Adam P.O.V
Aku melangkah perlahan-lahan dengan langkah yang longlai menuju ke pinggir rooftop Menara AI group. Aku merenung jauh ke bawah. Melihat permandangan dari tingkat 50 menara AI Group yang dibanjiri dengan cahaya lampu. Pemandangan indah dan hiruk-pikuk bandar sedikit sebanyak mententeramkan hati ku yang gundah gulana. Aku tidak dapat menipu hatiku yang aku begitu terluka kerana kehilangan satu-satunya sahabat yang aku ada. Aku memejam kan mataku. Tanpa sedar air mata di tubir mataku mengalir perlahan-lahan. Aku tak kuat!
Hampir 2 dekad kami menempuhi hidup bersama sejak dari bangku sekolah rendah. Ibu bapa kami yang begitu sibuk mengejar kekayaan dunia menyebabkan kami selalu bersama. Ketika aku senang, susah, tangis, tawa, duka, gembira semuanya kami kongsi bersama. Setiap kali aku mendapat apa-apa khabar sama ada duka atau gembira, Dan merupakan insan pertama yang aku akan beritahu. Dan aku anggap sebagai pengganti arwah Arham yang pergi meninggalkanku buat selama-lamanya. ketika aku menghadapi episod paling duka dalam hidupku, bermula dengan kematian Jasmine, seterusnya kematian Arham. Dan lah yang sentiasa berada di sisiku setiap waktu. Yang memberi kekuatan kepada ku untuk terus kuat membesarkan Aiden. Meskipun aku kelihatan kuat, kasar, garang dan tidak mudah didekati. Dan satu-satunya yang berjaya merobohkan tembok pemisah antara aku dengan dunia luar. Dan juga tahu titik rapuh dalam diriku. Segala-galanya aku kongsi dengan Dan. Aku sangkakan bahawa Dan juga turut gembira ketika puncak kegembiraanku bersama Nadia dan Jasmine namun tidak kusangka Dan menyimpan perasaan kecewanya dalam diam.
Aku terlalu pentingkan diriku. Aku hanya memikirkan diriku sendiri. Aku jarang benar meluangkan masaku untuk Dan berkongsi tentang dirinya. Tidak banyak yang aku tahu tentang Dan. Dan juga sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai doktor hanya kerana mahu membantu aku membina AI Group bersama-samanya. Tanpa Dan tidak mungkin aku akan berada di posisi aku berada sekarang. Aku tidak boleh salahkan Dan 100 peratus. Aku juga ada salahku sendiri. Aku terlalu pentingkan diri! Layakkah untuk aku terus hidup?
Nadia P.O.V
Aku menyisir rambutku rapi sambil melihat ke dalam cermin besar di hadapanku. Segala-galanya besar kalau milik Adam. Kamarnya juga besar, katilnya besar, almari pakaian juga besar, kamar mandi besar, sampaikan kerusi meja solek pun besar. Tidak pernah seumur hidup aku bermimpi aku akan menikmati semua benda ini. Adam seringkali mengingatkan ku bahawa segala miliknya milikku juga. Aku senyum sendiri apabila mengingatkan hal itu. Aku tak pernah kesah tentang kekayaan milik Adam. Aku hanya mahukan perhatian dan rasa cinta dari Adam. Sejak akhir-akhir ini hatiku berada di puncak bahagia yang tidak pernah aku sangka aku akan kecapinya. Perasaan yang hadir di hatiku sekarang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segala-galanya terasa indah.
Aku mempersiapkan diriku untuk sesi video call bersama Adam pada malam ini. Sememangnya sejak seminggu lalu sudah menjadi routine harianku untuk menghubungi Adam sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Aku melihat jam di dinding. Masih ada setengah jam sebelum pukul 10 malam. Hatiku sudah tidak sabar mahu melihat wajah tampan Adam yang selalu mengganggu tidurku saban hari. Aku memilih baju tidur satin paras lutut berwarna merah lembut pada malam ni. Hampir seluruh bahagian dadaku terdedah menampakkan lurah ku sedikit. Sengaja mahu tampil lebih seksi di mata Adam. Untuk suami sendiri apa salahnya kan?
Telefon ku tiba-tiba berdering. 'Eh, awalnya Adam call? Tak sabar sangat lah tu.' Aku senyum sendri sambil tangan kananku mengambil telefon pintar yang dihadiahkan oleh Adam di atas meja solek. Nombor yang tidak aku kenali kelihatan di skrin telefon yang berada di tanganku.
'Eh sape pulak ni? Siapa pulak yang tahu nombor telefon ku selain Adam' Aku segera mengangkat panggilan tersebut, takut-takut ada emergency.
"Hello. Assalamualaikum. Siapa ni? Adam?" Aku segera bertanya selepas mengangkat panggilan tersebut.
"Waalaikumsalam. Zarul ni puan. Puan cepat-cepat siap. Saya ada kat bawah ni. Tuan Adam...."
"Kenapa dengan Adam??!!" Aku pantas memotong percakapan Zarul. Suaraku sudah naik seoktaf. Aku segera bangkit berdiri dari duduk. Segera berlari ke arah almari pakaian. Tudung dan sehelai skirt labuh aku capai. Aku juga mencapai sweater yang tergantung. 'Janganlah ada perkara buruk terjadi dengan Adam!' Hatiku sempat berdoa.
"Tuan Adam.. Tuan Adam. Cuba nak bunuh diri, Puan..."
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...