Nadia P.O.V
"Harap je bertudung tapi buat benda tak senonoh"
"Ni ke perempuan tak tahu malu yang terhegeh-hegeh nakkan Dato' Adam tu??"
"Bertudung tapi jadi perempuan simpanan orang kaya. Nak hidup senang sanggup gadai diri."
"Cantik sangat ke perempuan gatal ni? Ke pakai minyak pengasih nak pikat Dato' Adam"
"Baik bogel je kalau perangai macam perempuan laknat!! Tak sedar diri. Tak tahu malu"
Aku membaca satu persatu komen yang tertera di skrin telefon pintar di tanganku. Rata-ratanya komen hinaan dan cacian terhadap diriku. Aku sempat berasa lega kerana amat sedikit komen buruk tentang Adam. Biarlah aku yang menanggung segala akibat asalkan Adam baik-baik sahaja kerana imej Adam amat penting untuk dunia bisnes. Ramai yang perlu tanggung akibat kalau prestasi bisnes Adam terjejas. Namun aku tidak dapat menipu hatiku yang cukup terluka dengan komen hinaan dan cacian yang aku terima. Mujur sahaja identitiku masih dirahsiakan. Wajah ku dalam gambar yang tersebar di blur kan oleh wartawan. 'Patutlah dahulu Adam melarang keras kalau aku menonton televisyen, membaca surat khabar atau majalah, rupa-rupanya Adam mahu melindungi hati dan perasaanku tanpa pengetahuan aku. Maknanya Adam memang sayangkan aku dari dulu ke?' Hatiku sempat berbunga bahagia tentang keprihatinan Adam terhadap diriku. Aku melihat air yang mengalir tenang di dalam sungai buatan di dalam taman belakang villa ini. Jadi air pun seronok jugak. Sentiasa berjasa kepada manusia dan juga tumbuhan. Mengalir tenang kalau tidak disekat. Meski disekat ia tetap akan mencuba mengalir ke mana sahaja haluan yang berada dihadapannya. Menyejukkan, mendamaikan, menyegarkan namun jika dalam kuantiti yang banyak bakal menjadi musibah.
'Aina!' Tiba-tibat aku teringatkan Aina. Pasti ramai wartawan yang mengerumun rumah sewanya untuk mencariku. Janganlah sampai Aina pula yang jadi mangsa keadaan kerana orang ramai menyangkakan Aina perempuan di dalam gambar tersebut. Aku pantas dail nombor telefon Aina. Panggilan ku segera diangkat pada deringan pertama.
"Hello Dya!! Kau okay? Aku dekat rumah Daniel ni. Dia bawak aku kesini. Habis Dya.. Habis... Sampai ke sekolah wartawan cari kita!" Suara Aina kedengaran panik di hujung talian. Aku terpaksa menjarakkan telefon dari telinga kerana suara Aina yang terlalu kuat.
"Aku okay je ni. Siapa je boleh masuk ke kawasan villa ni. Tapi tulah aku risaukan Adam... Daniel ada cakap apa-apa tak? Aku nak call Adam tapi tak berani dan masa pun tak sesuai. Surely dia tengah stress sekarang." Aku bertanya dengan nada suara risau.
"Aku tak sure jugak pasal Adam. Try kau call Dian.. Mana tahu dia ada jumpa Adam ke.. " Tiba-tiba sahaja suara Aina seakan berbisik apabila bercakap perihal Adam.
"Kau dah kenapa sampai kena berbisik? Ada wartawan ke kat situ?" Aku bertanya kehairanan sambil kakiku direndam di dalam air.
"Kau tak tahu ke? Adam tak cakap apa-apa kat kau? Daniel dengan Adam perang saudara sekarang.. Details dia nanti kau tanya kat Adam. Aku hanya tahu diorang berdua bergaduh. Pasal apa pun aku tak tahu. Nanti kalau kau dah tahu kita gossip eh?" Aina sempat berpesan sambil tergelak kecil di hujung talian.
"Hahaha... Okay.. Nanti aku....." Tiba-tiba sahaja terasa tudung ku ditarik dengan kuat dari arah belakang. 'Aduh!' Aku jatuh terduduk di atas tanah. Terasa punggungku berasa kebas akibat terjatuh dengan tiba-tiba. Seluar ku sudah basah kerana terpelosok jatuh ke dalam sungai buatan tersebut. Belum sempat aku memalingkan wajahku ke arah belakang sekali lagi tudung ku di tarik dengan begitu kuat sekali sehingga tertanggal dari kepalaku. Rambut ku ditarik dengan kuat sekali sehingga terasa mahu tercabut dari kulit kepala ku. 'Sakitnya!'
"Dya!!! Dya!!! Kau okay ke kat situ??!!!" Terdengar suara kuat Aina sedang menjerit di hujung talian bertanyakan tentang diriku . Telefon ku sudah terlepas dari tangan dan tercampak di atas tanah. Aku masih lagi tidak tahu siapa yang menarik rambut ku. aku hanya mampu memegang tangan yang mengenggam kemas rambut ku di kepala. Tiba-tiba sahaja rambutku ditarik dengan kuat dan memaksa ku bergerak dengan cara mengengsot kerana orang yang sedang menarik rambutku sedang melangkah meninggalkan taman tersebut. Tubuhku terseret di atas tanah. Sakit yang terasa dikulit kepala ku membuatkan aku terlupa akan sakit ketika tubuhku yang terseret di atas tanah dan batu-batu. 'Ya Allah... Sakitnya! Tolong hambaMu ini ya Allah' Aku sempat merintih di dalam hati.
"Tolong saya... Lepaskan saya... Sakit! Sakit! Sakit!" Aku cuba berteriak meraih simpati.. 'Adam.. Tolong Nadia Adam... Nadia sakit..' Aku cuba meronta dilepaskan namun itu hanya membuatkan kulit kepala ku terasa bertambah sakit. Akibat kulit kepala ku begitu sakit, kepala ku mula berdenyut-denyut sakit yang teramat sangat. Airmataku mula merembes keluar. Pandangan mataku mula berbalam-balam..
'Tolong selamatkan Nadia... Adam... Nadia sakit... ' Tubuhku mula terasa tidak bermaya. Sakit di kepala sudah tidak dapat ku tahan. Pandanganku perlahan-lahan berubah menjadi gelap..
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...