Still With You (Part 3)

2K 29 7
                                    



Adam P.O.V 


"Segalanya kaku.. Hati terus menangis.. Bila mengenangkan.. Dirimu telah tiada.. Kau pergi tanpa pesan... Tinggal aku sendiri... Menghitung hari... Tiada daya dimamah sepi... Duhai kekasih hati... Katakanlah padaku.... Bahwa semua ini.... Hanya igauan mimpi....Aku tak sanggup, kasih.... Kehilangan dirimu.... Walau sedetik rindu mencengkam... Terasa pedih.." 

Aku mengesat air mataku yang mengalir perlahan di pipi sambil memetik gitar di tangan mengalunkan lagu yang terasa sangat menyentuh jiwaku di kala ini. Aku jarang mendengarkan lagu-lagu melayu. Namun sejak akhir-akhir ini lagu-lagu sedih sering saja berjaya membuat hatiku gundah gulana. 'Mana Nadia sayang? Hampir sebulan dah sayang menghilangkan diri tanpa khabar berita.. Adam tak kuat sayang.. Adam tak  kuat.. Sayang baliklah.. Adam rindukan Nadia..' 

"Adam sampai bila kau nak macam ni? Ofis pun dah lama kau tak masuk. Ni bilik ni... Macam apa dah aku tengok. Aku tak boleh sabar dah dengan kau ni Adam. Aku tahu kau tak bagi aku jumpa kau. Tapi aku tak peduli! Kau kena kuat Adam. Aiden perlukan kau!" Suara Dan kedengaran dari arah pintu bilikku mematikan lamunanku. Ini kali pertama aku bertemu dengan Dan sejak peristiwa di rumahnya haritu. Dan mengutip pakaian-pakaianku yang bertaburan di atas lantai sambil mulutnya mengomel macam mak-mak mertua bermulut becok. Aku hanya memandang dengan ekor mataku dan kembali berbaring di atas katilku. Aku memejamkan mataku supaya tidak terlihat mataku yang sedang berkaca menahan tangis entah untuk berapa kali. 

"Aku dah tanya Aina banyak kali kat mana Nadia tapi dia taknak bagitahu aku. Dia sama keras kepala macam Nadia. Apa kata kau buat video suruh Nadia balik lepas tu kita viral kan? Dah viral senang sikit kita nak dapat info kat mana Nadia. Kau pun dah banyak duit berhabis untuk cari Nadia tapi semua takde hasil." Mendengarkan cadangan dari Daniel tersebut aku pantas membuka mataku yang terpejam. Aku bangun dari pembaringan perlahan-lahan duduk menghadap Dan yang sedang memasukkan pakaian kotorku ke dalam bakul pakaian. 

"Nak buat video macam mana?" Aku bertanya dengan nada yang serius. Takut-takut Dan terhidu keterujaan ku dengan ideanya. 

"Video kau nyanyi ke.. atau buat ucapan ke.. Suara kau pun sedap. Boleh main gitar. Mau tak cair kalau Nadia dengar? Nadia pernah dengar ke kau menyanyi?" Aku menggelengkan kepalaku. Ya aku sudah lama tidak bermain gitar dan menyanyi semenjak sibuk dengan perniagaanku. Dahulu aku sering menyertai battle of the band sewaktu masih menuntut di universiti. 'Tapi mampukah nak cairkan kepala batu Nadia yang degil tu?' Ah! Untuk Nadia aku akan lakukan apa sahaja. 

"Isk... Makan dulu ye?" Terdengar suara mama dari arah pintu membuatkan hatiku yang tadi bersemangat bertukar menjadi hangat membara. Aku sememangnya sedang 'berperang' dengan mama. 

"Berapa kali aku cakap aku taknak kau masuk campur hal aku!! Aku nak makan ke, aku nak mati ke takde kena mengena dengan kau!! Get out from my room!!" Dan yang terdengar kata-kata yang meniti dibibirku serta merta berubah riak wajahnya dengan riak terkejut. Aku tak pernah berkasar sebegini rupa dengan mama sepanjang 29 tahun hidupku sebelum ini. Mama meletakkan dulang yang berisi sepinggan nasi dan beberapa mangkuk lauk di atas meja di dalam bilikku segera beredar tanpa sebarang kata. Meskipun sering diherdik olehku namun mama tidak pernah membalas dengan sebarang herdikan.  Sering kali aku melihat mama mengesat air matanya selepas berpaling daripada menghadapku. 

"Aku takkan maafkan kau selagi aku tak jumpa Nadia. Selagi kau tak mintak maaf kat Nadia. Dan selagi Nadia tak maafkan kau. Kau boleh anggap aku dah mati kalau aku tak dapat jumpa Nadia!" Aku bersuara sebelum sempat mama beredar keluar dari bilikku. 

"Sabar Adam... Jangan terlalu ikutkan perasaan.. " Dan cuba menenangkan diriku namun aku pantas menjegilkan mataku ke arahnya membuatkan Dan serta-merta terdiam. 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now