First Step

4.9K 24 0
                                    

Nadia P.O.V

Selepas peristiwa di kedai mamak tempoh hari aku tidak lagi mendengar apa apa berita tentang Adam.

'Dia dah bosan kot dengan aku. Tu yang tak datang cari dah. Hmm'

Lantak dia la. Malas aku nak fikir dah.

Fikiran ku melayang teringatkan whishlist.

Aku mencapai fon ku diatas meja.

Instagram aku buka.

Profile Aiman dibuka.

Lalu aku menekan direct message.

'Nak start dengan apa eh? Aduhhh. Aku tak reti betullah benda-benda macam ni. '

Ahh gasak la...

Aku mula type.. hey.

Eh takkan hey je, baru je aku mahu menekan padam. Aku terhantar pesanan tersebut sebelum sempat memadam.

Aduhhh.. macam mane nak buat. Ter send pulak dah. Kalau delete balik boleh ke ni. Namun balasan sudah di peroleh tanpa sempat aku memadam.

'Dia online laa ... '

Aiman: hey! Nadia kan?

' dia ingat aku! Mestilah ingat kan perempuan jahat yang malukan dia depan orang ramai'

Aku masih ingat lagi, semenjak dari peristiwa itu tiada lagi lelaki yang berani menegur aku melainkan kawan lelaki yang sudah lama ku kenali.

Ramai yang menggelar aku dengan 'certified bitch'

Bukan niat ku untuk mengaibkan dia namun perasaan malu ku di depan orang ramai membuatkan aku cepat cepat menolaknya untuk pergi dari situ sedangkan dia merupakan salah seorang jejaka impian di universiti pada waktu itu. Aku pula hanya seorang pelajar skema yang mengabdikan diriku hanya untuk belajar.

Nadia: sorry mengganggu. Saya nak tanya satu soalan boleh tak?

' apa aku merepek ni.. betullah aku ni noob benda benda gedik macam ni'. Aku menanti balasan sambil bermain-main dengan hujung rambut ku.

Aiman: eh tak ape. Soalan apa? Kalau pasal single ke tak. Saya still single. Hehe. Takdelah saje gurau. Apa dia?

'macam tau-tau je dia ni'

Nadia: ada orang suggest kat saya yang awak ni pakar dalam bidang kesihatan. Lagipun awak instafamous, lepas saya tengok balik awak rupanya yang famous sangat tu. Saya cuma nak mintak tips jaga kesihatan yang betul since saya selalu pening kepala mungkin sebab saya tak amalkan gaya hidup sihat kot

Aiman: awak sakit ke? Kalau sakit boleh datang ke klinik saya. Saya buat checkup free special untuk awak.

Nadia: eh tak payah la. Susahkan awak je. Awak mesej saya tentang tips je. Nanti saya cuba amalkan

Aiman: seriously tak susahkan pun. Susah la kalau mesej. Especially senaman. Saya kena tunjuk kat awak cara-cara yang betul. Takpe nanti kita jumpa. Awak datang klinik saya eh?

' eh tak susah mana pun nak mengorat ni. Ez je rupanya. Haha. Ke dia still suka kat aku?' jangan merepek la Nadia. Haha

Nadia: hmmm. Ok lah kalau macam tu. Nanti awak send location kat saya. Ni no saya 013-7******7. K lah. Saya nak tidur dulu. Nite.

Aiman: ok. Goodnite. Sweet dream!

'yes! Step pertama dah settle. Nanti kena fikirkan untuk step kedua. Wishlist here i come!

Tiba-tiba fon ku berdering. Aku segera mengangkat tanpa melihat siapa pemanggilnya. Ku sangkakan Aiman yang call untuk memastikan nombor aku betul atau tidak.

"Hello. Assalamualaikum Aiman?"

"Aiman? Aiman mana ni? Baru lepas on call dengan boyfriend ke??!!"

Aik sape pulak ni. Tiba-tiba nak marah aku ni. Tiberr...

Aku melihat screen telefon. Nombor aku tak save pun.

Suara tu!!

"Haah. Baru cakap dengan boy...."

Pantas panggilan dimatikan.

Tak habis cakap lagi dah letak?

Tak pasal pasal nak marah aku. Huh.

Ahh.... Tidur lagi bagus!

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now