Adam P.O.V
"Hello tuan... Mak Mah mintak saya bawak Puan Nadia untuk wakilkan tuan ke rumah yang tuan agihkan sumbangan boleh tak?" Zarul bertanya di hujung talian selepas panggilannya diangkat olehku.
Aku terdiam seketika memikirkan mahu bagi permission atau tak. 'Selamatkah Nadia kalau pergi tanpa aku? Mampukah Zarul memastikan keselamatan Nadia?' Namun memandangkan aku faham benar bahawa Nadia sememangnya seorang yang sangat degil pasti dia akan tetap memaksa untuk ikut sekali.
"Hello.. Boleh... Tapi kau kena pastikan area rumah dan sekeliling secure and safe. Make sure di setiap jalan masuk letak budak kita. 500 meter radius.. no.. no.. make it 1km radius. Mintak bantuan polis buat roadblock di setiap jalan masuk. Kalau ada sesiapa yang mencurigakan directly tell me and keep tailing them. Make sure no strangers approaching Nadia! Especially lelaki. Tak kiralah tua ke muda. And jangan biarkan Nadia terlepas dari your eyesight. Always follow her wherever she goes. And last but not least, tell her don't be too stubborn."
Aku segera mematikan talian. Tanpa sedar begitu panjang arahan yang aku berikan kerana terlalu risau tentang Nadia. Aku terlalu sibuk seminggu dua ini dengan kerja yang tertangguh akibat pulang ke villa secara mendadak 2 minggu lepas kerana Nadia. Mengenangkan peristiwa 2 minggu lepas, tidak dapat tidak hatiku cukup terluka dengan tuduhan Nadia. Namun jauh disudut hatiku masih amat menyayangi Nadia cuma mungkin merajuk? 'Bila masa pulak aku pandai merajuk ni?' Aku meraup wajahku dengan kedua belah telapak tanganku. Jam di pergelangan tangan kiriku aku kerling. Pukul 5.30 petang. 'Sempat ke tak aku nak pergi majlis tahlil ni?' Aku bingkas bangun dari duduk dan segera bersiap-siap untuk bertolak pulang ke Kuantan.
______________________________________________________________
Sampai sahaja di Beserah jam telah menunjukkan 9.05 malam. Kemungkinan majlis tahlil sudah selesai. Aku turun dari kereta Peugeot yang aku pandu sendiri mencari kelibat Nadia. Kelihatan orang ramai mula keluar meninggalkan rumah Kak Lah. Mereka tidak perasan akan kehadiranku kerana aku memberhentikan kereta di kawasan yang gelap. Mataku melilau melihat ke kanan ke kiri kalau-kalau Nadia ada berjalan keluar bersama tetamu lain namun hampa. Aku berjalan ke belakang kawasan rumah tersebut dan melihat Nadia sedang duduk di atas bangku sambil sedang membantu Kak Lah dan jiran-jiran yang lain bersama-sama mencuci pinggan mangkuk. Tidak susah untuk mencari yang mana satu Nadia kerana wajahnya yang sangat cantik dan memukau, sungguh berbeza dengan wanita-wanita yang lain. Dia bagaikan bidadari yang tiada celanya luaran dan dalaman. Wajahnya yang putih kemerah-merahan sambil tersenyum manis kelihatan sangat gembira bersembang sambil membasuh pinggan meskipun dalam keadaan yang begitu sederhana. Nadia ralit membasuh pinggan sehingga tidak sedar baju kurungnya terkena percikan air menampakkan lekuk tubuhnya yang seksi itu. Kainnya juga sedikit tersingkap menampakkan betisnya yang gebu dan putih melepak. Aku menelan liru. Aku sudah tidak betah melihat keadaannya itu. Nak sahaja aku tarik dia balik villa sekarang. Tapi takpelah hanya kaum wanita yang berada di situ. Kalau ada lelaki curi- curi pandang memang aku akan belasah sampai lumat! Aku setia menanti dari jauh dalam suasana gelap sehingga Nadia selesai membantu. Melihat Nadia dari jauh sahaja pun sudah mengubat rindu dan rajuk ku. Kalau dengar pujuk rayu dia pasti hatiku akan cair!
'Tak boleh.. tak boleh.. aku kena pertahankan ego aku. Tunjuk lagak sikit Adam. Jangan bagi muka sangat. Nanti senang-senang je dia pijak kau.' Okaylah. Kena tunjuk acting skill aku sikit malam ni.
Kelihatan Nadia sudah selesai membasuh pinggan dan mangkuk. Dia bangkit berdiri dan mengesat kedua belah tangannya yang basah pada baju kurungnya. 'Dia tak perasan ke baju kurung dia tu nipis? Pakai lah yang tebal lain kali. Haish wife aku ni!' Nadia membetulkan tudung sebelum bersalaman dengan kaum hawa yang lain sambil pamit untuk pulang. Aku berjalan pantas ke arah Nadia dengan riak wajah yang serius. Riak wajah Nadia yang tadi tersenyum manis serta merta bertukar riak wajah terkejut melihat kehadiran ku di situ. Zarul hanya menganggukkan kepala kepada ku dan beredar dari situ.
"Eh, Dato'? Baru sampai ke?" Kak Lah menyapaku selepas melihat kehadiran ku disitu. Nadia segera menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ku. Wajahnya ditundukkan dan mencium belakang telapak tangan kananku. Aku menggenggam erat tangan yang dia salam tadi dan membawanya ke sisiku. Nadia berdiri tegak di sebelahku. Tangannya sejuk dan kaku.
"Haah. Sampai lambat sebab bertolak dari KL. Majlis macam mana? Semuanya okay?" Aku bertanya sambil memandang ke arah Kak Lah. Tangan Nadia masih digenggam ku.
"Semuanya berjalan lancar. Tambah-tambah pulak ada Datin dekat sini. Semua benda dia nak bantu. Puas dah Kak Lah larang tak perlu tolong basuh pinggan tapi dia nak juga tolong. Bertuahnya Dato' dapat isteri macam datin. Dah lah cantik, rajin pulak tu." Kak Lah berkata sambil tersenyum manis tanda ikhlas memuji Nadia. Hatiku berbunga bangga. 'Tengok lah isteri siapakan? Hahaha'
"Dia memang macam ni Kak Lah. Dia ni memang degil. Tapi sebab cantik saya terima jelah seadanya. Hahaha." Aku menguatkan sedikit suaraku ketika menyebut perkataan degil.
"Dato' taknak makan dulu ke sebelum balik? Datin pun tak makan lagi dari tadi. Dia tak berhenti ke hulu ke hilir sampai tak sempat nak makan. Dato' dengan datin duduk lah dulu kat meja tu nanti Kak Lah bawak makanan ye?" Aku hanya mengangguk tanda bersetuju sebelum Kak Lah berlalu ke dalam rumah untuk mengambil makanan.
"Kenapa tak makan? Nanti perut tu masuk angin." Aku bertanya dengan nada suara perlahan namun serius.
"Tak sempat nak makan. Lagipun tak lapar. Adam macam mana? Sihat? Bila sampai?" Nadia menyoalku bertalu-talu juga dengan suara yang perlahan.
"Nadia dari siang tadi asyik tengok ke pintu pagar je. Rindu sangat dah dekat Dato'. Jangan selalu sangat biar isteri cantik macam ni sorang-sorang Dato', tadi pun ramai buaya duk pandang-pandang. Meh la duduk makan. Ni ada lauk opor daging dengan sayur umbut. Makanlah ye. Kak Lah ada kerja sikit kat dalam." Kak Lah sempat menyampuk siap berseloroh sambil menghidangkan makanan di atas meja. Kak Lah berlalu pergi setelah selesai menghidangkan makanan. ' Amboi buaya ye? Aku tembak jugak karang buaya tu sekor-sekor.' Aku menjeling ke arah Nadia. Tanda protes dengan buaya!
Sesi makan malam dengan menu macam kenduri kahwin harini berlangsung dalam keadaan sunyi dan hening. Aku masih lagi geram dengan buaya-buaya! Makan pun sebab nak jaga hati. Nadia juga tidak berapa selera untuk makan. Nasi di dalam pinggannya hanya dikuis-kuis oleh jemarinya. Aku segera menggantikan pinggannya yang masih penuh dengan nasi dengan pinggan ku yang telah kosong. Aku habiskan juga nasi didalam pinggannya. 'Tak baik membazir rezeki!' Riak wajah Nadia bertukar terkejut melihat aku menghabiskan sisa makanannya.
Selesai sahaja makan, aku dan Nadia segera betemu dengan Kak Lah sebelum pamit untuk pulang. Aku suruh Zarul pulang sendirian. Sementara aku akan membawa Nadia pulang ke villa.
Sampai sahaja di villa aku masih la mendiamkan diri masih menanti saat untuk Nadia memujukku. 'Eh, dia ni memang tak reti-reti nak pujuk aku ke? Dari tadi duk diam je. Geramlah dengan budak degil ni!'
Aku turun dari kereta melangkah ke arah Zarul yang menantiku di tepi hilux. Nadia mengekoriku dari belakang.
"Kita balik KL sekarang " Aku berkata kepada Zarul dengan intonasi tanpa nada.
Zarul segera melangkah ke arah kereta Peugeot dan masuk ke dalam untuk menghidupkan enjin. Aku berpaling untuk melangkah. Tiba-tiba sepasang lengan melingkari tubuhku. Mendakap ku erat dalam pelukan. Aku terkesima.
"Please... Please jangan pergi. I'm very sorry. I miss you Adam. I miss you so much. Please stay with me..."
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...