Desperate

3.7K 21 0
                                    

Adam P.O.V

" Kopi apa U buat ni Dila??! Ni kopi ke air longkang?!" Cawan yang berisi air kopi ku baling ke dinding.

" U are fired!!" Dila yang masih terkejut menyapu air mata lalu keluar dari pejabat ku dengan muka yang sedih.

Mood aku sejak kebelakangan ni serba tidak kena. Sudah seminggu aku tidak dapat tidur dengan lena kerana Nadia. Berbagai cara telah ku buat bagi melupakan dia, namun sebaliknya yang berlaku. Setiap hari aku semakin merindui dia.

Kak Laila, Ketua Setiausaha ku masuk ke pejabat ku.

" Adam ada apa-apa masalah ke? Minggu ni je sudah 13 orang kena pecat. Pasal kopi pun kena pecat?" Dia bertanya sambil mengutip serpihan cawan yang bertebaran di atas lantai.

Kak Laila merupakan setiausaha syarikat ini semenjak waktu papaku memegang jawatan tertinggi di sini lagi. Dia lah yang banyak membimbing aku menguruskan syarikat ini semenjak aku menggantikan papaku. Dia juga merupakan kakak ipar ku. Sepatutnya abangku, Amran yang menggantikan papa aku. Namun dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawanya. Aku lah yang terpaksa memikul tanggungjawab ini meskipun belum bersedia dan masih muda.

"Tak ada apa-apa la kak. Saya cuma stress sikit je"

" Adam jangan nak bohong akak. Akak tahu Adam tipu akak. Akak kenal Adam sejak baby lagi tau. Tu bawah mata tu, hitam dah sebab tak cukup tidur." Dia melabuhkan duduk di hadapan ku.

"Adam tak sedia lagi la nak cerita kat akak. Lagipun bukan hal besar pun".

" Adam kena ingat Adam, Adam tu ketua kepada ribuan ketua keluarga tau. Kalau Adam stress, habis semua yang lain pun stress. Adam sanggup ke tengok keluarga yang Adam pecat tu kebuluran? Akak harap Adam dapat settlekan masalah ni cepat-cepat. Karang habis dengan akak-akak sekali kena pecat." Dia menepuk lengan ku lalu berlalu pergi.

7 hari aku hidup dalam sengsara. Semakin hari semakin bertambah. Nadia santau aku ke ni? Sampai aku tak boleh lupakan dia?

Aku keluarkan file peribadi Nadia dari laci. Alamat sekolah yang Nadia mengajar aku cari.

Aku nekad untuk mencari Nadia bagi menyelesaikan masalahku ini.

" Saya ada hal. Cancel semua appontment".

-----------------------------------------------------------------

Aku tiba di pekarangan sekolah tempat Nadia mengajar tepat jam 10 pagi.

Aku masuk ke ruangan pejabat dengan di iringi oleh Roger di belakang ku. Semua mata memandang ke arahku ketika aku melangakah masuk.

" Cikgu Nur Nadia Farhana ada? Saya ada urusan penting dengan dia." Aku bertanya sambil mengetuk ngetuk jari ku di atas meja.

"Cikgu Nadia sedang melatih pelajar di bilik latihan drama." Kerani tersebut memberitahu ku dengan senyuman yang manis.

Aku hanya mengangguk. Dan Roger membawa ku ke bilik latihan drama seperti yang telah di maklumkan oleh kerani tersebut.

Aku membuka sedikit pintu bilik latihan tersebut dan kelihatan Nadia sedang sibuk memberi arahan kepada pelajar sambil membuat gaya lakonan.

Aku tersenyum melihat keletahnya yang beria ria berlakon tanpa sedar aku sedang memerhatikannya.

Roger berdehem beberapa kali sebelum aku tersedar dari renungan ku.

"Boss nak tengok je ke, nak jumpa?" Dia bertanya sambil tersengih.

" Kau tunggu sini. Tak payah sebok nak sengih aku tumbuk karang buruk jap lagi sengih kau tu". Aku berlalu masuk ke bilik tersebut yang nampak begitu daif.

'ni bilik latihan ke stor latihan? Dengan berhabuk nya. Lantai pun lubang-lubang. Panas pulak tu' .

Aku berjalan ke arah Nadia dan serta merta matanya membulat dan mulutnya ternganga apabila melihat aku menapak ke arahnya.

"Hi Nadia. Long time no see" semua mata tertumpu ke arah ku dengan reaksi yang sama.

Nadia buat muka kau-buat-apa-kat-sini-aku-tak-nak-jumpa kau la. Tapi aku tak peduli aku kena jugak jumpa dia.

"Sorry ye semua. Saya ada hal kejap nak kena uruskan. Korang hafalkan skrip dulu nanti kita sambung latihan lakonan lagi ye" Nadia memberitahu pelajar nye dengan lantunan suara yang begitu lembut sambil cuba tersenyum.

" Cikgu nak jumpa boyfriend cikgu ke? Handsome boyfriend cikgu. Macam pelakon." Seorang anak muridnya sempat bertanya kepadanya. Dia hanya menggeleng sambil tersengih tanpa mempedulikan pertanyaan anak muridnya.

"Ikut saya.." dia berkata perlahan kepada ku dan terus berjalan menuju ke pintu keluar tanpa mempedulikan diriku.


6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now