Nadia P.O.V
Selepas kejadian makan malam tempoh hari aku sering mengelakkan diri dari bertembung dengan Adam. Lihat bayang-bayang Adam sahaja pun sudah membuatkan jantungku berdegup laju, badan ku tiba-tiba berpeluh dan menggeletar. Pagi-pagi lagi aku sudah keluar pergi membuang sampah atau siram pokok bunga atau cuci porch kereta atau menyapu sekitar halaman rumah. sedaya upaya ku mengelak daripada Adam supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi. sakit hati dan takut bercampur menjadi satu. Aku memang tidak akan sepadan dan tidak akan layak bergandingan dengan Adam. Manakan pipit boleh terbang bersama enggang?
Aku duduk diatas kerusi dalam taman yang ada dibelakang villa ini. Taman ini memang Mak Mah suruh aku yang jaga. Aku melihat Pak Mail sedang mengisi tanah ke dalam pasu kecil untuk bunga orkid putih dan kuning yang aku pinta. Aku pun hairan kenapa dia tanya bunga kegemaran ku. Tiba-tiba sahaja hari ini dia akan tanam dalam pasu- pasu kecil dan akan di gantung bersama pokok-pokok bunga yang lain. 'Baik betul Pak Mail ni, sampai macam ni sekali nak ambil hati ku'.
"Puan Nadia kenapa duduk kat sini? Tak teman Tuan Adam makan ke?" Pertanyaan Pak Mail mematikan lamunan ku. 'Aik? dia panggil aku puan? dia tahu ke?'
"Errr.... tak... Eh teman tadi tapi dah mintak izin nak ambil angin kat belakang ni kejap." Jawabku sambil tersenyum kelat.
Pak Mail tersenyum melihat ku sambil tangannya ligat memasukkan akar bunga orkid putih ke dalam pasu kecil dihadapannya.
"Biasalah Puan, hidup berumah tangga ni ada asam garam, pasang surut, suka duka. Api jangan dilawan dengan api. Air jangan dilawan dengan air. Perlu bertolak ansur. Dan yang paling penting saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan merajuk lama-lama nanti Puan jugak yang merana" Pak Mail menasihati ku sambil tersenyum seakan mengerti apa yang terjadi antara aku dengan Adam.
"Errr... Pak Mail tahu ke yang...yang..."
"Yang Puan Nadia dan Tuan Adam dah kahwin?" Aku mengangguk sambil tertunduk malu.
"Tahu.. sebab Tuan Adam takkan bawak mana-mana perempuan ke villa ni selain family dia. Dan Pak Mail tak pernah nampak Tuan Adam bawak balik Puan Nadia sebelum ni. Sebab tu Pak Mail teka yang Puan Nadia ni isteri Tuan Adam. Villa ni villa kesayangan Tuan Adam. Kalau dia ada apa-apa masalah dia akan balik ke sini." Pak Mail berkata sambil menggantung pasu kecil yang tertanam orkid putih di dalamnya di bawah pondok pokok bunga yang dibuat olehnya.
Aku memegang orkid putih tersebut dengan jemari ku sambil tersenyum. 'Cantiknya!'
"Orkid ni pun hadiah daripada Tuan Adam untuk Puan." Senyumanku serta merta mati. Aku melarikan tangan ku ke sisi tubuhku.
"Pak Mail tolong buang semua pokok bunga orkid tadi"
Adam P.O.V
"Mak Mah, Nadia mana?" Aku bertanya sebaik sahaja duduk untuk sarapan.
"Dekat taman belakang tu. Siram pokok bunga" Mak Mah menjawab sambil menuang air kopi ke dalam cawan di hadapanku.
Aku bangun dari duduk selepas mengambil cawan berisi air kopi yang dituang Mak Mah. Aku berjalan menuju ke pintu belakang villa untuk ke taman yang tidak jauh dari pintu belakang tersebut.
"Pak Mail tolong buang semua pokok bunga orkid tadi.." Ucap Nadia yang berdiri di hadapan Pak Mail tidak jauh dari tempat ku berdiri. Aku melihat Nadia berlalu pergi meninggalkan taman tanpa sempat melihat aku tiba di situ.
Pak Mail memandang ke arah ku dan berjalan ke arah ku.
"Selamat pagi Tuan" Pak mail menyapaku sambil cuba tersenyum ke arah ku.
"Pagi" Aku menjawab sambil melihat ke arah pasu bunga berisi orkid putih tersebut. Aku berjalan ke arah pasu tersebut dan mengambil pasu tersebut. Merenung melihat orkid di dalam pasu di atas telapak tangan ku.
"Orang perempuan kalau tengah marah memang macam tu.. Tuan jangan ambil hati ye?" Pak Mail bersuara cuba menyedapkan hatiku.
"Pak Mail macam mana? sihat? Terima kasih sebab pasangkan lampu yang saya suruh haritu." Aku cuba mengalih topik perbualan sambil masih merenung pokok orkid putih di tanganku.
"Alhamdulillah, Pak Mail macam ni lah. sihat orang tua. Sama-sama. Puan Nadia suka sangat dengan lampu-lampu tu. siap menyanyi-nyanyi lagi kalau lalu kat taman ni. Untung Puan dapat suami macam Tuan." Pak Mail berkata sambil tersenyum ke arah ku.
"Puan Nadia tu bukan macam perempuan-perempuan yang lain. Pak Mail tak pernah nampak dia mengambil kesempatan curi tulang atau kemana-mana walaupun Tuan takde kat sini. Pak Mail harap Tuan dapat jaga dia betul-betul." Sambung Pak Mail sambil meletakkan tanah ke dalam satu lagi pasu bunga untuk pokok bunga orkid kuning.
"Nanti Pak Mail letak satu pasu orkid kuning dan satu pasu orkid putih kat dalam bilik kerja saya. Saya nak berangkat pergi kerja dulu. Tolong tengok-tengokkan Nadia. Dia still tak berapa sihat tu. Assalamualaikum.." Aku sempat titipkan pesan sebelum berlalu pergi meninggalkan taman.
Selesai sahaja kerja di Kuala Lumpur. Aku bergegas balik ke Kuantan dengan segera. Perjalanan 1 jam dari Kuala Lumpur menaiki flight peribadiku terasa begitu lama. Aku terpaksa ulang-alik begini demi merahsiakan perkahwinanku dengan Nadia daripada dihidu wartawan. Walaupun badan ku kepenatan namun melihat wajah Nadia di skrin Ipad ku seakan-akan memberi tenaga tambahan kepada ku. Sepanjang hari aku melihat tingkah laku Nadia di skrin Ipad ku sambil menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah habis di ofis.
Setelah turun dari flight, aku menaiki kereta SUV Karlmann King yang dipandu Zarul. Aku sekali lagi mengeluarkan Ipad untuk melihat Nadia. Namun Nadia tidak kelihatan di skrin Ipad. Aku mengalihkan dari satu cctv ke cctv yang lain namun gagal menemui Nadia. Aku sudah berasa tidak sedap hati. 'Mana Nadia?'
Aku segera dail nombor Pak Mail. " Pak Mail cari Nadia. Saya tak nampak dia kat cctv. Cari dia cepat!!!" Aku segera memutuskan talian.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomantikWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...