56

406 17 0
                                    

"Abang Ashad tak pergi lama pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang Ashad tak pergi lama pun. Arkan jangan risau." Pesan Ashad sambil memujuk Arkan yang sudah sugul wajahnya. Mungkin budak berpipi tembam itu. Tahu dia bakal ditinggalkan lama di sini.

"Ingat pesan abang Ashad. Ikut arahan dan jangan nakal."

Arkan mengangguk lantas merangkul leher Ashad erat. Bibirnya dicebik menahan tangisan. Sedangkan aku tersenyum mengejek.

"Habislah kau budak. Mesti kau kena punya!"

"Jangan dengar cakap abang jahat ni. Dia merapu."

"Abang jahat?" aku kecilkan mataku. Rasa macam tak percaya, Ashad masih ada mood nak balas gurauan aku. Kalau orang lain memang melalak dah.

Keluar sahaja dari bangunan Tuan Zuhai. Mata Ashad terkebil-kebil melihat pemandangan di hadapannya. Mungkin dek agak lama dia berkurung. Lelaki itu bagaikan teruja melihat dada langit dan pantai yang terbentang di hadapan mata. Pulau persendirian Tuan Zuhai memang cantik. Langsung tiada sampah sarap yang tersisa malah air pantainya pun biru jernih.

"Sangat cantik milik Allah," bisik Ashad dan serentak dengan itu dia memejamkan matanya. Mendepakan tangan sambil tersenyum riang.

"We have one life but many people didn't choose it wisely," gumam Ashad lantas berhenti dan memandang dada langit.

"Apa maksud kau?" Soalku yang sedang menghirup botol minuman. Sedangkan Ashad angkat bahunya dan mengelap sesuatu di matanya.

"Tak ada apa-apa. Hmm jomlah. Kita gerak dulu. Aku takut tak sempat pula nak tengok arwah ayah aku."

Beg galas yang diletakkan dipasir dicapai sebelum dia menepuk sedikit bahu kiriku. Kami kembali menonong ke hutan yang sudah diparkirkan dengan sebuah kereta Honda.

 Kami kembali menonong ke hutan yang sudah diparkirkan dengan sebuah kereta Honda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku matikan enjin kereta lantas menjeling Ashad di sebelah. Sejak aku memandu dari Thailand tadi, Ashad lebih banyak termenung. Mujur radio kereta, ada terpasang juga. Kalau tidak memang dah serupa macam aku duduk di tanah perkuburan. Senyap semacam. "Sampai bila kau nak termenung macam ni? Rumah keluarga kau pun. Kita dah sampai brotherrr."

Ashad jeling beberapa buah kereta yang berada di simpang jalan lantas mengeluh. "Aku banyak berfikir,"

"Kalau kepala kau kusut sangat. Aku rasa lebih baik kau..."

Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | CWhere stories live. Discover now