Week 8

1.3K 17 0
                                    


Adam P.O.V 


"Ini rakaman CCTV di sebuah stesen minyak ketika bas berhenti menurunkan penumpang untuk ke tandas" Zarul menyiarkan satu rakaman video di skrin ipad ku. Aku segera memancarkannya di LCD besar di ruangan pejabat ku ini. 

Seorang lelaki memakai topi dan pelitup muka telah meletakkan sebuah beg dipercayai mengandungi peledak di tempat letak beg bahagian bawah bas. Mujurlah pintu tandas stesen minyak yang digunakan Nadia telah dikunci dari luar oleh orang yang telah diarahkan Pak Mail  untuk mengawasi Nadia. Sebab itu Nadia terselamat dari nahas tersebut kerana tertinggal bas. Aku bersyukur kerana Pak Mail tidak membiarkan Nadia pergi berseorangan diri, kalau bukan tindakan pantas Pak Mail pasti Nadia sudah tiada!

Aku meraup mukaku dengan kedua belah telapak tangan ku. Buku lima ku digenggam. Gigiku diketap. Terasa tangan ku menggigil kerana terlalu marah. 'Who is this fucking crazy guy nak cari pasal dengan aku?!!' 

"Kau dah jumpa dia?" Aku bertanya kepada kepada Zarul. Mata ku masih lagi memandang tajam ke arah skrin LCD di hadapan. 

"Sudah tuan. Sekarang dia dikurung di safe house. Dia taknak bukak mulut." Zarul yang berdiri tegak di sisi meja berkata dengan tanpa riak. Memang character Zarul seorang yang tanpa perasaan. Senyum tidak. Marah tidak. Sedih tidak. Riak wajahnya sentiasa sama persis robot. Safe house merupakan rumah rahsia atau sarang kejahatan yang aku bina. Hanya Zarul dan Pak Mail sahaja yang tahu di mana. Kebiasannya tawanan-tawanan ku akan diseksa disitu untuk proses interrogasi. 

"Bagi RM 50,000 kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Kalau ada yang mana ahli keluarga yang masih bersekolah, masukkan nama diorang bawah yayasan." Zarul hanya menganggukkan kepalanya tanda terima arahan. 

"Kita pergi safe house" Aku bangkit berdiri dari duduk dan melangkah laju keluar dari pejabat ku sambil diekori Zarul dari belakang. 

Perjalanan ke safehouse mengambil masa kira-kira selama 5 jam dari Kuala Lumpur. Terletak di sebuah kawasan felda di Mersing, Johor. Kawasan yang dikelilingi ladang kelapa sawit. Terdapat seramai 30 orang bodyguard khas yang mengawal di sekitar kawasan safehouse untuk tujuan keselamatan. Sememangnya duitku memang banyak dihabiskan untuk tujuan keselamatan kerana nyawa lebih berharga dari segala-galanya. 

Kereta yang dipandu Zarul masuk ke terowong rahsia bawah tanah untuk masuk melalui pintu yang terus ke ruangan bawah tanah safehouse ku. Ruangan bawah tanah khas untuk tawanan-tawanan yang aku tahan. Aku masuk ke ruang bawah tanah dan terlihat seseorang di gantung  di udara hanya memakai seluar pendek dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Di bawahnya terdapat 1 tong besar berisi air. 

Aku mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak hampir mengenai kepalanya  sengaja aku biarkan tersasar supaya dia terjaga. matanya membulat memandang ke arah ku. Namun mulutnya masih terkunci. 

"Siapa hantar kau?" Aku menyoal tanpa menunggu lama. 'Aku tak ada banyak masa. Kemungkinan keselamatan Nadia di villa juga dalam bahaya.'

Aku mengacukan sekali lagi pistol di tangan. Kali ni aku sasarkan hampir mengenai kaki kirinya namun tersasar mengenai dinding di belakang. Kelihatan tompok cecair di seluar pendeknya.   

"Limit aku hanya 3 kali. Siapa hantar kau? Kalau kau bagitau aku, tiada siapa akan ganggu kau dan family kau. I can guarantee that. But if you refuse to accept my offer. I'll kill everyone including your family. 

Aku mengacukan pistolku untuk kali ke 3. 

"Banggggg!" Bunyi tembakan bergema di ruang bawah tanah safehouse. 


______________________________________________________________________


Hampir seminggu aku tidak balik ke villa. Jadual tidurku juga tidak teratur. Aku lebih banyak tidur di pejabat berbanding di penthouse. Terlalu sibuk dengan kerja dan mencari siapa yang cuba membunuh Nadia. Hanya rakaman cctv di villa menemani hariku. Kelihatan Aiden dan Nadia sedang bermain buih di taman. Senyuman sentiasa terukir di wajah Nadia apabila bersama Aiden. Aku sentiasa ternanti-nanti momen Nadia dan Aiden bermain bersama kerana hanya ingin melihat senyuman manis Nadia. 

Aku mengeluarkan telefon pintarku dan nombor telefon Nadia aku dail. 

Nadia kalut mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 dari dalam saku seluar jeans yang dia pakai. Aku tersenyum melihat kekalutan Nadia melalui cctv. Tanpa sedar dia menyapu buih sabun di pipinya sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya. 'Tak sabar betul dia nak cakap dengan aku. Rindu lah tu.' Hatiku berbunga bahagia. 

"Hello, Nadia." Aku menyapanya dari hujung talian sambil duduk di atas sofa di ofis ku. 

"Hello." Jawabnya sepatah. Dingin! Itu yang dapat aku rasakan. Mendadak senyumanku mati. Dia  hanya mendiamkan diri selepas menjawab panggilan ku. Hanya kedengaran nafasnya. Aku mengangkat wajahku untuk melihat ke skrin LCD  dihadapan ku, wajah Nadia yang tersenyum riang tadi juga serta merta berubah. Aiden masih lagi sibuk bermain buih tidak sedar akan perubahan Nadia. 'Kenapa dengan Nadia?' 

"Nadia sihat?" Aku bertanya. Nada suara ku aku cuba untuk ceriakan seperti tadi. 

"Sihat.." Kedengaran suara serak Nadia yang sedang menahan tangis. Aku dapat melihat di skrin dia sedang mengesat air mata di tubir matanya yang hampir menitis. 'Kenapa dia menangis?' Tiada tanda- tanda yang dia menipu. Maksudnya dia memang sihat. 

"Kenapa dengan suara tu? Kau menangis ye?" 

"Tak.. saya tak nangis. Okaylah saya ada kerja nak buat." Nadia segera mematikan talian sebelum pamitan. Dia segera memimpin tangan Aiden untuk masuk ke villa. 


'Kenapa dengan Nadia?' 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now