Nadia P.O.V
"Mama.... Aiden nak Milo" Aiden memeluk pinggangku sambil tersenyum. Aku mengusap kepala Aiden yang berada di atas riba ku.
"Sejak bila Kak Nadia jadi Mama Aiden ni?" Dian menyoal dengan muka kehairanan.
"Dengan Mak Su takde pulak Aiden nak bermanja macam ni. Dengan Mak Su muka Aiden tu ketat je 24 jam macam papa. Bukan main mengada eh sekarang budak kecik ni. Meh sini Mak Su nak cubit sikit." Dian merapati Aiden dan menggeletek pinggangnya.
"Sebab mama buat Milo sedap macam ibu buat. Aiden rindukan ibu.." Aku lantas mengangkat Aiden untuk duduk di atas ribaku. Aku memeluk Aiden sambil mengusap kepalanya.
"Kan mama ada kat sini. Mama boleh buat apa sahaja yang Aiden nak. Asalkan Aiden rajin doakan ibu dan daddy Aiden. Aiden tahu tak macam mana nak doa?" Aku menyoal sambil melihat ke dalam mata Aiden. Aiden menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
"Nanti mintak Mak Su ajar. Dia pandai doa-doa ni" Aku tersengih ke arah Dian yang mula menggaru kepala.
"Err... Nanti la Mak Su ajar. Mak Su nak masuk dalam dulu. Mak Su lapar." Dian sergera berlari-lari anak memasuki pintu belakang villa sambil tersengih-sengih.
"Jom Aiden masuk dalam. Nanti mama ajar Aiden okay? Jom mama buatkan milo sedap-sedap untuk Aiden." Aku bangun dan memimpin tangan Aiden melangkah masuk ke villa.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Adam P.O.V
3 hari berada di Korea berasa begitu lama. Aku sudah tidak sabar mahu pulang melihat Nadia dan Aiden. Sepatutnya penerbanganku dijadualkan akan bertolak lusa. Namun aku mempercepat penerbanganku awal sehari. 'Risau berlaku apa-apa kat Nadia dengan Aiden' getus hatiku. 'Risaukan Nadia dengan Aiden ke atau rindukan Nadia?' suara hatiku yang lain pula berbicara. 'Apa pulak rindu, aku bukan cintakan dia pun. Arwah Jasmine masih menjadi permaisuri hatiku.'
Sedang aku sibuk berbicara seorang diri dengan hatiku sambil menunggu penerbangan ku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, aku tiba-tiba terlihat seseorang.
'Jasmine??!!'
Aku bangkit berdiri dari duduk sambil merenung tanpa lepas ke arahnya. Aku berlari laju ke arah sosok tubuh yang hanya terlihat belakang tubuhnya sahaja. Keadaan airport yang begitu sibuk membuatkan langkahku menjadi perlahan. Sampai sahaja di situ, sosok tubuh yang aku cari tadi sudah menghilang. Aku memandang sekeliling mencari kelibat tersebut namun tidak menjumpai.
'Takkan lah Jasmine! Jasmine dah mati!' Hatiku kembali merindui arwah Jasmine. Hilang sudah Nadia. 'Ya aku masih sayangkan Jasmine!' Aku meraup wajah ku berkali-kali dengan telapak tanganku.
"Boss! Boss okay tak ni?" Panggilan dari Zarul menyedarkan aku yang masih sibuk berbicara degan diri sendiri.
"Err... Aku okay. Flight dah nak boarding ke?" Aku bertanya sambil membetulkan coat panjang yang aku pakai.
"Dah boss. Semua dah ready" Aku mengangguk dan melangkah untuk naik ke flight sambil diekori Zarul dari belakang.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Adam P.O.V
Aku turun daripada kereta yang dipandu Zarul dengan segera melangkah ke arah pintu hadapan villa. 'Eh, nak buat surprise mana boleh masuk ikut pintu depan. Masuk ikut pintu tepi lah'. Zarul yang menarik bagasi ku berhenti melangkah dan memandangku dengan reaksi wajah yang pelik. Dia mengekori langkahku dengan segera dari belakang selepas aku berlalu pergi ke bahagian tepi villa.
Sedang berjalan melalui tingkap yang menghala ke arah ruang tamu, aku melihat Nadia sedang tersenyum sambil bercakap dengan seseorang. Aku hanya dapat melihat wajah Nadia yang sedang asyik bersembang dengan seseorang yang duduk membelakangi aku. Mujurlah ketika itu hari sudah malam jadi Nadia tidak dapat melihat ku yang sedang mengintai di sebalik cermin tingkap itu. 'Nadia tengah bercakap dengan lelaki??!! Lelaki mana pulak yang berani datang villa waktu macam ni??!! Berani kau bawak lelaki masuk waktu aku takde?!!' Aku masih lagi ralit melihat wajah Nadia yang sedikit pucat namun masih lagi mampu tersenyum manis. 'Dengan aku tak pernah pulak nak senyum macam tu! Dengan entah jantan mana berani pulak dia senyum-senyum!!'
Aku berpatah balik ke pintu hadapan dan menolak daun pintu dengan kuat.
"BANNGGGG!!" Bunyi dentuman pintu memenuhi di segenap penjuru ruang tamu.
Semua yang berada di ruang tamu tersebut tergamam dan diam seribu bahasa memandang ke arah pintu utama villa tersebut. Aku melihat Daniel yang sedang duduk berhadapan dengan Nadia. Di sofa sebelahnya Aina sudah berdiri tegak melihat ku dengan riak wajah yang takut. Mak Mah, Dian dan Aiden yang juga turut berada di situ semuanya menayangkan riak wajah takut dan pelik.
' Daniel rupanya yang datang. Adoi nak sorok muka kat mana ni? Cool Adam. Cool. Teruskan buat muka marah dan bengang.'
"Nadia!" Aku memanggil nama Nadia dengan kuat. Nadia segera bangun daripada duduk dan berjalan ke arah ku dengan riak wajah yang takut. Matanya kelihatan berkaca.
"Angkat beg Abang naik ke atas!" Aku spontan memberikan arahan dengan riak wajah yang masih serius.
"Aaaa...Abang dah balik?" Nadia merapatiku perlahan-lahan dan segera meraih tangan ku. Kepalanya yang berbalut tudung ditundukkan. Dia mencium berlakang telapak tangan ku dan membawanya ke dahi. Sememangnya rutin yang akan dilakukan oleh Nadia kalau aku tiba di villa. Perlakuan dia yang satu ini sentiasa berjaya menyejukkan hati ku tak kira seserabut mana pun fikiran ku ketika itu.
Aku hanya menganggukkan kepala setelah Nadia selesai menyalam tangan ku. Beg yang ditinggalkan oleh Zarul di tepi pintu mahu diambil Nadia namun ditahan oleh ku. Bahu Nadia dipeluk kejap oleh tangan kiriku sambil melihat Daniel melangkah ke arah ku dengan senyuman di bibirnya.
"Awal balik bro? Bukan ke flight kau esok? Tadi Nadia cakap kau balik esok." Daniel menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam dengan ku.
"Oh.. Memang sepatutnya esok pun tapi esok aku ada kerja kat KL. Balik sini jap ambil document." Aku memberi alasan sambil menyambut huluran tangan Daniel. 'Padahal aku tak sabar nak jumpa Nadia.'
"Nadia sakit ke? Pucat semacam je abang tengok sayang ni. Kau datang merawat Nadia ke Dan?" Aku memandang ke arah wajah Nadia, dagunya aku angkat dengan hujung jari kanan ku kerana Nadia cuba menundukkan wajahnya. Matanya coklat gelapnya yang cantik aku tatap.
"Tak.. Nadia tak sakit. Dian yang ajak Dr. Daniel datang sini sebab kami bosan." Nadia bersuara dengan bibirnya yang pucat cuba tayang senyum. Tangannya menolak sedikit dada ku dan disorok ke belakang. Tabiat Nadia kalau dia sedang menipu. 'Takpelah. mungkin dia tak nak aku risau. sebab tu dia tipu.'
"Haah. Bro.. Dian yang call. Alang-alang tu aku ajak lah Aina sekali. Takdelah aku bosan drive dari KL ke sini. Lagipun Aina sorang je yang tahu kau dengan Nadia dah kahwin." Daniel berkata sambil tayang sengih. 'Huh.. Macam lah aku tak tahu dua-dua ni nak tipu aku.'
"Okay. Korang borak lah kejap kat bawah. Aku nak naik atas tukar baju. Jom sayang temankan abang.." Aku menarik tangan Nadia menuju ke tingkat atas sambil tersenyum ke arah semua yang berada di ruang tamu. Nadia hanya menuruti ku dengan riak wajah kehairanan.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...