2nd Warning

7.7K 20 0
                                    

Nadia P.O.V

Selepas peristiwa aku di hantar oleh Aiman ke rumah tempoh hari, keakraban aku dengan Aiman semakin erat. Walaupun kami pernah ada kenangan pahit bersama namun dia seakan-akan telah melupakannya. Perasaan bersalah masih menghantui diri ku.

"Errrr... Aiman, saya nak mintak maaf pasal kejadian yang dulu."

"Ohh... Pasal yang tu saya dah lama maafkan awak. Bukan salah awak pun saya yang terlalu mendesak" dia berkata sambil merenung ke dalam mata ku.

Aku yang tidak selesa direnung begitu melarikan anak mataku.

"Saya yang salah sebab malukan awak macam tu. Saya sepatutnya diam je masa tu atau even consider dulu. Saya betul- betul menyesal dan rasa bersalah sebab buat awak macam tu"

"Tapi saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya dah buat. Saya tak pernah menyesal ada perasaan macam tu kat awak dan..... Sekarang pun saya masih tak menyesal sebab perasaan saya pada awak  tetap macam dulu."

"Maksud awak?" Aku mengalihkan pandangan ke wajahnya.

"Saya still suka kat awak Nadia. 7 tahun Nadia, 7 tahun saya cuba untuk lupakan awak. Saya cuba untuk bencikan awak. Tapi saya still masih sayangkan awak dan perasaan saya tak pernah berubah. Saya even lari ke Russia sambung belajar kat sana tetapi hati saya masih kekal di tempat sama. Saya cintakan awak Nadia." Dia berkata sambil masih lagi tidak lepas merenung ku dengan penuh pengharapan.

"Tapi say.."

"Jangan bagi jawapan sekarang Nadia. Saya harap awak diamkan diri dulu dan even consider? Saya tak sanggup nak dengar awak reject saya kali kedua."

Mataku laju diarahkan ke arah pintu masuk ruang makan hotel seperti melihat kelibat seseorang.

'Adam!'

Dia berlalu ke meja betul-betul dihadapanku dan duduk bertentangan dengan ku. Matanya merenung tajam kearah ku tanpa lepas.

'Datang dengan perempuan lain sebok nak tenung aku kenapa? Perempuan depan dia sikit punya cantik. Seksi pulak tu!'

Hatiku diasak api cemburu.

"Saya terima awak Adam! Eh.. Aiman. Saya pun cintakan awak!" Aku mengigit lidah ku dengan kuat.

'boleh pulak tersasul! Kuat pulak tu aku cakap.'

Mata Aiman dan Adam serentak merenungku. Suara ku yang sedikit kuat akibat tersasul tadi mungkin juga didengari oleh Adam.

"Terima kasih Nadia. Terima kasih. Saya janji saya akan cuba bahagia kan awak." Dia mencapai tanganku yang berada di atas meja namun laju aku alihkan kerana gerun melihat renungan tajam Adam yang seakan-akan terbakar melihat perlakuan Aiman.

"Saya nak pergi restroom jap." Aku cuba tersenyum untuk menutup resah di hati. Aiman hanya mengangguk dan turut tersenyum sampai ke telinga. Mungkin terlalu gembira dengan penerimaan ku.

Aku bergegas ke restroom untuk mengurangkan resah apabila di tenung oleh Adam.

'Dia marah ke? Cemburu ke? Siapa perempuan tadi? Girlfriend dia ke?' Pelbagai persoalan bermain di minda ku sambil merenung cermin yang berada di hadapan ku.

Aku membetul kan sedikit solekan tipis diwajahku.

'betul ke apa keputusan aku ni? Nampak macam jahat sangat pulak sebab macam mainkan perasaan Aiman. Argghh.. tu tak penting. Yang penting whishlist aku tercapai. Aku dah tak banyak masa ni'

*Mature Content: Yang horny boleh baca*

Aku keluar daripada restroom dan tiba-tiba lengan ku di tarik dengan kuat oleh seseorang ke dalam sebuah bilik yang gelap. Aku mula panik dan cuba menarik lengan ku yang di pegang kuat. 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now