Adam P.O.V
"Idiot!!!!!!!" Aku menengking Pak Mail sekuat hati. Iphone di tangan aku genggam erat. Zarul melihat reaksi ku dengan wajah terkejut.
"Drive back to villa!! NOW!!!!" Zarul memecut laju kereta yang dia pandu. Aku duduk bersandar di seat penumpang belakang. 'Janganlah ada apa-apa benda buruk terjadi kepada Nadia.' Aku yang faham benar dengan perangai keras kepala Nadia tahu mesti Nadia berdegil jugak nak naik bas. 'Ni semua Ezzaty bodoh tu punya pasal'. Mata ku di pejam. Fikiran ku hanya memikirkan keselamatan Nadia.
Perjalanan hampir 2 jam ke Kuantan terasa begitu lama.
Sampai sahaja di villa aku terus meluru ke arah Pak Mail yang menantiku di hadapan villa. Buku lima ku digenggam. Tumbukan ku hayun dengan kuat tepat mengenai rahang Pak Mail. Pak Mail hanya membiarkan tumbukan ku singgah bertalu-talu ke arah muka dan tubuhnya. Meskipun beberapa kali jatuh ke tanah tetapi dia tetap bangkit berdiri untuk menerima asakan daripada ku. Darah mula mengalir di sekitar wajahnya. Matanya lebam dan bengkak. Hidungnya berdarah. Bibirnya pecah. Aku terus membelasah Pak Mail tanpa berkata apa-apa. Zarul hanya melihat tanpa berbuat apa-apa melihat ayahnya dipukul. Mak Mah cuba menahan ku namun di tahan oleh Zarul. Sememangnya bagi Zarul tanggungjawab yang digalas nombor satu di atas segala-galanya. Itulah nilai sebuah tanggungjawab dan amanah meskipun nyawa menjadi galang gantinya.
Setelah penat membelasah Pak Mail. Aku mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah Pak Mail. Pak Mail melutut perlahan-lahan di hadapanku tanpa sebarang kata. Muncung pistol ku tepat mengahala di kepala Pak Mail. Matanya ditutup.
"Aku takkan bunuh kau selagi Nadia tak disahkan mati. Aku akan bunuh seorang demi seorang selagi mayat Nadia tak ditemui!" Aku memandang tajam ke arah Pak Mail dan bodyguard ku yang lain. Pistol di tangan aku simpan. Aku melangkah berjalan masuk ke villa sambil diekori Zarul. Kelihatan beberapa orang memapah Pak Mail untuk bangun.
"Saya akan cari Puan Nadia dengan tangan saya sendiri tuan!" Pak Mail berkata dengan nada yang tegas. Selaku bekas anggota komando aku tahu akan keupayaan Pak Mail. Aku berlalu masuk ke villa tanpa menoleh ke arahnya.
"Mama mana, papa? Aiden nak jumpa mama. Seharian Aiden tak nampak mama." Aiden berlari ke arah ku dan memeluk pehaku. 'Eh, dengan aku tak jumpa seminggu okay pulak?' Kepala Aiden digosok dengan tangan kanan ku.
"Mama.. mama balik kampung. Papa nak kena pergi jemput dia." Aiden mengangkat wajahnya memandang ke arahku.
"Aiden nak ikut boleh?"
"Dah lewat ni. Lagipun kampung mama jauh. Aiden tunggu kat sini je okay? Mak Mah ada boleh temankan Aiden." Aku berkata sambil memimpin Aiden ke biliknya.
Sampai sahaja di bilik Aiden, Aku melutut di hadapan Aiden. Tubuh Aiden aku rangkul. Kepala Aiden aku kucup.
"Papa pasti akan bawak mama balik.. Pasti"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zarul memandu kereta dengan laju menuju ke tempat kejadian. Aku hanya mendiamkan diri sambil otak ligat memikirkan bagaimana agaknya keadaan Nadia. Polis memberitahu ku bahawa bas yang dinaiki Nadia masih lagi tidak ditemui. Polis menganggarkan bas tersebut telah terjunam ke dalam gaung akibat di pandu laju. Jam di pergelangan tangan kiriku aku kerling. Pukul 6.30 petang. Sudah hampir 2 jam selepas kemalangan berlaku. 'Kejap lagi hari gelap mesti Nadia takut!'
Sampai sahaja di lokasi kejadian aku segera ke khemah pasukan SAR untuk mendengar taklimat kejadian. Beberapa pegawai atasan dari pasukan polis, bomba dan SAR segera menyambut kehadiran ku. Aku duduk di sebuah kerusi plastik yang disediakan di dalam khemah.
"Bas yang terlibat dengan kemalangan di katakan terbakar sebelum pemandu panik dan menyebabkan hilang kawalan dan menjunam ke dalam gaung. Terdapat 18 orang penumpang yang ada di dalam bas pada ketika itu. Keadaan mangsa masih belum di kenal pasti. Gaung yang mempunyai kedalaman sekitar 30 meter itu agak sukar untuk dituruni kerana di penuhi pokok-pokok dan batu-batu besar. Pasukan SAR serta pasukan bomba seramai 50 orang telah dikerahkan bagi operasi menyelamat. Berikut ialah senarai penumpang yang ada dalam rekod syarikat bas berdasarkan list tike yang dibeli" Ketua Operasi Penyelamat memberikan taklimat kepada ku. Hanya aku dan beberapa orang pegawai atasan berada di dalam khemah tersebut.
Aku melihat nama Nadia tertera di nombor 7. Mataku dipejam. 'I'll find you wherever you are Nadia' Aku meraup wajahku dengan kedua belah telapak tangan ku. Aku membuka mata dan memandang ke arah semua pegawai disitu dengan riak wajah serius.
"Send the best squad you got. Kalau perlu bantuan pakar dari negara luar bagitau aku. Find all of them as fast as possible! Kalau tak jumpa jugak malam ni. Korang semua akan dipecat! Any info directly tell me. Keep this as secret. Jangan sampai wartawan tahu wife aku terlibat." Aku memberi arahan dan amaran dengan tegas. Mereka hanya mengangguk faham dengan riak wajah gerun serta terkejut. Aku bangkit berdiri dan melangkah keluar dari khemah sambil diiringi pewagai atasan bomba dan polis.
"Sediakan keperluan anggota secukupnya. Kalau ada info or anything you need just contact me directly" Mereka hanya mengangguk faham sebelum aku masuk ke dalam kereta untuk pulang ke villa.
Aku melangkah perlahan masuk ke villa dengan fikiran yang kusut. tali leher ku renggangkan. blazer ku tanggalkan. aku meletakkannya di sofa dan duduk di atas sofa. Tubuh ku disandarkan pada sofa. Kepala ku diletakkan di kepala sofa. sambil memejamkan mata ku.
"Tuan nak makan? atau minum?" Mak Mah bertanya sambil berdiri di sisi sofa yang aku duduk.
"Coffee." Sepatah aku menjawab.
Tiba-tiba telefon di dalam poket seluar ku bergetar menandakan ada panggilan masuk. Aku lihat di skrin tertera nombor panggilan dari telefon pejabat kerajaan. Hatiku berdebar hebat. Terasa tangan ku hampir menggeletar. 'Berita pasal Nadia kah? Ya Allah! Aku tak cukup kuat ya Allah. Mintak-mintak bukan berita buruk.' Air liur ditelan. tekakku berasa kesat. Panggilan tersebut aku angkat.
"Hello assalamualaikum. Saya pegawai perubatan dari unit kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh ingin meminta Dato' Seri hadir ke hospital sekarang bagi proses pengecaman jenazah."
Aku mematikan panggilan. Telefon pintar yang aku pegang jatuh ke lantai. Terasa dunia kosong. Sekosong hati ku sekarang. Tanpa sedar air mata berlinangan di pipi ku. Aku jatuh terduduk di atas sofa. 'Tak.. tak bukan Nadia yang diorang jumpa tu. Nadia tak boleh pergi selagi aku ada disini. Bukan Nadia.' Akal ku cuba menidakkannya namun jauh di sudut hatiku merasakan itu ialah jenazah Nadia.
Zarul melangkah masuk dari arah pintu masuk utama villa menuju ke arah ku.
"Kita pergi hospital Temerloh sekarang." Aku melangkah perlahan-lahan keluar dari villa sambil diekori Zarul.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tiba di ruang paling bawah hospital iaitu di pintu bilik mayat tepat jam 10 malam. Aku masih tidak percaya bahawa aku perlu melakukan proses pengecaman jenazah Nadia. Terasa baru semalam bertemu dengan Nadia. Senyumannya. Ketawanya. Senda guraunya. Tangisnya. Semuanya masih segar diingatanku.
Aku melangkah masuk ke bilik mayat perlahan-lahan. Terasa telapak tangan ku begitu sejuk dan menggeletar. Jantung ku berdegup begitu laju. Aku tegak berdiri di hadapan sebuah tempat simpanan mayat yang ditunjukkan oleh pegawai perubatan tersebut. Aku menarik perlahan-lahan tempat simpanan mayat tersbut. Jenazah yang hampir rentung itu aku tatap. Aku hampir tidak dapat mengenali jenazah tersebut milik Nadia. Namun tubuhnya yang memakai baju kurung kapas yang sama waktu pertama kali berjumpa dengan ku mengesahkan bahawa jenazah itu milik Nadia.
Aku jatuh terduduk. Air mata ku tidak dapat di tahan lagi. Akhirnya empangan air mata ku pecah untuk insan yang aku paling sayangi. Nadia!
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...