dalam badan dia!

"Sweetheart, I'm talking to you."

Sweetheart tahi kau! Pandai-pandai ja nak cakap aku sweetheart dia! Kalau aku sweetheart dia! Tak adalah aku menangis sampai nak makan pun. Tak ada selera! Menangis sebab crush tolak! Huh! Sampai sekarang aku masih berdendam dengan dia! Ingat aku nak maafkan dia dan cakap 'Hi, how are you? Yeah I'm fine thank you!'. Hish memang mintak simpanglah!

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now