Surprise II

4.2K 22 0
                                    

Nadia P.O.V

Selepas hujung minggu ku dihabiskan dengan hanya melepak di rumah, aku kembali bersemangat untuk kembali ke sekolah untuk terus berbakti untuk anak-anak murid ku.

Guru sememangnya cita-cita ku sejak kecil. Aku amat sukakan kanak-kanak. Minat aku terhadap kanak-kanak mendorong aku untuk mengejar cita-cita ku meskipun aku bukanlah pelajar yang begitu pandai.

Mengajar murid darjah 1 sememangnya cabaran yang cukup besar bagi diriku. Aku merupakan guru Bahasa Melayu dan sememangnya cabaran paling besar ialah untuk mengajar murid-murid supaya tahu membaca.

Perasaan aku apabila seorang murid sudah pandai membaca tidak dapat aku ungkap.
Gembira, terharu, sebak, bangga, bersyukur.. kerana hanya Dia yang tahu betapa besar pengorbanan yang kami buat terutama untuk mengajar mereka menulis. Tangan pun kami terpaksa pegang untuk melatih menulis bagi pelajar yang kurang berminat untuk belajar. Dicakar oleh pelajar nakal itu perkara biasa.

Tetapi apabila mereka sudah berjaya penat lelah yang kami lalui selama ini terasa berbaloi. Guru-guru tak mengharapkan intan dan permata tetapi cukuplah dengan kejayaan mereka.

Aku sampai di sekolah tepat jam 6.45 pagi. Kereta aku parkir dan selepas ke pejabat aku segera ke bilik latihan drama.

Bilik latihan drama sememangnya jadi tempat lepak aku sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Sedang aku mengeluarkan kunci dari tas tangan mata ku melorot ke arah pintu bilik tersebut. Aku sedikit terkejut kerana pintu yang berada di hadapan ku ini pintu yang baharu. Aku lihat sekali lagi ke arah bilik tersebut.

'betul lah ni. 'sarang' aku.'

Pintu aku buka dan lampu dinyalakan. Dan......

Alangkah terkejutnya aku kerana perabot di dalam bilik drama ini sudah bertukar baru dan lantai juga telah ditukar kepada lantai kayu. Kelihatan cermin juga di pasang di sepanjang dinding hadapan. Penghawa dingin turut dipasang. Pantri juga telah diubah suai. Pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan.

'sape yang buat semua ni? Semua kelab dapat peruntukan ke? Kenapa aku tak tahu pun pasal ni?'

Selepas tamat sesi PnP pertama ku, aku ke pejabat untuk bertanyakan perihal 'sarang' ku itu.

"Assalamualaikum cikgu Hassan, boleh saya masuk?" Aku meminta izin sebelum masuk ke bilik guru besar.

"Waalaikumsalam cikgu. Ada apa cikgu?" Cikgu Hassan bertanya selepas mempelawa ku duduk.

"Siapa yang ubah suai bilik latihan drama? Setahu saya tak ada pula sape-sape inform ada peruntukan untuk ubah suai bilik tu?"
Tanya ku dengan segera kerana terlalu teruja dengan perubahan bilik tersebut yang kelihatan seperti studio.

"Ohhh.. yang itu Dato' Adam Iskandar dari AI holding yang datang tempoh hari yang nak taja. Dia berminat untuk taja kelab drama dari segi pengurusan pertandingan, kemudahan, kelengkapan dan juga keperluan latihan. Jurulatih professional pun dia turut tawarkan kalau cikgu setuju. " Terang cikgu Hassan dengan panjang lebar.

Tiba-tiba hati ku jadi panas!

Ingatkan taknak kacau hidup aku dah. Rupanya tak habis lagi dia ni rupanya.

"Yang pasal jurulatih tu saya kena bincang dengan anak murid saya dan cikgu Laili dulu. Terima kasih cikgu atas penerangan itu tadi. Saya mintak diri dulu ye."

Aku terus keluar dari pejabat untuk menuju ke kelas darjah 1 Unggul untuk subjek Bahasa Melayu. Semangat ku yang tadi membara kian pudar dengan berita yang ku dengari tadi.

-----------------------------------------------------------------

Selepas sahaja tamat waktu sekolah, aku bertekad untuk ke AI holding untuk bersemuka dengan tuan yang membuat onar di bilik latihan drama ku. Aku merasakan bahawa Adam mempunyai motif tersendiri bukan kerana ikhlas untuk menyumbang kepada kami.

'Dia ingat dia kaya, dia boleh buat sesuka hati dia!' aku menguatkan tekad ku supaya tidak terkesan dengan tarikan fizikal yang ada pada Adam. Aku yang sememangnya tiada pengalaman bersama lelaki sudah pasti mudah terkesan dengan tarikan yang ada pada Adam.

Sampai sahaja di ruangan lobi, aku terpegun melihat susun atur dalaman yang cukup moden dan elegan di menara AI holding tersebut.

"Assalamualaikum, pejabat Dato' Adam berada pada tingkat berapa ye?" Aku bertanya kepada penyambut tetamu yang berada di sebalik kaunter tersebut.

"Maafkan saya. Cik ni siapa ye? Ada buat appointment? Kalau takde boleh blah!" Aku sabar kan diri mendengarkan jawapan daripada receptionist kerek tersebut.

"Tolong bagitahu Dato' Adam yang Cikgu Nadia dari SK Megah Alam nak jumpa ada hal penting yang saya nak bincangkan dengan dia. Dan ini bisnes kad yang saya terima dari dia." Aku hulurkan di atas meja tanda bukti aku ada berurusan dengan dia.

Dia dengan malas menekan butang interkom untuk menghubungi setiausaha Adam barangkali.

"Hal apa?" Dia mengangkat kening sambil bertanya.

"Err.. tempat yang dia taja ada masalah." Spontan aku menjawab.

Dia kembali bercakap melalui interkom serta mengangguk angguk.

"Cik boleh naik lif yang tu, dan pejabat dia di tingkat 60. Sampai nanti ada setiausaha akan tunggu cik." Katanya lagi secara laju seperti Eminem yang menyanyikan lagu rap.

"Terima kasih" aku mengangguk sambil memberikan senyuman plastik.

Aku segera mengikut arahan yang diberi. Sampai sahaja di tingkat 60..

Wow! Luas nya tingkat ni. Tapi sunyi je. Dia je ke yang ada kat sini. Tak takut hantu ke? Eeeee... Seram..

Sampai sahaja di meja setiausaha dia memberitahu bahwa Adam sedang berada dalam mesyuarat dia meminta aku menunggu di dalam pejabat Adam seperti yang diarahkan oleh Adam.

Aku menolak daun pintu pejabat Adam. Cantiknya pejabat ni. Pintu pun dah cantik.

'nak buat apa ni? Bosan la macam ni. Main pubg dulu lah kalau macam ni.'

Selepas 2 kali terciduk sewaktu bermain pubg aku mula berasa bosan, lapar dan mengantuk. ' Team ah ni noob taknak revive. Adoi mentang-mentang aku perempuan diorang ingat aku tak reti main.'

Aku menyandarkan kepala ku di kerusi yang empuk itu dan tanpa sedar aku terlena.

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now