Week 8 (Part 2)

1.3K 20 4
                                    


Nadia P.O.V 


"Nah... kau tengok sendiri apa yang laki kau buat" Aina  meletakkan 1 sampul surat di atas ribaku. Aku melihat dengan riak wajah hairan. 'Apa pulak ni?' 

"Aku cuma nak kau bahagia Nadia. Aku sayangkan kau. Kau satu-satunya sahabat yang aku ada. Aku harap kau dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri kau." Aku membuka sampul surat tersebut. Terdapat satu keping salinan cheque di dalamnya. 

"Cheque  apa ni?" Aku melihat tertera nama Adam selaku pemberi dan nama yang tidak ku kenali sebagai penerima.

"Cheque Adam bagi kat siapa ni sampai RM 50,000?" Aku bertanya sambil memandang ke arah Aina. Aku mula berasa tidak sedap hati. 'Janganlah ada benda buruk yang berlaku.' 

"Kalau aku bagitau kau ni, terpulang pada kau nak percaya atau tak. Aku cuma harap kau dapat buat penilaian terbaik untuk diri kau." Aina berkata sambil menggenggam kedua belah tangan ku di atas riba ku. 

"Cheque apa ni??!" Suara ku sudah naik satu oktaf. tidak sabar untuk mendengar penerangan daripada Aina. 

"Itu.. cheque.. Itu cheque Adam bagi kat keluarga mangsa. Supaya keluarga mangsa tak minta pihak polis lakukan siasatan terhadap kemalangan tersebut." Aina berkata sambil memandang ke arah wajahku. 

"Kenapa pulak pihak polis nak siasat?" Aku bertanya dengan riak wajah pelik. 

"Kau tak tahu ke yang kemalangan tu bukan kemalangan biasa?" Aina bertanya dengan riak wajah terkejut. 

"Tak.. Aku tak tahu..... Adam tak pernah cakap apa-apa pasal kemalangan tu... Tapi kenapa Adam sampai perlu bayar keluarga mangsa??!!" Hatiku sudah mengesyaki perkara yang aku paling tidak ingin  dengari. 

"Adam... Adam cuba bunuh kau." Hatiku serta merta remuk. Pecah berkecai bagaikan serpihan kaca  berderai bertaburan di atas lantai. 'Adam... Adam nak bunuh aku? tak.. tak.. aku tak percaya. Aku tak percaya... Adam tak mungkin akan buat macam tu!' Aku pantas berdiri. Tubuhku mula menggeletar. Telapak tanganku berpeluh. Lutut ku berasa lemah. Aku lantas berpaut pada sofa yang aku duduk sebentar tadi. Hampir sahaja aku terjatuh sebentar tadi. 

"Tak... tak mungkin Adam nak bunuh aku. Tak mungkin..  Aina.. Adam Sayangkan aku!" Aku berkata sambil menggenggam tangan ku yang menggeletar dan berpeluh. 'Benarkah Adam benar-benar menyayangi diriku? Atau hanya satu sandiwara?' 

"Itu cheque Adam sogok keluarga mangsa. It's up to you Nadia to believe me or not. Aku harap kau lebih berhati-hati dengan Adam. He is a monster Nadia. Banyak perkara lagi tentang dia yang kau tak tahu. Kau ingat supermodel bernama Jasmine yang mati 4 tahun  lalu?" Aku menganggukkan kepala ku tanda aku mengenali supermodel tersebut. 'Ex girlfriend Adam, nama yang sama pernah diberitahu oleh Dian.' 

"He killed her. He is a maniac. Aku harap kau lebih berhati-hati dengan Adam. Jangan sekali-kali terleka kalau kau bersama dia. Aku kena balik dah ni. Hari dah nak malam. Nanti aku datang jenguk kau lagi ye?" Aku hanya mengangguk lemah melihat Aina melangkah keluar dari villa. 

"Call aku kalau ada apa-apa! Take care!" Sempat Aina berpesan kepada ku. Empangan air mati ku pecah lagi dan lagi kerana insan bernama Adam.. 


____________________________________________________________________


Adam P.O.V 


Aku tidak betah lagi untuk terus berada di Kuala Lumpur apabila melihat Nadia menangis tanpa henti di dalam biliknya melalui rakaman cctv. Aku segera berangkat balik ke villa tanpa sebarang pesan kepada setiausaha ku. Zarul juga terkejut kerana aku mahu balik ke villa secara mendadak. Tidak pernah aku membuat keputusan di luar perancangan dan pertimbangan. Kerana Nadia hancur semua etika dan cara hidup yang aku bina selama ini. Nadia buat aku jadi hilang arah. Nadia buat hati ku galau. Nadia membuatkan segalanya menjadi tidak kena. Nadia segala-galanya bagi ku kini. Nadia Nadia Nadia! Naik gila aku jadinya. Kenapa pulak dia macam marah dengan ku? Atau mungkin kecewa? Tapi sebab apa? Aku gagal mencari jawapannya. Otak ku ligat memikirkan segala kemungkinan sehingga tidak sedar kereta yang dipandu Zarul sudah dipakir di hadapan villa. 

"Tuan!" 

"Tuan! Kita dah sampai." Zarul mengulangi katanya sekali lagi. Lamunan ku mati. Aku menarik nafas panjang untuk bersemuka dengan Nadia. 

Aku pantas melangkah terus ke bilik Nadia. Pintu biliknya aku ketuk dari luar namun Nadia tidak membukanya. Aku mengetuk bertalu-talu dengan lebih kuat. Kedengaran tombol pintu dipulas selepas beberapa ketika menanti. Nadia membuka pintu dengan riak wajah yang sugul. Tiada riak wajah gembira menyambut kepulangan ku seperti sebelum ini. Nadia diam seribu bahasa sambil termenung jauh. Aku segera menarik tangan Nadia untuk dia duduk di atas katilnya. Aku duduk di atas kerusi yang berada di dalam biliknya. Kedua belah tangannya aku genggam dengan kedua-dua belah tanganku. Matanya aku tatap. Namun pantas Nadia melarikan pandangannya. Kedua belah tangannya di tarik. Air mata sekali lagi mengalir di kedua belah pipinya yang mulus. Mahu sahaja aku menarik Nadia ke dalam pelukanku dan menghapuskan air matanya. Namun aku tahankan diri. Ini bukan masa yang sesuai untuk itu. Menyelesaikan kekusutan yang melanda adalah lebih penting. 

"Why? What happened? Who did this to you?" Aku bertanya dengan nada suara yang risau. Bebola mataku memandang tepat ke arah wajah Nadia yang sedang memandang ke arah lain. Nadia hanya mendiamkan diri. Dia menyapu air matanya dengan belakang tangannya. Dia lantas bangun berjalan ke mejanya dan membuka sebuah laci yang terdapat pada meja tersebut. Sebuah sampul surat dikeluarkan dan diserahkan kepada ku. 

"Apa ni?" Aku bertanya sambil membuka sampul surat tersebut. 'Mana Nadia dapat cheque ni? Siapa yang bagi?' 

"Mana kau dapat ni?" Aku bertanya dengan nada suara yang pelik. 

"How dare you????!!!" Tiba-tiba Nadia bangkit berdiri dengan suara yang mendadak meninggi. Lama dia mendiamkan diri tiba-tiba sahaja dia menyergahku dengan suara yang tinggi. Aku masih lagi tidak faham dengan letak duduk perkara yang sebenar. Aku memandangnya dengan riak wajah kehairanan. 

"How dare you trying to kill me??!!!!!!!" Tidak pernah aku melihat Nadia seperti ini. Tubuhnya menggeletar. Matanya memerah akibat terlalu banyak menangis.  " How dare you Adam. How dare you" Suara Nadia kembali perlahan seolah-olah hatinya sangat terluka dan kecewa denganku sambil menangis teresak-esak. 'Kenapa hatiku turut berasa begitu sakit melihat tangisan Nadia? Bagaimana aku sanggup membunuh dia kalau aku juga turut terluka?' 

"Where did you get that idea?" Aku bangun dari duduk melangkah ke arah Nadia. Aku berhenti dan berdiri betul-betul di hadapan Nadia. Nadia hanya mendiamkan diri. Tangan yang ingin memeluk tubuhnya aku tahan sekuat hati. 

"Kalau betul aku nak bunuh kau, aku tak perlu bunuh nyawa orang yang tak bersalah. Aku tak perlu susah-susah letupkan bas tu. Aku boleh bunuh kau sekarang. Right here! Right now!" Aku berkata sambil memandang tepat ke dalam mata Nadia. 'Sampai hati Nadia tidak mempercayai aku. Kejam sangatkah aku? Begitu hinakah aku di mata Nadia? Sebegitu bencikah Nadia dengan diriku?' 

Aku mengeluarkan sepucuk pistol yang aku sentiasa tersimpan di pinggangku. Bebola mata Nadia terbeliak melihat aku mengeluarkan pistol. Aku menarik telapak tangan kanan Nadia. Pistol tersebut aku letak di atas telapak tangannya. Aku menghalakan muncung pistol tersebut ke dadaku. Mataku dipejam. Tanpa sedar air mataku turut mengalir. Hancur luluh hatiku kerana Nadia tidak mempercayai diriku. Biarlah aku mati! 

"Shoot me! Kill me with your own hand!" 




6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now