KAYYIS
Sebelah kening terangkat tatkala anak mata terpaku ke arah Ashad yang sedang solat di dalam sel. Aku ingat lepas dah dapat satu atau dua tumbukan. Dia dah angkat bendera putih. Rupanya boleh tahan juga sikap keras kepala dia. Aku tarik kerusi dengan sebelah kakiku lantas aku labuhkan punggung di situ. "Entah betul entah tidak arah kiblat dia." ejekku seraya mengeluarkan telefon lantas membalas mesej kenalan wanitaku.
Beberapa minit selepas itu, aku kembali menapak ke atas. Ambil makanan Ashad, memandangkan dia special case dari tawanan yang lain. Bayangkan... dia seorang sahaja. Tuan Zuhai sanggup arahkan Seri memasak nasi goreng. Sedangkan tawanan yang lain makan nasi dan kicap sahaja.
"Nah makan!" bungkusan makanan dan air mineral aku campak ke lantai.
Ashad yang masih lagi duduk bersila sambil berselawat, terganggu tatkala melihat makanan yang sudah tersadai ke lantai. Dia gigit bibir, mungkin tengah tahan geram.
"Kalau kau bencikan aku sangat. Jangan campak makanan ni. Menangis mereka..."
Aku julingkan mata ke atas. Sumpah mamat bajet Ustaz ni. Sebijik dengan mommy aku!
"Kau jangan nak berlagak alim sangat dengan aku. Rimassss!"
Ashad ketap bibir dan sayup-sayup telingaku menangkap dia istighfar.
"Ohh pleaseee! Janganlah munafik sangat!" aku berdecit lantas mengunci mangga sebelum aku sandarkan tubuh ke dinding. Malas nak menghadap orang munafik. Bajet alim sangat. Rimas aku. Patutlah bukan main Zamrul belasah dia. Tak boleh tahan agaknya menghadap orang munafik abad yang ke 21.
"Eagle."
Kepala didongak apabila Seri tiba-tiba muncul dengan plastik makanan di tangan. Mungkin nak hantarkan makanan di atas memandangkan Seri jaga tawanan di tingkat atas. "Macam mana dengan dia? Faham bahasa tak?"
"Dia faham aja. Cuma itulah dia bajet alim sangat... Aku tak tahu pula Tuan Zuhai tangkap ustaz olok-olok."
Seri tersengih.
"Asal kau cakap macam tu Eagle?"
"Bayangkan dia soal kau, arah kiblat dekat mana? Kau nak mengamuk tak?"
Seri ketawa mengekek.
"Seriuslah? Dia tanya kau macam tu! Gilalah! Kena tangkap pun. Masih nak solat ke?"
"Aku dah cakap mamat jambu ni bajet alim," ujarku seraya menyelitkan puntung rokok di celah bibirku. Baru sahaja jariku mahu memetik pemetik api. Seri terlebih dahulu merampas pemetik apiku lalu menyalakan hujung puntung rokokku. Bibirnya dikemam sedikit tatkala iris mataku tajam mencerlung ke arahnya.
"Malam ini kau free?" kuyu mata Seri memandang aku. Tatapan yang sama, yang pernah aku dapat dekat wanita yang desperate mahukan perhatian lelaki.
YOU ARE READING
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C
RomanceCOMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki...