Broken (Part 2)

1.2K 18 4
                                    


Nadia P.O.V 


"Zarul kita nak kemana ni?" Aku bertanya kepada Zarul yang sedang memandu kereta dengan laju. Kebiasaannya aku begitu takut menaiki kenderaan yang laju namun akal warasku sudah tidak dapat mencerna keadaan sekeliling. Fikiran dan hatiku hanyat berdenyut tentang Adam, Adam dan Adam. Tanganku sudah mula berpeluh dingin. Aku sudah begitu tidak sabar lagi untuk menemui Adam. Aku taknak perkara buruk sekali lagi berlaku kepada orang yang aku sayang. 

"Kita pergi take off naik helikopter. Cepat sikit sampai. Nak arrange flight takut lambat sangat karang." Zarul memecut laju kereta yang dipandu menuju ke lapangan yang terdapat helikopter disitu. Dalam hatiku tidak berhenti berdoa supaya Adam masih selamat. Telefon pintar ditangan ku tidak henti-henti mendail nombor telefon Adam. Namun tidak berjawab. 'Ya Allah Adam ingat tuhan Adam. Jangan buat perkara melulu. Nadia sayangkan Adam. Sangat-sangat...' Tanpa aku sedar air mataku mengalir buat sekelian kalinya. 

Sampai sahaja di lapangan milik AI Group tersebut, aku dan Zarul segera bergegas ke arah helikopter yang dipakir tidak jauh dari situ sambil dijemput pilot dan co-pilot helikopter tersebut. Selesai sahaja memberi beberapa instruksi keselamatan kami berangkat dengan segera menuju ke menara AI Group. 


Adam P.O.V


Aku tidak sedar akan waktu yang berjalan selama aku memerhatikan permandangan di hadapan mataku ini. Terlalu sibuk memkirkan hal aku dengan Dan, aku hampir terlupa akan hal Aina memerangkapku dengan Nadia. Wishlist Nadia kembali bermain di mindaku. 'Wishlist nombor 8 ada tertulis get married, mungkinkah Nadia berpakat dengan Aina untuk aku masuk ke perangkap mereka?' Aku tiba-tiba teringatkan hal tentang Nadia pernah mengajak ku kahwin ketika pertama kali Nadia datang ke ofisku. 'Nadia kah dalang disebalik semua yang berlaku? Aina hanya membantu?' Fikiranku yang sudah memang sedia kusut bertambah kusut apabila memikirkan hal ini. 

Aku melihat ke bawah bangunan, kakiku masih tergantung di pinggir rooftop tersebut sambil kedua belah tangan  menopang ke belakang. Nafas ku dihela keras. 'No.. no..  aku tak boleh main serkap jarang macam tu.  Aku kena dengar dulu penjelasan dari Nadia. Aku kena percayakan Nadia. Jangan lakukan hal yang sama terhadap Nadia seperti mana aku lakukan pada Dan. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri.' Tiba-tiba kedengaran suara kipas dan enjin mengaum dengan kuat dari arah  belakang. 'Bunyi helikopter?' Aku memusingkan wajahku ke belakang. Cahaya lampu yang terang benderang menghalang perlihatanku dengan jelas. 

"Adam... Sabar Adam.. Nadia sayang Adam. Sayang sangat.. Don't do it please.... Please talk with me first.. Please sayang..." Suara perempuan yang menggunakan haler tersebut kedengaran serak seperti sedang menangis. Aku terlopong mendengar suara tersebut. 'Nadia? Apa Nadia buat kat sini? Siapa bawak Nadia ke sini? Don't do apa? Apa aku nak buat?' Hilang segala syak wasangka ku terhadap Nadia apabila mendengar kata-kata sayang daripada bibir Nadia yang kedengaran begitu ikhlas. 'Ya aku pasti Nadia tak salah!' Aku hanya berdiam diri kerana bunyi enjin dan kipas helikopter terlalu kuat.

Aku bangun dari duduk dan melangkah perlahan-lahan ke arah Nadia yang juga sedang melangkah ke arahku. Wajah dan mata Nadia kemerahan. Mungkin terlalu banyak menangis. Nadia tiba-tiba berlari ke arah ku dengan pantas dan memeluk tubuhku dengan erat. Menangis teresak-esak di dadaku. Aku hanya membiarkan pelukan itu sambil menggosok lembut belakang Nadia untuk mententeramkannya. Habis kemeja ku di bahagian dada basah dengan air mata Nadia. Aku hanya mendiamkan diri bagi Nadia ruang untuk bertenang sebelum berkata apa-apa. Masih lagi menjadi tanda tanya kenapa Nadia berada disitu. Kelihatan dari jauh Zarul sedang berdiri memerhatikan mereka. 'Pasti Zarul punya kerja ni!' 

Setelah kedengaran tangisan Nadia reda, aku meleraikan pelukan. Dagu Nadia aku angkat dengan hujung jari ku untuk melihat ke dalam mata Nadia. 

"Kenapa menangis ni? What's wrong sayang..?" Aku bertanya lembut ke arahnya. Air mata dipipinya aku seka perlahan-lahan. Wajah Nadia masih muram. Matanya masih berkaca. Sesekali hidungnya menyedut hingus yang ingin mengalir keluar. Aku pantas mengeluarkan sapu tangan dari saku seluarku dan mengesat hingus di hidungnya. Nadia mengambil sapu tangan tersebut dan mengesatnya sendiri sebelum mengeluarkan kata. 

"Jangan... Jangan bunuh diri please... Nadia sayangkan Adam. Aiden sayangkan Adam. Dian sayangkan Adam. Mak Mah sayangkan Adam. Pak Mail sayangkan Adam. Zarul sayangkan Adam. Semua sayangkan Adam. Kalau ada apa-apa masalah boleh share dengan Nadia, I'll be a good listener dan kita boleh selesaikan masalah tu sama-sama. Jangan pendam sorang-sorang please... Adam sayangkan Nadia kan?" Nadia berkata dengan laju tanpa memberi peluang aku untuk memotong percakapannya. 'Bunuh diri? What??!! Dia ingat aku ada kat atas ni sebab nak bunuh diri ke?' Aku hampir ketawa namun hanya di dalam hati kerana melihatkan wajah Nadia yang muram dan begitu serius. 'Ni kalau aku gelak ni mahu kena hempuk ni.' Hilang segala kekusutan yang melanda diriku tadi apabila melihat wajah Nadia di depan mata. Nadia sememangnya mempunyai magis yang tidak terdapat pada orang lain. Hatiku sentiasa berasa tenang dan tenteram apabila berada hampir dengan Nadia. Wajah lembut dan cantik Nadia sentiasa membuatku terbuai seperti berada di awang-awangan. 

"Who said i wanted to commit suicide? Hell no i'll do that!! Ingat senang-senang aku nak biar sayang jadi widow? Lepas tu kahwin dengan orang lain? Not in this life sayang, I will never let that happen! You will always be mine! Forever mine! And yes I do love you!" Aku pantas mencempung Nadia dengan kedua belah tangan ku dan merapatkan wajahku dengan wajahnya. 

"I love you sayang.... So much!" 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now