Week 2

1.7K 20 6
                                    

Nadia P.O.V

Sudah seminggu aku tidak bertemu dengan Adam. Semenjak kejadian di ruang makan tempoh hari, aku tidak lagi nampak batang hidungnya. semua salah aku. Kalau aku tak bertemu dengan dia sewaktu peristiwa hitam itu pasti semua ini tidak akan berlaku. Mak dan ayah tiada sekarang ni pun semua salah aku... 

"Kak Nadia.. Kak Nadia!" Panggilan Aiden mematikan lamunan ku. Tangannya menarik lenganku. 

"Kak Nadia buatkan Aiden Milo". Ewah-ewah tadi baru je lepas minum Milo, ni nak lagi? Hantu milo lah budak sorang ni. 

"Kejap, Kak Nadia tukar baju jap. Basah masa siram pokok bunga tadi. Aiden tengok tv dulu". Aiden berlalu ke ruang tamu, manakala aku menuju ke belakang villa untuk menukar baju. 

Selesai menukar baju, aku ke dapur untuk membacuh milo. 

"Eh Nadia, bancuh milo lagi? bukan ke baru je tadi sebelum pergi siram pokok bunga Nadia dh buatkan Aiden Milo?" Mak Mah bertanya sambil mengemas rak dapur. 

"Haah. tadi dah buat. tapi aiden  mintak buatkan lagi." Aku membalas sambil mengacau milo di dalam cawan favorit Aiden. 

"Biasanya Aiden tu makan tak banyak, minum pun tak banyak. Pelik juga dia suruh buat banyak kali. Kalau Mak Mah dia minta sekali je. tu pun minum tak habis. Ke yang Nadia buat sedap tapi yang mak mah buat tak sedap?" Mak Mah bertanya sambil mengerutkan dahi.


"Eh takdelah Mak Mah, saya buat biasa-biasa je. tapi dah 2,3 hari ni memang dia akan mintak saya buatkan milo banyak kali. saya ingatkan dia memang suka sangat minum milo. haha" Aku meletakaan cawan ke atas dulang sambil menatang dulang menuju ke ruang tamu. "Kejap eh, Mak Mah. nak hantar ni ke tuan muda sorang tu. " Mak Mah hanya mengangguk sambil mengekori dari belakang. 

Aku meletakkan dulang ke atas meja yang berada di hadapan sofa. tempat Aiden duduk menonton history channel. Pelik-pelik lah rancangan budak sorang ni tengok. aku memang tak lah nak tengok benda ni semua. Aiden hanya mengangguk dan mencapai cawan berada di hadapannya. sambil menghirup perlahan-lahan. Matanya menyoroti rancangan  yang ditayang di tv sambil membetulkan kaca matanya. 

"Kak Nadia.. Kak Nadia tahu tak siapa Eva Braun?" Aiden menyoalku dengan matanya masih memandang tepat ke arah televisyen. Aku yang duduk tidak jauh darinya tersentak. Ah sudah, siapa pulak Eva braun ni? nama macam nama orang putih. penyanyi ke? ke pelakon? 

"Err... akak tak kenal. Siapa tu?" aku menyoal kembali sambil menggaru kepala ku yang tidak gatal berbalut tudung bawal. 

"Tu.. Perempuan tu" dia menunjuk ke arah tv. Lelaki di sebelah wanita itu ku kenali kerana begitu famous dengan misai kontot itu. "Oh... isteri Adolf Hitler ye?" 

"Yup. Akak ni macam perempuan tu ke?" Aiden menyoalku sambil menatap wajahku dengan muka serius. 

"Maksud Aiden?" Ah sudah! kena interrogate lagi dengan budak sorang ni. Muka dia sebijik Adam. Menakutkan!

"Jangan ingat Aiden tak tahu. Kak Nadia ni girlfriend rahsia Papa kan? Sebab tu Papa bawak Kak Nadia duduk kat sini?" Aiden menanti jawapan ku sambil berpeluk tubuh. 

Ah sudah! kenapa la budak macam ni boleh pandai sangat macam ni? Aku memerhati sekeliling. Fuh, nasib baik kak Mah takde. budak ni boleh panggil aku girlfriend rahsia! 

"Errr... tak! bukan..." Aduh.. aku sudah lah tak reti dan tak suka menipu! "Errrr...."

"Aiden nak panggil kak Nadia, Mama boleh tak?" 

Hah??!! 

"Okay lah Mama. Aiden nak naik atas mandi." Aiden bangun dari duduk dan tersenyum ke arah ku. melangkah meninggalkan ku menaiki tangga untuk ke tingkat atas. 

Aku yang masih tidak dapat hadam dengan segala yang diperkatakan oleh Aiden hanya memandang kosong ke arahnya. What? Aiden pandai senyum? pertama kali aku lihat dia senyum. dan pertama kali orang memanggil aku dengan panggilan mama. yang memang menjadi wishlist aku! aku mengesat air mata di tubir mataku dengan hujung lengan tshirt yang aku pakai. 

"Nadia kenapa nangis ni?" Mak Mah menegur ku dari arah belakang. 

"Ehem!"

 Aku mengangkat kepala kearah suara berdehem tersebut. Terus berdiri tegak aku melihat gerangan di belakang Mak Mah. Adam!

"Err... Takde... Takde apa.... Mak Mah.. errr Tuan.. " aku bersuara gugup sambil memadang ke arah lantai. tangan kanan ku menggenggam erat tangan kiri ku. air mata yang tak dapat ku tahan mengalir perlahan di kedua belah pipiku. "Saya minta... saya minta maaf sebab duduk kat sini..." 

"Eh takpelah Nadia. Mak Mah sambut Adam tadi. Nadia tak buat salah apa pun. Dah jangan nangis." Ujar Mak Mah cuba memujukku sambil menggosok perlahan belakang ku. 

"Aiden mana?" Adam menyoal sambil menatap tajam ke arah ku. Suara garau nya memenuhi di segenap ruang corong telinga ku. seminggu tak menatap dan mendengar suaranya. masih sempat hati aku merinduinya meskipun dia melayan aku tak lebih daripada seperti sampah!

"Aiden.. Aiden ada kat atas...  mandi.." jawab ku gugup sambil mata masih memandang ke lantai. 

"Mak Mah nak balik dulu. Nanti Nadia tolong sediakan makan malam eh? Adam, Mak Mah balik dulu ye. Assalmualaikum." Mak Mah berkata sambil tersenyum sambil beredar meninggalkan aku dan Adam. 

Adam mengganguk faham sambil duduk di atas sofa berhampiran dengan tempat ku berdiri. matanya tak lepas daripada menatap wajahku. 

Aku berjalan ke arahnya dan tangan ku di hulur untuk bersalam dengannya. meskipun dia tidak menganggap aku sebagai isteri tetapi aku masih akan tetap menghormati dia sebagai suami. Adam memandang ku pelik..

"Nak salam..." ucapku perlahan. 

Adam menghulur tangan kanannya dan aku segera menyambut tangan kanannya dengan kedua belah tanganku dan dahi kuturunkan dan mencium lembut belakang telapak tangannya. Adam pantas menarik kembali tangannya. 

Aku duduk bersimpuh di hadapannya. dan segera menanggalkan stokin yang dia pakai. aku masih memandang ke bawah. tidak berani menatap wajah yang kurindu dalam diam. takut! Adam bangkit daripada sofa dan berjalan meninggalkanku untuk ke tingkat atas. 

Aku hanya dapat melihat bayang-bayang Adam dari jauh.... 




Note: I'm back after 3 years. haha. tolong komen untuk penambahbaikan. dan komen juga kalau nak Adam P.O.V. terima kasih. xoxo

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now