Adam P.O.V
Aku bergegas turun dari kereta yang dipandu Zarul. Meluru ke ruang belakang villa untuk bertemu dengan Pak Mail.
"Mana Nadia??!!!" Aku bertempik kuat sehingga memperlihatkan urat tegang ku dileher. Mataku mencerlung memandang ke arah Pak Mail.
"Kami masih lagi sedang mencari Tuan!" Ujar Pak Mail dengan memek muka yang serius sambil berdiri tegak memandang ke arahku.
"20 orang bodyguard tak mampu nak jaga seorang perempuan???!!! Korang semua buat apa haaa??!! " Aku mula menendang 3 orang bodyguard yang berada di hadapanku.
"Korang tak jumpa juga Nadia malam ni. Jangan ingat korang semua boleh hidup hari esok!!" Aku segera berlalu pergi ke store yang juga merupakan bilik Nadia. Berharap akan jumpa pentunjuk di mana Nadia.
Aku masuk ke dalam bilik Nadia dan mula menyelongkar almari pakaiannya. Baju-baju Nadia masih terletak elok di dalam almari. Aku ke meja yang terletak berhampiran dengan tingkap di tepi katilnya. buku-buka Nadia masih terletak elok di situ. kaca matanya yang sering digunakan ketika menulis atau membaca juga terletak elok disitu. Aku menarik nafas lega kerana Nadia bukannya hilang melarikan diri. 'Mana kau Nadia?'
"Tuk... Tuk.." Pak Mail mengetuk pintu sambil dalam keadaan tercungap-cungap.
"Nadia... Nadia... CCTV berdekatan dengan tasik belakang tunjuk Nadia berlari ke arah sana dengan sebuah beg galas." Pak Mail berkata sambil tercungap-cungap. 'Dekat tasik takde cctv! Jangan-jangan...'
"Check kawasan tasik.. check semua kawasan berdekatan... Kalau... kalau.. " Hatiku berdegup laju. Aku bangun berdiri dari duduk di atas katil Nadia. Muka ku diraup. Aku menarik nafas panjang dan menghela nafas ku dengan kuat.
"Kalau... tak jumpa juga. Cari dalam tasik." Aku memejamkan mata. 'Tak.. tak.. tak mungkin' hati ku cuba menidakkan kemungkinan yang paling aku takuti.
"Cepat Pak Mail!! Cari sampai jumpa!!" Aku memberi arahan dengan suara yang tinggi.
Aku bergegas mengekori Pak Mail ke kawasan tasik. Kelihatan 5 orang bodyguard ku sedang memakai alat menyelam bersiap sedia untuk terjun ke dalam tasik. Beberapa orang berada di kawasan sekitar. 'Hatiku masih kuat mengatakan Nadia tak jatuh ke dalam tasik itu. Mungkin dia cuba lari ikut kawasan hutan dibelakang ini kerana dia membawa beg galas.'
Aku berjalan berseorangan diri menuju ke kawasan hutan. Telefon pintar di dalam poket seluar slack ku pakai dicapai. Torchlight dinyalakan. Aku melangkah masuk berseorang sedang Pak Mail dan yang lain masih sibuk mencari di kawasan yang lain. Otak ku ligat memikirkan Nadia tanpa sedar aku berjalan seorang diri. Jam menunjukkan pukul 10.32 malam.
"Nadia!! Nadia!! Mana kau Nadia??!! Kalau aku jumpa kau siap kau!!! Aku ajar kau cukup-ckup!!!" Aku memanggil nama Nadia kuat sambil sempat memberikannya amaran berharap agar dia dapat mendengar panggilan ku. 'Gelapnya kat sini! mesti Nadia takut! Dia dah lah takut gelap.'
"Nadia... Jangan takut ya sayang. Abang datang.. Abang akan cari sayang sampai jumpa!! Nadia!!" Aku bertempik memanggil dengan mengulangi ayat yang sama berulang-ulang. Kerana terlalu risaukan Nadia aku lupa, sehingga memanggilnya dengan panggilan sayang.
Setelah 2 jam berjalan berseorangan diri, baru aku sedar yang aku sudah berada jauh di dalam hutan tersebut. Aku membuat keputusan untuk berpatah balik. Jam di tangan menunjukkan hampir jam 1 pagi. Sambil berpatah balik aku sekali lagi melaung-laung memanggil Nadia dengan kuat. Suara ku yang mula kedengaran serak aku tak hiraukan. Kasut kulit yang kupakai dikotori dengan lumpur tak ku hiraukan. Badanku yang berpeluh-peluh tidak ku peduli. Hanya Nadia dalam fikiran ku. Hanya Nadia!
"Nadia!!! Mana kau Nadia??!!! Aku janji aku tak marahkan kau kalau aku jumpa kau!! Baliklah sayang.. Abang janji takkan marah sayang.." aku berkata sambil meraup wajahku yang dipenuhi dengan peluh yang mula menitik ke atas blazer yang ku pakai.
Aku berjalan perlahan-lahan sambil mataku melilau melihat sekeliling. Aku terlihat sepohon pokok besar yang dahulunya menjadi tempat permainan ku sewaktu aku kecil. Dahulunya kawasan hutan ini adalah sebuah dusun buah-buahan. Namun semenjak arwah atuk ku meninggal dunia tiada siapa lagi berminat untuk menjaga kawasan dusun tersebut. Aku mengambil keputusan untuk duduk berehat sebentar di bawah pohon tersebut sebelum menyambung perjalanan pulang ke villa.
Blazer yang ku pakai, aku tanggal dan pegang dengan tangan kananku. aku menyandarkan tubuh ke pohon tersebut sambil duduk di atas akar. Aku melihat ke arah langit namun tiada bintang-bintang berkerlipan. 'Mungkin hari nak hujan! Tapi macam mana dengan Nadia? Aku takkan balik selagi tak jumpa dia. Aku takkan biarkan Nadia sorang-sorang!'
Sedang aku berehat di situ, tekakku mula berasa haus. aku teringatkan sebuah perigi lama yang cetek yang dahulu atuk ku buat untuk menyiram pokok-pokok buah yang ditanam disini. Aku berjalan berhampiran ke situ untuk melihat kalau-kalau masih lagi ada air disitu untuk aku minum. Aku mengalihkan dahan-dahan pohon yang menutupi permukaan atas perigi tersebut.
Tiba-tiba aku terlihat seakan-akan sekujur tubuh manusia di dalamnya. Aku melangkah ke belakang sedikit. 'Ah sudah... masa ni lah jugak nak jumpa macam-macam! takkan orang kot dalam perigi ni.'
"Tolong... tolong... ada orang tak kat situ?" Dia main mintak-mintak tolong pulak dah. Dahi ku mula berpeluh kembali. Aku ni bukanlah berani sangat dengan benda-benda ni semua. tapi taklah takut sangat.
Aku melihat kembali ke dalam perigi. " Oooo..Orang ke tu?" Aku bersuara sambil menutup mata.
"Adam??" Aik?? Dia kenal nama aku? Ah sudah. Nak lari ke ni?
"Adam.... Nadia ni.." Suaranya begitu lemah. 'Nadia??' Aku membuka kembali kedua belah mata ku.
"Nadia???!!" Aku bersuara dengan lantang dan menarik nafas lega. Gembiranya hatiku hanya tuhan yang tahu. Terasa seakan-akan dadaku selapang-lapangnya selepas dihempap batu yang besar. 'Terima kasih ya Allah'
"Ya... Tolong saya Adam.. Saya takut..." Aku segera meluru ke arah perigi tersebut. Aku melihat Nadia berbaring mengiring sambil melindungi sesuatu di bawah baju yang dia pakai.
Aku segera turun ke bawah dan meluru ke arah Nadia. Mujurlah perigi ini cetek. hanya separas pinggang ku sahaja.
" Nadia okay? Nadia tak apa-apa?" Aku berlutut dan meletakkan kepala Nadia ke atas pangkuan ku.
"Hmm.. Nadia okay. Tapi kaki Nadia terseliuh. Tak boleh nak bangun sakit......" Nadia mengadu lembut dengan suaranya begitu lemah.
"Nadia takut...." Dia menangis perlahan-lahan. Badannya menggeletar. Nafasnya tersekat-sekat.
"Shhhh... Shhh... Adam ada kat sini. Nadia jangan takut.. Jangan takut. Aku ada kat sini" Aku menyeka air mata di kedua belah pipi Nadia dengan hujung jariku. Aku mengangkat kepala Nadia dengan tanganku dan segera memeluk rapat ke dadaku sambil mencium dahinya.
"Jangan takut.. kita balik ye? " Nadia hanya mengangguk lemah dan menunjukkan kepada ku seekor anak kucing di telapak tangannya. Aku mengangkat sedikit tubuh Nadia untuk duduk bersandar di dinding dalam perigi tersebut. Aku membelek-belek kakinya. Pergelangan kaki kanannya aku pegang.
"Ouch! sakit...." Nadia menahan tanganku daripada memegang pergelangan kakinya.
"Aku bangun berdiri dan kembali berlutut untuk mencempung Nadia dan membawanya naik.
Selesai sahaja naik keatas. Aku menyuruhnya memakai blazerku dan naik keatas bahu ku. anak kucing itu dimasukkan ke dalam beg galas dan aku menggalasnya di bahagian depan badan ku. Nadia melingkari leherku dengan kedua belah lengannya. kedua-dua belah pehanya aku angkat untuk menampungnya di belakang ku. mujur sahaja aku ni tegap mudah sahaja sahaja untuk menggendong Nadia.
Aku bangkit berdiri perlahan-lahan supaya kakinya tidak sakit.
"Kita balik ya?" Nadia menanggukkan kepalanya lemah dan tangannya aku cium.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...