Nadia P.O.V
"......And yes I do love you" Akhirnya kata-kata keramat yang aku nantikan selama ini meniti di bibir milik Adam. Tidak pernah aku bermimpi bahawa akan ada insan yang begitu menyayangi diriku seperti ini sebelum dijemput ilahi. Aku panjat rasa syukur di dalam hati. Kerana diberi kesempatan oleh tuhan untuk rasa disayangi buat terakhir kali. Tubuhku tiba-tiba terapung di udara kerana telah dicempung oleh tangan sasa milik Adam. Wajahnya dirapatkan ke wajahku. Aku melilit pinggang Adam dengan kedua belah kakiku. Lenganku memeluk tengkuk Adam.
"I love you sayang.. So much!" Ucap Adam dengan suara yang perlahan hampir tidak kedengaran. Aku memejamkan mataku dan lantas merapatkan bibirku dengan bibir Adam. Bibir Adam aku kucup lembut sebelum Adam membalas kucupanku dengan mesra. Aku meleraikai ciuman ku selepas beberapa ketika. Melihat ke dalam anak mata Adam yang berwarna kehijauan.
"Please jangan buat benda bukan-bukan tanpa pengetahuan Nadia..." Aku berkata dengan suara yang perlahan selepas beberapa ketika melawan tenung dengan Adam.
"Who said that? Zarul?" Adam bertanya dengan dahi yang berkerut. Aku hanya menganggukkan wajahku.
"Dia memang macam tu. Overprotective. Kenapa tak call aku dulu?"
"Beribu kali dah Nadia call. Rasa nak melayang nyawa Nadia bila Zarul bagitau macam tu. Nadia tak sanggup kehilangan Adam...." Aku berkata sambil menyorokkan mukaku di sebalik wajah Adam. Aku memeluk Adam rapat ke tubuhku. Adam menyeluk saku seluar slack yang dia pakai.
"Err... Sorry handphone aku tertinggal kat ofis." Aku pantas merenggangkan pelukan segera melihat wajah Adam yang sedang tersengih.
"Habis tu? Adam lupa ye nak call Nadia malam ni? Sampai hati Adam lupakan Nadia...." Aku sengaja berkata dengan suara yang dibuat-buat sedih. Sengaja mahu bermanja dan dipujuk Adam. Adam mula melangkah kembali kedalam bangunan menara sambil mendukungku dengan kedua belah tangannya memegang punggungku. Sesekali dia meramas punggungku perlahan sambil melangkah macam biasa seperti tiada bebanan yang dia tanggung. 'Ringan sangat ke aku ni? Ke Adam yang kuat?'
"Sorry sayang.. Fikiran aku serabut sangat harini.. Aku... I lost Dan.." Adam berkata dengan suara yang lirih. Fahamlah aku kini dengan soalan berkenaan Aina yang ditanya oleh Adam sewaktu di kamarku dahulu. Aku terdiam. Tidak tahu mahu terus bertanya ataupun hanya mendiamkan diri supaya Adam bertenang dahulu.
"But its okay.. At least aku dah rasa lega sekarang. Plus i have you in my arms right now. Everything's gonna be okay." Adam melihat ke wajahku sambil memaksa dirinya untuk tersenyum. 'Aku faham dengan apa yang Adam rasa sekarang. Bukannya senang untuk kehilangan seorang sahabat baik seperti Dan' Adam merapatkan hidungnya di leherku dan menarik nafasnya.
"Your scent can make my heart in peace." Adam berkata dengan suara yang perlahan sambil melangkah ke arah pejabatnya. Aku pernah ke sini sekali untuk bertemu dengan Adam kira-kira 5 bulan lepas. Susun atur pejabatnya masih sama. 'Pejabat macam bilik hotel 5 stars! Tak payah balik rumah pun takpe macam ni. Siap dengan katil bagai. Katil?' Otakku sempat befikiran nakal. Hahaha. Adam meletakkan ku di atas sofa.
"Aku nak tukar baju jap. Dari pagi tadi pakai baju ni. Kau tunggu kat sini ye?" Aku hanya menganggukkan kepala ku sebelum Adam berlalu pergi meninggalkanku seorang diri di situ. 'Jalan-jalan kejaplah. Tengok apa yang ada dalam pejabat ni. Simpan apa lah agaknya sampai buat pejabat besar bagai nak rak macam ni.'
Aku melangkah rak buku yang sebesar dinding di belakang meja kerja Adam. Melihat koleksi-koleksi buku yang disimpan oleh Adam di pejabatnya. 'Semuanya buku pasal business. Takpun pasal elektrik dan elektronik. Bosannya!' Aku meneruskan langkah ke meja kerja Adam yang sedikit berselerak dengan pelbagai jenis dokumen dan kertas. Mataku tertancap pada sehelai kertas yang seperti aku kenali di hadapan PC iMac di atas meja tersebut. 'Macam kenal kertas ni... Kat mana erk?' Sedang otak aku ligat berfikir tanganku pantas mencapai helaian kertas tersebut. 'Wishlist? Kertas diari aku!! Macam mana boleh ada kat sini? Adam dah tahu ke aku sakit? Tak.. Adam tak boleh tahu... Aku tak sedia lagi untuk kehilangan Adam! Aku sayang Adam.. Aku sayang Adam...' Air mataku mengalir perlahan. Darahku berderau melihat helain kertas tersebut. Tanganku yang menggeletar dan berpeluh dingin kerana terlalu gementar tiba-tiba tersentuh tetikus yang berada di atas meja. Skrin PC iMac menyala. Mataku terbeliak melihat butiran yang dipaparkan di skrin PC tersebut. Tanganku menekup mulutku yang hampir menjerit. 'Nombor telefon Aina!!' Sekilas pandang sahaja aku sudah dapat kenal pasti yang itu ialah nombor telefon Aina kerana sememangnya aku sudah menghafalnya.
Air mata ku mengalir dengan deras. Aku mengambil kunci kereta di atas meja Adam. Segera berlari keluar dari pejabat Adam untuk menuju ke rumah sewa kami. 'Sampai hati kau Aina.. Selama ni aku percaya kat kau!! Tapi kenapa? Kenapa Aina?'
_______________________________________________________________________________
Sampai sahaja di rumah sewa yang pernah kami kongsi bersama dahulu. Aku segera turun dari kereta Peugeot milik Adam dan mengetuk pintu rumah sekuat hati. Bagaikan nak roboh pintu tersebut. Aina membuka pintu dari dalam selepas aku mengetuk pintu bertalu-talu dengan riak wajah mukanya yang terkejut.
"Nadia.... apa.." Aku pantas menolak tubuh Aina ke dalam rumah. Tubuhnya terdorong ke belakang. Dan aku segera menampar pipi Aina sekuat hati. Tidak pernah seumur hidupku menampar sesiapa pun. Ini kali pertama aku lakukan sedemikian. Di wajah seorang yang aku sayang seperti keluarga ku sendiri. 'Sampai hati Aina perangkap aku!' Air mata ku masih mengalir deras. Aku memandang tajam wajah Aina yang kelihatan terkejut sambil memegang pipinya yang kemerahan.
"Kenapa Aina!!!!!! Kenapa kau perangkap aku!!!!!!" Aku bertempik dengan begitu kuat sehingga bergema satu ruang tamu rumah sewa ini. Aku sudah tidak peduli kalau-kalau ada jiran yang terdengar. Perasaan marah bercampur kecewa ku sudah mengatasi akal warasku. Tidak pernah aku marah seperti ini seumur hidupku.
Mata Aina terbuka luas. Wajahnya bertambah terkejut. Air matanya juga mula mengalir. Dia hanya mendiamkan diri.
"Explain to me Aina. Kenapa kau buat macam tu??!" Aku mengendurkan sedikit suaraku kerana kasihan melihat wajah Aina yang sedang menangis. Aku tidak pernah melihat Aina menangis seumur hidupku bersama Aina. Aina seorang wanita yang kasar, cekal dan tegas. Aina lah tempat aku bergantung kasih sejak pemergian mak dan ayah ku. Aku tidak dapat menipu hatiku yang turut luluh melihat Aina yang sedang menangis.
"Aku.... Aku...." Aina tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana tangisannya mula kedengaran di bibirnya.
"Aku nak kau bahagia Dya..." Aina menuturkannya diselangi dengan tangisan.
"Aku tahu kau sakit.. Aku tahu kau nak kahwin.. Aku buat semua tu sebab nak kau bahagia...Aku mintak maaf sebab terbaca diari kau." Aku terkejut yang selama ni Aina tahu yang aku sakit! Aku melangkah perlahan ke arah Aina. Tubuhnya aku tarik dalam pelukan.
"Aku tahu itu je satu-satunya peluang yang kau ada supaya wishlist kau tercapai. Aku cuma nak kau bahagia Dya. Aku betul-betul nak kau jadi insan yang paling bahagia untuk 6 bulan terakhir ni. Aku minta maaf sebab aku, kau terseksa dengan perkahwinan tersebut. Maafkan aku Dya.. Maafkan aku.. Aku sayangkan kau lebih dari segala-galanya." Aina memelukku dengan erat sambil menangis dibahuku.
Aku merenggangkan pelukan ku dengan Aina. Wajah Aina aku pegang dengan kedua belah telapak tanganku. Pipinya aku usap dengan ibu jariku.
"Maafkan aku sebab bertindak melulu. Aku bahagia Aina. Aku bahagia sangat dengan Adam. Adam tak seperti yang kau fikir. Dia betul-betul sayangkan aku." Wajah Aina kelihatan terkejut mendengar ucapanku.
"Betul ke? Betul ke Adam sayangkan kau?" Aku mengangguk mengiakan kata-kata Aina.
"Alhamdulillah.. Syukur ya Allah kau perkenankan doaku. Aku minta maaf sebab tipu kau Dya. Aku ingat kau tak bahagia. Aku ingat Adam pukul kau. Aku ingat kau terseksa. Sebab tu aku nak pisahkan korang berdua. Sebab semua salah aku kalau kau tak bahagia. Aku takkan dapat maafkan diri aku sendiri kalau kau terseka Dya. Aku sayangkan kau!"
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...