Introduction

3.5K 25 0
                                    

Nadia P.O.V

Aku yang terkejut akibat tapak tangan kasar adam mengenggam tanganku tadi segera menarik tangan ku dengan cepat. Aku segera meminta maaf. "Sorry.."

"No its okay.. I should apologize" katanya dan keluar daripada biliknya. Aku mengekori dari belakang dan sangat kagum dengan hiasan dalaman rumah ini yang simple tapi sangat elegant. Aku bagaikan berada di syurga merasakan mungkin betul tadi kena langgar sebab tu sampai termasuk syurga. Hahaha.

Lelaki yang masih tidak kukenali ini menarik kerusi untukku dan menyuruh ku duduk. Aku hanya patuh dan segera duduk. Dan dia mengambil mangkuk yang berisi bubur untuk dipanaskan menggunakan microwave. Dia pergi ke dapur dan mengluarkan sebotol air dari peti ais dan mengambil gelas dari kabinet dapur dan kembali ke meja.

"Kenapa tak makan ubat?" Dia serta merta bertanya kepadaku selepas melabuhkan duduk berhadapan dengan ku.

" Err... Saya.. err.. saya" takkan nak cakap sebab aku dah nak mati sebab tu tak perlukan ubat.

" Err.. Saya.. Saya tak reti telan ubat." Aduh.. bodohnya alasan. See.. dahi sexy dia pun dah berkerut nampak sangat dia tak percaya alasan budak budak kau Nadia.

" Tak reti telan?" Dia bersuara seakan akan mahu gelak. Hahaha. Bodohnya la aku. " Haah. Saya tak reti telan kalau pil." Kataku dengan memek muka yang cuba diseriuskan.

"Kejap eh, saya bagi dia tak jadi pil." Dia segera berlalu ke biliknya dan kembali dengan membawa bungkusan ubat. Dia mengeluarkan panadol soluble dan memasukkan kedalam air yang berada didalam gelas tadi.

"Haaa.. sekarang dah jadi cecair nanti boleh la awak TELAN." Dia sengaja menguatkan perkataan telan sambil tersenyum seksi. Kenapalah pasal dia ni semua seksi. Handsome ke seksi? Entahlah seksi kot.

"Thanks". Aku mencapai gelas tersebut dan meneguk dengan perlahan. Selesai sahaja aku minum, aku dapati mangkuk yang berisi bubur tadi sudah tersedia dihadapan ku.

"Awak masak ke ni?" Tanyaku sekadar memecahkan suasana sepi.

"Haah. Saya masak. Special untuk awak". Katanya sambil mengenyitkan mata kiri nya. Jantung ku berdegup laju.. aduh kenapa pulak ni dh mcm lari marathon.

"Seriuslah awak masak?" Tanya ku dengan nada yang tak percaya. Ada lagi ke lelaki yang berkejaya ni reti memasak? Dahlah berkejaya, kaya pulak tu.

"Yup. Saya yang masak. Cubalah rasa. Kalau tak sedap nanti saya masak yang lain." Betul la dia masak... Aku lantas mengambil sudu yang berada di sebelah mangkuk dan mula merasa bubur tersebut.

"Hmmmm.... Sedap sedap." Kataku sambil makan sesudu lagi.

" Betul ke sedap?" Tanya dia dengan muka ingin tahu.

"Iye.... Betul sedap. Thanks awak sebab susah susah masak". Aku menjawab sambil tersenyum.

"Eh tak susah pun. Lagipun ni tanda saya minta maaf sebab hampir terlanggar awak tadi. Saya minta maaf sangat sangat sebab drive laju sebab nak cepat sangat sampai rumah." Katanya dengan riak muka yang sangat bersalah. Aku berasa kasihan melihat muka dia yang kerut kerut handsome gila tu.

" Eh tak... Bukan awak yang salah pun tadi. Saya yang melintas tak tengok kiri kanan. Saya pun nak minta maaf." Kata ku sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitku.

"Ohh.. btw, saya Nadia. Sorry menyusahkan awak.."

" Eh, no.. no.. tak menyusahkan langsung. Saya happy dapat tolong awak. Dan saya Adam. Adam Iskandar. U can call me Adam. Or sayang." Kata Adam sambil kenyit mata.

"Haaa?!" Aku sedikit terkejut dengan sikap nakal dia. "Hahaha. Saja je la nk try pickupline yang orang sekarang beria duk buat. Saja main main. Panggil Adam je". Katanya lagi tersenyum sampai menampakkan lesung pipitnya yang ada 3. Aku ada 1 je dia ada sampai 3. Wow.

Aku bagaikan pernah melihat Adam tapi tidak pasti di mana aku pernah nampak dia.
Aku mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 4.30 pagi.

" Encik Adam, baju dengan handbag saya dekat mne ye? Saya nak kne balik dah ni. Lagipun dah lama sangat saya dekat sni." Risau juga berdua duaan dengan Adam dalam satu rumah ni. Buat nya kne tangkap basah karang, kahwin free aku dengan orang kaya. Huhu

Adam yang sedang leka menghirup kopi segera mengangkat wajahnya sambil mengerutkan dahi. " Tak perlulah berencik encik. Panggil Adam je. Ok?" Katanya dengan wajah yang sengaja diseriuskan.

"Ok Adam. Baju?"

"Baju dah siap tadi saya cuci dengan keringkan. Tapi tak perlulah balik lagi lewat sangat dah ni. Awak nak balik naik apa? Susah nk dapat teksi waktu waktu mcm ni. Lagi pun bahaya. Buatnya awak pengsan lagi ke apa ke kne culik ke kne rogol ke..."

Panjang lebar dah dia ceramah aku. Haih. Tapi masalahnya dia ni yang lagi bahaya. Dia boleh buat semua benda tu dekat aku sekarang. Tapi.. dia baik siap masakkan aku. Sexy pulak tu. Eh?

"Tapi esok saya kerja. Lagi pun banyak kerja nak kena siapkan. Saya call grab je nanti ye?" Aku berkata sambil buat muka simpati.

"Ambil cuti je la besok. Esok saya hantar awak balik. Full stop! No more negotiation". "Kalau awak degil sangat esok saya beli company awak kerja tu lepas tu saya bagi awak cuti." Katanya dengan tegas. Gilalah sampai nak beli company bagai. Kaya sangat ke dia ni sampai mampu beli company mcacm beli aiskrim dekat kedai.

"Tapi...."

"Dah.. dah..Takde tapi tapi. Dah pergi tidur balik. Kejap lagi lepas breakfast saya hantar awak balik." Aku mengangguk dengan berat hati lalu menapak ke arah bilik yang aku diami tadi untuk sambung mimpi.

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now