Adam P.O.V
Aku segera ke HQ AI Group untuk menyiapkan segala dokumen yang aku perlukan untuk bersemuka dengan Dan sebentar lagi. Hatiku berasa pedih namun aku perlu mengambil keputusan ini demi masa depan aku, company aku dan Nadia. Perbualan dengan Nadia sebentar tadi banyak membantu aku dalam membuat keputusan ini. Dan merupakan sahabat aku sejak kecil. Akrabnya kami berdua seperti belangkas. Ke mana-mana sahaja aku pergi pasti bersama Dan. Bezanya Dan mengambil kos perubatan dan aku mengambil kos kejuruteraan di universiti. Itulah kali pertama kami berbeza kelas dan fakulti. Namun kami sering berjumpa di luar waktu kelas. Perwatakan Dan yang lebih lembut juga berbeza dengan aku yang berperwatakan kasar. Aku sering melindungi Dan apabila dia dibuli oleh pelajar berbangsa Inggeris. Suasana persekolahan di luar negara sangat berbeza berbanding di Malaysia. Budaya buli di sana lebih brutal dan hardcore. Disebabkan kami berketurunan Asia maka kami sering dijadikan mangsa buli dan racism. Aku lah yang banyak membantu dia kerana aku sememangnya mengikuti kelas taekwondo dan judo. Aku juga merupakan atlet taekdwondo mewakili universiti. Tidak sangka Dan tergamak menikamku dari belakang!
Zarul memberhentikan kereta berjenama Jaguar XF yang dipandunya di halaman kediaman mewah milik ibu bapa Dan. Aku menghela nafas dengan berat mengenangkan persahabat yang kami bina selama 2 dekad bakal terkubur. Aku tidak sanggup kehilangan Dan namun aku terpaksa.
"Kau tunggu di sini. Biar aku masuk ke sana sorang." Zarul hanya menganggukkan kepalanya melalui cermin pandang belakang. Aku keluar dari kereta dengan membawa beg bimbit yang tersimpan dokumen yang aku mahu serahkan kepada Dan.
Kedatanganku di sambut Datin Roziah dengan senyuman manis.
"Eh, Adam ke tu? Kenapa tak bagi tau mami Ros yang Adam nak datang? Kalau tak mami Ros boleh siapkan makan-makan dulu." Aku membalas senyuman Datin Roziah dan melangkah ke arah pintu utama banglo mewah tersebut. Mummy kepada Dan sememangnya sangat rapat denganku, malah lebih rapat berbanding aku dengan mama. Aku sering bertandang ke rumahnya untuk bermain atau menyiapkan kerja sekolah.
"Eh takpelah mami. Adam singgah sekejap je nak jumpa Dan. Ada benda urgent nak bincang dengan dia sebab Adam datang harini." Aku berkata sambil menunjukkan beg bimbit di tanganku.
"Masuklah... Dan ada kat bilik dia tu tengah mandi rasanya. Nanti mami suruh Indah bawakkan kopi untuk korang berdua." Aku melangkah masuk ke banglo tersebut. Tiba-tiba hatiku diterpa rasa sedih. Mungkin inilah kali terakhir aku akan melangkah masuk ke banglo ini. Banglo yang tersimpan sejuta kenangan bersama Dan dan family Dan. Mami dan abah Dan sememangnya terlalu baik dengan diriku tapi tidak sangka Dan sanggup melakukan perkara tersebut!
"Adam naik atas dulu. Mami tak payah lah susah-susah sediakan makan ke apa. Adam datang sekejap je ni. Kejap lagi nak kena masuk ofis. Banyak kerja nak kena siapkan." Aku berkata sambil memaksa diri untuk kekal tenang dan tersenyum.
"Hari Ahad pun kerja ke? Bertuahnyalah dapat anak macam Adam ni. Dan tu kalau hari Ahad tak pernah lekat kat rumah. Merata dia perginya. Pagi-pagi karang baru balik. Adam tolong tarikkan telinga dia kalau dia buat benda bukan-bukan." Mami Ros berkata dengan riak wajah yang sengaja di seriuskan. 'Memang dia buat benda bukan-bukan pun. Ni aku nak pergi tarik telinga la ni. Kalau ikutkan hati aku nak tarik picu pistol!'
Aku melangkah naik ke tingkat 2 banglo tersebut. Bilik Dan yang terletak di hujung corridor aku tuju. Bilik itu sudah lama aku tak jejaki. sejak kami melangkah ke alam pekerjaan aku tidak lagi pernah melepak di biliknya. Kebiasaannya kami akan jumpa di luar. Lebih senang dan lebih terbuka untuk berbicara tentang perkara apa sekalipun. Mami Ros tu boleh tahan busy body nak dengar orang sembang apa. sebab tu kami lebih suka menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik tersebut aku mengetuk pintu bilik tersebut beberapa kali namun Dan tidak membukanya. Aku memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam. Bilik tersebut kelihatan rapi dan bersih seperti selalu. Dan sememangnya seorang yang rajin mengemas. Berbeza dengan aku. Mama selalu cakap bilik aku macam tongkang pecah. Memang mak-mak suka pakai term tongkang pecah erk?
Aku mendengar bunyi pancutan shower dari bilik air yang berada di dalam bilik tersebut. 'Oh Dan mandi rupanya.'
Sedang aku ralit memerhati kan sekeliling bilik kepunyaan Dan, aku terlihat sebuah pintu bilik kecil yang separa terbuka. Cahaya lampu dari bilik tersebut berbeza dengan cahaya lampu pendaflour. 'Kenapa lampu warna merah?' Aku melihat ke arah pintu bilik air. Tiada tanda-tanda Dan akan selesai mandi lagi.
Aku melangkah ke bilik tersebut dengan rasa ingin tahu yang menggunung. 'Bilik apa tu? Macam pelik je'.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik aneh tersebut aku menguak daun pintu dengan lebih luas. Aku melangkah masuk dan memerhati sekeliling. Mata ku terbeliak memandang sekeliling. 'WTF! Kenapa banyak gila gambar aku dengan Dan.' Gambar-gambar tersebut ada yang ditampal di dinding, ada yang digantung dengan tali dan ada yang berselerakan di atas meja. 'Dan buat apa simpan gambar-gambar ni semua! Budak ni dah gila ke apa? Obses dengan aku ke? 'Tiba-tiba bulu roma ku meremang. 'Biar betul Dan ni!'
"Adam... Kau.. Kau buat apa kat sini?" Kedengaran suara Dan yang sedikit gugup dari muka pintu bilik tersebut.
Aku menoleh ke belakang. Mata ku mencerlung melihat wajah Dan yang kelihatan terkejut dengan kehadiran ku disitu.
"Aku yang patut tanya kau!! Kau buat apa dengan gambar aku semua ni!!!" Aku bertempik dengan kuat dan segera melangkah keluar dari bilik tersebut dengan menolak tubuhnya yang menghalang laluan pintu tersebut. Dan yang hanya bertuala putih lilit di pinggang baru selesai dari mandi hanya mendiamkan diri.
"Explain to me from A to Z Dan. Kau jangan main gila dengan aku Dan!!" Sekali lagi aku berkata dengan suara yang kuat. Aku sudah tak sabar mahu hayun penumbukku namun aku masih sabarkan diri untuk mendengar penjelasan dari Dan.
"I can explain this.." Dan akhirnya bersuara dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Nafas nya dihela kuat. Dia meraup wajahnya dengan kedua belah telapak tangannya. Aku mendiamkan diri dan kekal berdiri merenungnya dengan tajam.
"15 tahun Adam... 15 tahun aku simpan. Tapi kau tak pernah noticed aku."Dan bersuara hiba.
"Simpan apa bodoh??!! Simpan gambar aku??!" Aku bertanya dengan lantang.
"Simpan perasaan aku pada kau. Aku dah lama suka kat kau. Mula-mula Jasmine. Sekarang Nadia! Perempuan kaki kikis tak guna!" Aku hanya terdiam. Terkejut dengan pengakuan Dan! Dan suka aku. Gila ke apa??!!
"Aku sanggup jadi anjing kau selama 15 tahun Adam! 15 years for fuck sake. Aku ikut kemana sahaja yang kau pergi! Aku buat semua benda yang kau suruh! Tapi pernah ke kau anggap aku even sebagai kawan?! Pernah ke kau kesah pasal aku??!! Pernah ke kau faham perasaan aku pada kau?? Aku tahu benda ni salah sebab tu aku pendam tapi tak boleh ke kau respect dengan perasaan aku??!! Perlu ke kau tayang kebahagiaan kau dengan Jasmine dan Nadia depan mata aku??!! Kau tak pernah pandang aku Adam! Sebab tu dua-dua perempuan tak guna tu aku nak bunuh!! Diorang tak layak nak hidup dengan kau!!" Dan tiba-tiba bersuara dengan lantang matanya yang berkaca memandang tajam ke arahku. Tidak pernah aku lihat Dan dengan character yang macam ni. Adakah ini diri sebenar Dan?
Aku pantas meluru ke arahnya. Tumbukan tangan kananku aku hayun tepat mengenai wajah Dan. "Jangan kau berani hina Nadia!!!" Aku menjerit dengan kuat memberi amaran.
"You are fucking crazy bastard!!!!" Sekali lagi tumbukkanku aku hayun mengenai pipi kanan Dan. Dan memegang wajahnya yang kesakitan. Bibirnya pecah. Hidungnya berdarah. Aku menghalakan sepucuk pistol di kepala nya. Kelihatan riak wajah terkejut Dan yang sedang takut sambil memegang wajahnya yang kesakitan.
Aku melempar big bimbitku di hadapannya.
"Open that and you fucking sign every document in that. Aku taknak tengok muka kau di mana-mana. You fucking stay away from Nadia, my family and ME!!!!!!"
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...