Week 5

1.6K 15 6
                                    


Nadia P.O.V


Hampir seminggu 'perang dingin' antara aku dan Adam sudah terjadi. Sudah hampir seminggu juga Adam tidak balik menjenguk ku. Hanya Mak Mah dan Aiden menjadi peneman setiaku. Kata-kata Adam menghalau Aina keluar dari villa masih terngiang-ngiang di telinga ku. 'Sampai hati Adam halau Aina macam tu. Akankah perkara yang sama akan berlaku kepada diriku apabila Adam sudah bosan denganku?' Nafas panjang dihela. 'Better aku kemas beg siap-siap ready nak kena halau. Nanti takdelah kalut sangat nak pergi. Dah dekat seminggu tak balik ni mungkin ni tanda-tanda awal dia nak halau aku kot?' 

Bagasi berwarna biru laut di tarik keluar dari bawah katil. Bagasi aku buka. Foto mak dan ayah di dalam frame menjadi santapan pertama mataku apabila membuka bagasi tersebut. Foto tersebut ialah foto terakhir yang diambil bersama mak dan ayah sewaktu meraikan ulang tahun ku yang ke 8. Foto tersebut aku ambil dan aku peluk. 'Maaaakk.. Ayaaah.. Nadia rindu  mak dan ayah. Nadia tak kuat dah nak hadapi semua ini.  Bukan pengakhiran hidup begini yang Nadia pinta. Kalau ada satu permintaan yang tuhan pasti kabulkan sekarang ialah Nadia harap Nadia mati sekarang. Nadia dah tak sanggup nak tanggung beban perasaan yang macam ni. Lebih baik Nadia dimarahi dan dipukul daripada Adam sepi tanpa berita.'  Air mata yang mengalir perlahan di pipuku aku kesat dengan belakang telapak tanganku. 'Aku kena kuat! Menangis takkan selesaikan masalah! Dia nak perang kan? Jom kita perang! I have nothing to lose. Dah nak mati dah pun.' 


Aku masuk ke ruangan dapur untuk membantu Mak Mah menyediakan makan tengah hari. Kelihatan Mak Mah sedang memotong sayur kobis di meja di tengah-tengah ruangan dapur tersebut. 

"Mak Mah nak suruh Nadia buat apa ni?" Aku bertanya sambil berdiri di sisi Mak Mah. 

"Nadia duduk je temankan Mak Mah. Nadia tu isteri Adam. Kalau Adam tahu, mesti nanti Mak Mah kena marah kalau suruh Nadia buat macam-macam." Mak Mah berkata sambil tersenyum ke arah ku tangannya ligat memotong sayur kobis diatas papan pemotong tersebut. 

"Eh.. Apa pulak dia nak marahnya? Bukankah dia juga yang cakap saya ni pembantu baru kat villa ni? Hahaha." Aku berkata sambil cuba mengusik Mak Mah. 

"Kalau Nadia nak tolong juga. Nadia boleh tolong siang ikan patin kat sinki tu. Harini Mak Mah nak masak gulai tempoyak ikan patin. Adam balik harini. Favorite dia tu." Mak Mah berkata sambil tersenyum. Senyuman ku mati. 'Adam balik! Time aku rasa taknak hadap muka  dia , time tulah dia nak baliknya!' Aku menganggukkan kepala ku dan berjalan menuju ke arah sinki. 

"Nadia reti ke masak gulai tempoyak ikan patin?" Mak Mah bertanya sedang aku menyiang ikan di sinki dapur.

"Reti.. Arwah mak Nadia orang Temerloh. Memang terer masak gulai tempoyak ni. Nadia pernah belajar dengan arwah mak. Dan memang selalu masak dulu kalau free hujung minggu." Aku berkata sambil masih tekun menyiang ikan. 

"Haaa... Kalau macam tu hari ni Nadia masak ye? Mak Mah nak merasa jugak gulai tempoyak versi orang Temerloh. Mak Mah ni versi oghang peghok. Hahaha." Ujar Mak Mah sambil menoleh ke arah ku. 

Teringatkan kejadian aku aku dilempar nasi panas, aku jadi takut peristiwa sama bakal berulang. 

"Errr... Takpe lah Mak Mah. Mak Mah jelah yang masak, saya tak tahu selera Adam macam mana." Aku beralasan kerana takut dimarahi Adam sekali lagi.  

"Haa... Masa nilah nak belajar selera Adam tu macam mana. Orang perempuan ni kena pandai ambil hati suami. Hukumnya wajib tau. Memasak ni antara cara paling mudah nak ambil hati suami sebabnya kalau sedap kita masak, suami pasti akan suka. Sebab tu adat Melayu ni orang perempuan kena pandai memasak. Pantun orang dulu-dulu pun ada cakap, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Tinggi makna pantun ni walaupun nampak macam kelakar." Mak Mah kalau dah mula bersyarah memang akan jadi panjang lebar. Hahaha. 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now