Nadia P.O.V
Wajah tampan Adam yang nyenyak tidur atas dadaku aku elus perlahan-lahan. Lengan Adam yang sasa melingkari pinggang rampingku. Deruan nafasnya yang sekata kedengaran lembut di telinga ku. Rambutnya yang harum aku cium. Perubahan Adam akhir-akhir ini sangat ketara. Adam yang sekarang jauh sangat berbeza berbanding Adam yang sewaktu aku mula-mula sampai di villa ini. Adam sudah tak benarkan aku tinggal di bilik belakang villa. Mulai dari sekarang kamar Adam menjadi kamar ku juga. Adam juga memberi telefon Nokia 3310 yang lempar kat kepala anjing pun boleh mati kepada ku supaya mudah untuk aku atau Adam hubungi antara satu sama lain kalau berlaku apa-apa. Tapi masih juga aku dilarang menghubungi siapa-siapa selain dia. Tapi takpelah at least boleh juga aku call dia kalau aku rindu. Adam juga sudah pandai bertanya khabar. Sihat tak? Dah makan belum? Tidur cukup tak? Ada apa-apa yang aku nak tak? Tidak dapat tidak hatiku cukup bahagia menerima perhatian dan layanan seperti itu.
Aku masih ingat lagi selepas kejadian hampir sahaja Adam menembak Pak Mail, Mak Mah bercerita dengan penuh semangat betapa Adam terlalu risau tentang keberadaan diriku. Dia mencari aku di merata-rata tempat dan menyalahkan Pak Mail kerana gagal menjaga diriku. Tapi kenapa dia begitu risau sehingga sanggup membunuh Pak Mail masih lagi menjadi tanda tanya. Aku tidak dapat memahami letak duduk perkara sebenar. 'Takkan setakat aku hilang tak sampai sehari pun marahnya sampai macam tu sekali?' Sekali lagi sikap degil ku hampir meragut nyawa orang yang tak bersalah. 'Agaknya memang aku ni pembawa malang?' Perkara yang paling aku takuti ialah Adam juga akan menjadi mangsa nasib malang ku ini.
Perlukah aku memberitahu Adam tentang penyakit ku? Tidak adil untuk Adam jika aku terus merahsiakan hal ini. Masa yang aku ada hanya berbaki kurang 4 bulan. Tapi kalau aku bagitau Adam, aku masih tidak dapat menebak penerimaan Adam bagaimana. Marahkah dia? Kecewakah dia? Sedihkah dia? Melihat reaksi Adam ketika aku 'hilang' hampir 1 hari pun membuatkan hati ku gerun. Sampai macam tu sekali? Sayang sangatkah Adam kepada ku? Atau ada sebab lain?
Pergerakan kecil daripada Adam yang sedang menggeliat mematikan lamunan ku. Adam membuka matanya dan mengangkat wajahnya memandang ke arahku. Kepalanya masih berada di atas dadaku.
"Good morning." Suaranya yang serak dan garau pada waktu pagi menyapa gegendang telingaku. Suara yang mampu membuat naluri wanitaku bergetar. Satu kucupan lembut singgah di bibirku.
"Morning..." Aku pantas menekup mulut ku.
"Nadia tak berus gigi lagi." Aku berkata sambil masih menekup mulutku. Terasa muka ku kepanasan. Pasti blushing lagi ni!
"So what? Aku pun tak brush my teeth lagi." Adam berkata sambil ketawa perlahan-lahan.
Adam mengangkat kepalanya dari dadaku dan meletakkan kepalanya di atas bantal di sebelahku. Tubuhku yang hanya memakai baju tidur satin separas lutut dirangkul erat. Ubun-ubun ku dikucup lembut.
"You always tasted and smelled great Nadia. Kau tak perlu buat apa-apa pun. Everything so perfect for me. Aku tak mintak lebih. Cukup hanya kau selamat dan terus berada di sisiku." Kata-kata Adam menyentuh lubuk hatiku yang sememangnya rapuh dan cengeng. Terasa hangat di kelopak mata ku. 'Terus berada di sisi dia? Perkara itu tidak mungkin aku dapat kotakan. Hanya sisa 4 bulan aku boleh berada di sisi dia.'
Adam menundukkan wajahnya dan melihat kearah wajahku.
"Shh..shhh.. Why crying? Sakit ke? Please baby don't cry. I'm sorry if I make you crying..." Ucapnya perlahan sambil mengeratkan lagi pelukan. Hujung jarinya menyeka air mataku di pipi. 'Ya! Nadia sakit Adam. Nadia bakal mati tak lama lagi. Nadia taknak Adam menangis nanti sebab kematian Nadia' kata-kata itu hanya bergema dalam hatiku. Aku mengeratkan pelukan ku di pinggang Adam.
"Tak Nadia tak sakit. Nadia cuma terharu dengan kata-kata Adam." Aku berkata sambil tersenyum manis ke arahnya.
"I'll definitely find out what's wrong with you" kata-kata Adam mematikan senyumanku.
Adam P.O.V
"Tak Nadia tak sakit. Nadia cuma terharu dengan kata-kata Adam." Nadia meleraikan pelukan di pinggangku. Cuba menyembunyikan kedua belah tangannya ke belakang. 'Dia cuba nak tipu aku lagi. Definitely something fishy about her health. Dia boleh tipu orang lain tapi bukan dengan aku.'
"I'll definitely find out what's wrong with you." Aku berkata sambil mengelus rambutnya yang panjang dan berkilat perlahan-lahan. Senyuman yang terukir di wajah Nadia serta-merta pudar.
"You can't hide anything from me baby." Aku berkata sambil mencium rambut nadia di kepalanya. Habit baru aku. Main dengan rambut Nadia. Mungkin sebab dia selalu bertudung membuatkan aku selalu ternanti-nanti nak tengok rambut dia yang cantik. Nadia hanya mendiamkan diri dalam pelukanku.
"So what's your plan today? Aku free harini dan esok. Nak pergi jalan-jalan?" Aku bertanya sambil menjongketkan keningku. 'Aku tak pernah bawak dia kemana-mana sepanjang dia berada di sini. Eh? Sejak bila kau peduli pasal tu pulak? Bukan ke kau nak kurung dia kat sini sampai bila-bila? Tak.. Aku nak bahagiakan Nadia. Aku nak tengok senyum dan tawa menghiasi wajahnya. No more crying.' Suara hatiku berbalas-balas kata.
"Err.. takpe ke jalan-jalan? Nanti kalau ada orang nampak macam mana?" Nadia bertanya dengan riak wajah risau.
"Tak perlu risau pasal tu. Just put your trust on me. Orang tak berani nak messed up with me. Ni Adam, the most powerful man in Malaysia. You don't have any idea about me baby. I can do anything beyond your imagination." Aku berkata sambil tersenyum bangga sengaja nak berlagak sikit dengan Nadia. Apa dia ingat husband dia cikai-cikai je ke? Biar dia rasa bangga sikit dapat kahwin dengan aku. Hahaha.
Nadia menelan liur sebelum bersuara.
"Nadia teringin nak naik ferris wheel..." Nadia berkata dengan nada suara yang sayu.
'Ferris wheel? tu je dia teringin? Aku ingat dia teringin nak shopping ke nak travel jauh-jauh ke. Why so cute Nadia? Ferris wheel? Macam budak-budak. Comelnya dia!' Hatiku bertambah bahagia lagi mempunyai seorang wanita yang cukup simple dan tak banyak kerenah. Cuma nya... DEGIL GILA!
"Okay jom siap-siap. Kita pergi naik ferris wheel sekarang.."
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...