Week 5 (Part 3)

1.9K 17 3
                                    


Adam P.O.V


Selepas sesi hangat aku bersama Nadia sebentar tadi, aku dan Nadia masing-masing pergi mandi dan menukar pakaian. Nadia masih malu-malu untuk mandi bersama ku. Aku pun taknak lah terlalu memaksa kerana hubungan kami masih lagi di peringkat yang terlalu awal. Perasaan ku terhadap Nadia juga masih samar-samar. Tapi yang penting Nadia masih berada di sisiku. Tapi sampai bila aku mampu rahsiakan hubungan ini?  Lambat-laun pasti mama dengan babah akan tahu juga. Berulang-alik dari KL ke Kuantan tiada siapa yang curiga kerana memang rutin ku saban tahun berulang-alik untuk menjenguk Aiden pada setiap hujung minggu atau kalau memang aku free, aku akan balik ke sini. Aku bukanlah nak sorok Aiden dekat sini tapi taknak Aiden menjadi sorotan media yang akan membuatkan Aiden rasa rimas dan tidak selamat. 

"Tok! Tok" Bunyi loceng di pintu bilik ku mematikan lamunan ku. Aku melihat Nadia sedang berdiri di depan pintu dengan hanya memakai seluar tracksuit dan baju lengan panjang serta tudung sarung di kepala. 'Aik? Dia nak lagi ke? Hehehe' . Aku menekan butang di tepi katilku. Pintu bilik ku terbuka secara automatik. 

Nadia melangkah perlahan ke arah ku sambil matanya memandang ke lantai. 'Mungkin dia malu kot. Cutenya lah dia ni. Ada jugak aku peluk kang' 

"Nah.." Nadia menghulurkan sesuatu kepada ku. Matanya masih tidak memandang ke arahku. 'Buku dengan kad bank?' 

"Ni duit simpanan Nadia untuk pasu yang Nadia pecahkan tadi. Nadia tak tahu berapa harga dia tapi Mak Mah kata mahal. Dalam tu ada 30 ribu. Kalau tak cukup nanti Nadia usahakan." Nadia berkata perlahan. 

"It's okay. Nanti aku bayar balik dekat mama dengan duit aku. Ambil balik kad dengan buku bank ni" Aku meletakkannya dia atas telapak tangan kanan Nadia. 

"Nadia taknak menyusahkan Adam. Lagipun salah Nadia jalan tak pandang kiri-kanan. Lagipun Nadia taknak bazirkan duit Adam. Cukup-cukuplah selama ini Nadia banyak menyusahkan Adam." Nadia meletakkan kad dan buku banknya di atas katil ku. 

"Dan Nadia nak mintak maaf sebab hidangkan Adam acar timun haritu. Nadia taktahu yang Adam allergic timun." Nadia masih memandang ke bawah. 

"Pandang aku" Nadia masih lagi memandang ke lantai. 

"I said look at me now!" Aku meninggikan sedikit suaraku. 'Cakap baik-baik memang dia ni takkan dengar. Degil!' Nadia mengangkat wajahnya memandang ke arah aku. Matanya berkaca. 

"Aku bukan marahkan kau. Aku just nak kau pandang aku. Pandang aku macam kau pandang Dan." 'Alamak! apa aku merepek ni. Pandang aku macam kau pandang Dan? Kenapa macam ayat aku tengah jealous?'  

"Maksud aku, jangan pandang aku macam nampak harimau." Aku laju menambah. 'Fuh! Harap-harap Nadia tak perasan.' Nadia memandang ke arah ku masih sama seperti tadi. 

"By the way, gulai tempoyak ikan patin tu kau masakkan?" Aku cuba meneka sebab aku yakin bukan Mak Mah yang masak tadi. Nadia tidak menjawab pertanyaan ku. Dia mengetap bibirnya. 

"Kau yang masakkan?" Aku mengulangi pertanyaan ku dengan suara yang sedikit kuat daripada tadi. Kelihatan Nadia ingin membawa tangannya  ke belakang tubuhnya.

"Jangan nak tipu aku" Aku sempat berpesan kerana aku tahu perlakuannya kalau dia mahu menipu. 

"Err... err... saya.. saya... saya mintak maaf. saya taknak..saya taknak pun masak tadi. tapi.. tapi.. tapi.." Nadia tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Kelihatan kedua-dua belah tangannya di genggam di sisinya dan badannya menggeletar ketakutan. Kedengaran tangisannya perlahan-lahan sambil menundukkan wajah. 

Aku bangun dari duduk dan berjalan menghampirinya. Nadia mengangkat wajahnya. Jelas anak matanya menggambarkan yang dia berada dalam ketakutan. Setapak ke hadapan aku melangkah, Nadia melangkah setapak ke belakang. Dan akhirnya dia jatuh terduduk. 

"Jangan.. Jangan pukul Nadia... Nadia... Nadia.. mintak maaf...." Nadia memeluk kakinya yang dibengkokkan ke dadanya. Tubuhnya menggigil. 

Aku segera berlutut di hadapannya.  Tubuhnya yang sederhana aku rangkul. 

"Shhh... Shhh.. No.. no.. I won't hit you. I won't hit you. Takde siapa yang boleh pukul Nadia. I'm sorry for hurting you before. Aku janji takde siapa boleh pukul kau." Aku memeluk tubuhnya erat. Belakang tubuhnya aku gosok perlahan- lahan. Kepalanya aku kucup. Tanpa sedar aku telah mengungkapkan kata maaf dan kata janji kepada Nadia. Pertama kali dalam hidupku, aku mengungkapkan kata maaf. 

'Ya! aku berjanji akan menjaga Nadia lebih daripada menjaga nyawaku sendiri' 



6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now