Still With You (Part 2)

1.3K 23 1
                                    



Nadia P.O.V 


Aina membawaku pulang ke rumah keluarganya selepas perbalahan kecil dengan Daniel malam semalam. Aku tidak dapat melelapkan mataku sepanjang malam kerana terlalu risau memikirkan keadaan Adam. Tiba-tiba aku terdengar tangisan yang cukup perlahan di sebelahku. Aku sangkakan Aina sudah tertidur lena di sebelahku namun sangakaan ku meleset apabila terlihat bahunya turun naik perlahan-lahan. Jarang sekali aku melihat Aina menangis sepanjang hidupku bersama Aina namun tidak kurang dari sebulan sudah 2 kali aku melihat Aina sedang menangis. 

"Kau kenapa ni Aina? Kenapa menangis ni?" Aku bertanya dengan nada suara yang perlahan sambil memeluk Aina daripada belakang. 

"Cuba bagitau aku kenapa.. Kau sakit ke?" Aku berkata sambil mengusap perlahan lengan Aina. 

"Aku.... Aku rasa bersalah sebab tampar Daniel tadi.. Daniel banyak kali cakap dia tak suka perempuan kasar. Kasar sangatkah aku Dya? Buruk sangat kah aku ? Salah ke aku jadi diri aku sendiri? Bodoh ke aku Dya, suka lelaki macam tu?" Aina berkata sambil tersedu-sedan. Aku menepuk perlahan lengan Aina sambil menggosok bahunya perlahan-lahan. 

"Kau tak buat salah apa-apa pun Aina. Siapa kata kau buruk? Meh sini aku cili mulut dia. Nanti kita buat make over. Biar terbeliak bijik mata si Daniel tu. Hati dan perasaan kita tak boleh control Aina. Aku pun tak tahu bila masa aku sayang dan jatuh cinta dengan Adam. Kau tak buat salah apa-apa pun." Aina hanya mendiamkan diri sambil mengesat air mata di pipinya. Tangisannya sedikit mereda. Dia membalikkan tubuhnya ke arahku dan memandang wajahku dengan wajah yang sugul. 

"Patut ke aku berhenti sukakan dia? Aku tahu aku tak layak dan serasi dengan dia. Tapi hati aku ni degil sangat nak jugak dekat dia. Dia dah banyak kali bagi hint yang dia tak sukakan aku. Aku je yang degil." Aina berkata dengan nada suara yang perlahan sambil melarikan anak matanya mengelak bertembung pandang dengan aku. Memang itu tabiat Aina kalau dia sedang malu. 'Malulah tu bagitau aku yang dia suka Daniel! Hahaha' 

"No! Jangan berhenti.. Usaha takkan mengkhianati hasil. Jangan berhenti untuk mengejar kebahagiaan dan cita-cita kau. Kau sentiasa ada aku yang akan sentiasa menyokong apa sahaja yang kau buat. Kalau dah habis ikhtiar tapi still takde hasil, maknanya bukan jodoh. Jangan bomohkan dia pulak. Hahahaha" Aina akhirnya tersenyum mendengar lawak bodoh aku pagi-pagi buta ni hahaha. Aku juga turut ketawa perlahan. 

"Aku tak desperate macam tu lagi. Hahaha. Tapi apa salahnya kalau aku dah geram sangat dengan perangai tak semenggah dia tu. Biar dia melutut merayu. Biar padan dengan muka dia. Eh, kau bila nak pergi melawat Adam? Takpe nanti aku umpan Tun Dahlia tu dengan ibu. Dia kawan baik dengan ibu. Aku je yang tak minat nak bergaul dengan orang-orang kaya tu. Menyampah!" Aina berkata sambil buat muka menyampah.

"Thanks Aina!" Aku segera bangun dari pembaringan dengan hati yang penuh pengharapan. Sedikit rasa bahagia sempat menjengah ke ruang hatiku. 

"Eh, kau bangun nak pergi mana ni? Baru pukul 4.30 pagi ni. Siapa nak hantar kau besok ke hospital?" Aina bertanya dengan riak wajah hairan memandang ke arahku yang tiba-tiba bangkit berdiri. 

"Aku nak pergi solat sunat lepas tu sambung terus subuh. Aku dah tak sabar sangat dah nak jumpa Adam. Zarul ambil aku esok. Aku dah ada bodyguard sekarang hahaha." 

"Untunglahh kahwin dengan billionaire... Okaylah aku nak tidur kejap. Nak mimpi belasah Daniel. Goodnight!" 


__________________________________________________________________________


Adam P.O.V 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now