Whishlist

3.5K 20 0
                                    

Aku terjaga daripada tidur pada waktu tengah hari. Penatnya ku rasakan harini bagai mendaki gunung Everest. Aku tidak ke sekolah harini kerana tragedi pagi tadi yang masih menghantui diriku. Tragedi itu melupakan ku seketika tentang tragedi yang lebih besar yang bakal berlaku.

"Aduh... Laparla." Walaupun kurang beselera namun rasa lapar tidak dapat ku elakkan.

Aku ke meja makan di ruang dapur dan terlihat semangkuk nasi goreng di bawah tudung saji. Sambil membaca sticky note di atas tudung saji yang tertulis 'take care. Love you!' aku segera mencapai sudu, duduk dan makan.

Ermm.. sedap.... Tapi.... Tak sesedap bubur Adam.

Eh? Benda aku merepek ni? Adam tu jahat! Ada tunang sebok goda aku. Ya Allah apa aku buat pagi tadi. Subuh pun hanyut.

Aku mula malu dengan diri sendiri, dengan Adam dan yang penting dengan tuhan!

Malunyaaaa... Terus mati selera aku. Memikirkan aku yang sudah kotor.

Walaupun tidak sampai melibatkan dara namun tetap kotor!

Aku mengemas dapur dan berlalu ke bilik tidur ku kerana selera ku yang sudah mati.

Aku duduk di kerusi berhampiran meja ku  sambil menongkat dagu memikirkan tentang hal yang lebih penting.

6 bulan....

Apa ya aku nak buat dalam 6 bulan terakhir ni. Mengingatkan hal itu air mata ku bertakung di tubir mata hanya menanti masa untuk melimpah.

Ku kesat hingus yang mengalir keluar dengan belakang tangan ku. Dan ku capai diary ku di dalam laci. Pen ku diambil.

Semua yang hidup pasti akan mati. Tetapi biarlah kematian itu menjadi sesuatu yang bermakna.

Kutulis sambil air mata menitis di atas helaian diary ku.

'Mak ayah kejap lagi kita akan dapat bersama kembali...' ucap ku didalam hati sambil esakkan ku menjadi semakin kuat.

Aku teringatkan ibu bapa ku yang sudah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa aku dan adik ku berumur 6 tahun.

Tanpa saudara mara kami berdua membesar di rumah anak anak yatim Darul Qaseh sehingga aku menginjak umur 18 tahun.

Sudah lama aku tidak merasakan kasih sayang dari kedua ibu bapa. Hanya Aina sahaja kini yang menyayangi aku dan aku juga amat menyayangi nya. Aina merupakan sahabat karibku. Sejak zaman universiti lagi kami sudah berkawan baik.

Selepas tangis ku mula reda. Aku menarik nafas panjang dan mula mencoret kembali di dalam diary ku.

'Whishlist before I meet my parents!' takkan nak tulis sebelum mati pulak kan. Nanti nampak sangat sadis hidup aku ni. Huhuhu

Nak buat berapa ye. 100? Tapi macam takdan. 10? Macam sikit sangat. Ermm.. kita buat 10 je la dulu. Kalau ada yang lain kita tambah lagi. Aku berkira kira sendirian.

Selesai menulis aku mencium gambar ibu bapa ku yang diselit ditengah diary sambil menyapu air mata ku.

Aku kena kuat! Hidup dah tak lama tapi aku perlu teruskan. Takperlu sangat fikirkan tentang benda benda buruk. Aku nak jadi manusia paling bahagia dalam 6 bulan ni.

Akhirnya aku mampu tersenyum seketika. Walaupun senyuman itu hanya untuk sementara.

Tetiba aku teringatkan sesuatu...

Whishlist yang last tu!

Aku buka diary ku balik.

10. First romantic sex!

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now