First Rejection

10.4K 28 0
                                    

Nadia P.O.V

Aku yang teringat akan wishlist ku mengambil keputusan drastik untuk menyuarakan hasrat hati ku dan memandangkan Adam orang pertama yang memperlakukan aku sebegini dia perlu bertanggungjawab atas perbuatannya ini. Aku tidak mahu diri ku yang sudah dikotori Adam ini di hidang pula untuk lelaki lain. Biarlah Adam menyudahkan apa yang dimulakan oleh nya.

Adam segera melepaskan pelukannya dan tubuh ku ditolak membuat aku jatuh tersungkur ke hadapan.

Nasib ku baik dahi ku tidak tercium bucu meja.

Adam seolah-olah terkejut mendengar pertanyaan ku itu.

"No.. Nadia! U ingat u sape nak kahwin dengan I?!" Dia memandang ku tajam dan mukanya merah menahan marah.

"Kenapa Adam? Bukan ke awak suka kat saya?" Aku bertanya dan hati ku terguris sedikit dengan jawapan yang aku terima tadi. Walaupun aku tahu peluang untuk dia setuju senipis kulit bawang namun aku memberanikan diri untuk mencuba demi maruah ku yang masih lagi tersisa.

" Ya. I do like you. Tapi aku suka body dan rupa kau je. Bukan pangkat kau. Bukan keturunan kau. Bukan harta kau. Kau bukan sape-sape Nadia. Kau aku anggap tak ubah seperti pelacur di mata aku. Jangan mimpi Nadia! Jangan mimpi!" Aku tersentak dengan kata-kata hinaan yang keluar dari mulut Adam seperti belati yang tajam menusuk terus ke jantung ku. Jerkahannya yang keras memenuhi ruang pejabat yang sunyi pada ketika itu.

Angan-angan yang sempat aku bina kini hancur dalam sekelip mata. Sampai begitu hina sekali rupanya aku di mata Adam. Tak pernah lagi aku dihina sedemikian rupa. Rata-rata orang selalu memuji ku berpewatakan lembut dan mempunyai rupa paras yang cantik menjadi idaman setiap lelaki. Aku silap rupanya! Aku silap.

Air mata ku mengalir tanpa di pinta. Aku sedaya upaya menahan esak tangis ku.

Aku segera membetulkan tudung dan baju kurungku. Air mata ku lap dengan kasar dengan hujung lengan baju kurung.

Aku cuba berdiri namun kepala ku yang sedikit pening hampir membuatku rebah kembali. Aku mencengkam kemas sofa untuk membantu ku berdiri.

Tas tangan ku capai. Aku menuju ke pintu keluar dengan langkah yang sedikit perlahan akibat pening kepala menyerang hebat.

"Terima kasih sebab renovate bilik latihan drama. Better awak tarik balik sponsor awak. Sebab kos yang awak tanggung terlalu tinggi untuk pelacur murahan seperti saya. Assalamualaikum." Suara ku sedikit bergetar menahan sebak di dada. Namun aku tutupi dengan sedikit senyuman supaya kelihatan tidak terlalu terkesan dengan kata-kata iblis.

Aku menaiki lif untuk turun. Sampai sahaja di kawasan parkir, air mata ku berhambur keluar. Dan tangisan ku semakin kuat.

Kepala ku yang pening membuatkan aku mengambil keputusan untuk tidak memandu pulang. Hujan mulai turun. Aku yang tiada payung pantas berteduh di bawah perhentian bas. Asal nangis je hujan. Asal hujan je nangis. Aduh susah la macam ni.

Aku mengeluarkan telefon bimbit dan cuba menghubungi Aina.

'Aduh tak angkat call pulak'.

Teksi takde pulak hujan-hujan ni. Dah la gelap, sorang pulak tu. Aku yang sememangnya penakut mula berasa gerun dengan suasana sekeliling.

'nak call siapa ni? Aina sibuk pulak'

Aku lihat recent call. Dan terjumpa nombor Aiman. Aiman pun Aiman la.

Pantas aku tekan butang call.

Mujur Aiman mengangkat pada deringan kedua.

"Hello Aiman. Assalamualaikum." Aku bertanya segera

"Waalaikumsalam. Hello, Nadia? Kenapa ni?" Aiman bertanya risau seperti dapat menjangka keadaan diriku ketika ini.

"Awak boleh ambil saya tak, kalau awak tak busy. Saya tak boleh nak drive sebab sakit kepala ni." Aku bertanya sambil hujung ibu jariku di gigit menanti jawapan Aiman.

"Awak kat mana tu?"

"Dekat bus stop depan menara AI holding"

"15 minit saya sampai. Awak jangan pergi mana-mana. Duduk dalam kereta dulu. Pintu jangan lupa lock." Dia sempat berpesan kepadaku seolah-olah risau dengan keselamatan diri ku. Hati ku sempat berbunga bahagia kerana masih ada insan mengambil berat tentang diri ku.

"Ok. Drive elok-elok."aku mematikan talian.

Aku sedikit terkejut melihat kereta Adam menyalakan lampu namun tiada tanda tanda untuk bergerak. Aku dapat merasakan dia sedang memerhatikan ku dari dalam kereta. Aku cuba untuk tidak mengendahkannya dengan bermain pubg sementara menunggu Aiman sampai.

Selepas beberapa minit. Kereta ku di suluh cahaya kereta daripada belakang. Aiman keluar dari keretanya lalu mengetuk cermin kereta ku.

Wajahnya sekarang masih sama seperti dahulu. Mungkin lebih tampan kerana nampak lebih matang dengan rambut yang dibiarkan mengurai tanpa disikat. Cermin mata menambahkan karisma nya sebagai doktor. Rahang yang tajam, hidung dan mulut yang terbentuk elok menambahkan lagi ketampanan doktor muda ini.

"Hai Aiman. Sorry kacau awak malam-malam ni." Aku bertanya sambil menutup kembali pintu kereta.

"Eh, tak kacau punlah. Saya memang free. Awak okay ke tak ni? Nak pergi klinik tak?"dia bertanya risau sambil cuba menyentuh kepala ku.

Aku cuba mengelak daripada disentuh.

"Ok.. saya okay je. Sakit kepala sikit je. Takut drive karang accident pulak."

"Dah-dah. Jom saya hantar awak balik. Awak dah makan?" Dia bertanya lagi sambil berjalan menuju ke keretanya.

"Dah tadi. Saya cuma nak rest je ni. Penat sangat dah ni." Dia membukakan pintu kereta Audi yang berwarna tinted hitam kepada ku.

Aku mengucapkan terima kasih dan duduk disebelah tempat pemandu.

Aku terpandangkan kereta Adam yang masih lagi pada kedudukan yang sama sejak tadi dan lampu masih lagi menyala.

Buat apa nak tengok-tengok aku lagi? Tadi bukan main sedap dia hina aku? Ye ke dia tengok aku? Lantak dia la. Malas nak fikir pasal lelaki tak guna tu dah.

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now