Adam P.O.V
Zarul memecut laju kereta berjenama Lamborghini Aventador SVJ berwarna hitam sambil aku memeriksa rakaman CCTV villa di skrin iPad di tangan kiriku. Hatiku kuat mengatakan pasti orang yang sama yang akan menghancurkan hubunganku sekali lagi. Tiada orang lain yang berani melakukan hal ini melainkan mama. Sifat over-protective yang ada pada diri mama membuatkan dia sentiasa berwaspada dan menanam syak wasangka kepada semua orang disekelilingnya. Aku tahu mama terlalu mahu melindungi keluarganya sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan keluarganya. Mama jugalah orang yang meragut nyawa Jasmine. Orang yang paling aku cintai 4 tahun yang lalu. Masih terasa sisa cintaku kepada Jasmine meskipun kini sudah diisi oleh insan bernama Nadia. Mataku dipejam rapat. Air mata yang terasa seakan mahu mengalir aku tahan sekuat hati. Aku tak kuat untuk menghadapi perkara yang sama untuk kali yang kedua. Tapi demi Nadia aku kena kuat. Aku kena tabah. Jauh disudut hatiku masih berharap bukan mama orang yang menculik Nadia kerana kalau bukan mama yang culik masih ada harapan untuk aku selamatkan Nadia. Namun jika mama yang lakukan mampukah aku untuk melawan takdir?
Rakaman CCTV yang telah dimuat naik di cloud aku teliti satu persatu. Di ruang tamu. Tiada apa-apa berlaku. Di bilik Nadia juga tiada apa-apa berlaku. Di dapur juga sama. Di tingkat atas villa juga sama. Yang terakhir aku buka ialah di taman belakang villa. Aku tersentak melihat rakaman CCTV tersebut. 'Mama!!' Bola mata ku membulat. Tangan kananku aku genggam kuat sehingga memerah. Gigiku diketap kuat. Tubuhku menggeletar, darahku menggelegak. Terasa mahu pecah pembuluh darahku melihat perlakuan mama terhadap Nadia. Aku menumbuk kuat dashboard yang berada dihadapanku sehingga memeranjatkan Zarul yang sedang memandu. Zarul segera menoleh ke arahku dengan riak wajah terkejut.
"Siapa sahaja yang sakiti Nadia aku akan bunuh!!!!!"
_______________________________________________________________________________
Sampai sahaja di villa, kedatanganku disambut dengan wajah sugul Mak Mah yang sedang menanti ku di pintu utama villa. Mak Mah segera berlari ke pintu tempat duduk sebelah pemandu.
"Adam.. Tadi tun... " Mak Mah segera bersuara selepas aku membuka pintu kereta tempat duduk di sebelah pemandu.
"Adam tahu.. Adam takkan biarkan siapa-siapa yang sakiti Nadia terlepas!!" Aku segera memotong percakapan Mak Mah dan segera melangkah keluar dari kereta untuk menuju ke taman belakang villa. Aku seakan melihat kesan tompokan di atas lantai porch di hadapan villa. Aku menundukkan tubuh ku sedikit untuk melihat kesan tompokan apakah itu. Alangkah terkejutnya melihat kesan tompokan darah yang masih berbekas di porch hadapan villa. Pasti kesan tompokan darah Nadia! Kejamnya mama! Sampai hati buat Nadia macam ni?!
'Ya Allah.. Maafkan Adam sayang.. Sebab Adam sayang kena lalui semua ini.' Aku sempat merintih di dalam hati. Aku melihat sendiri bagaimana tubuh Nadia terseret di atas jalan berbatu dan tar sambil rambut nya ditarik seperti binatang. 'This is too much!! Aku takkan maafkan siapa-siapa pun yang sakiti Nadia!'
Kesan tompokan darah Nadia merata-rata sepanjang jalan menuju ke taman yang terletak di belakang villa. Hatiku sebak melihat betapa kejamnya perlakuan mama terhadap Nadia. Aku masuk ke kawasan taman dan terlihat tudung Nadia masih berada di atas tanah dan ada kesan tubuh Nadia jatuh di situ. Tudung tersebut aku ambil dan aku mencium haruman rambut Nadia yang masih melekat pada tudung tersebut. Haruman tersebut sedikit sebanyak dapat mententeramkan sedikit hatiku yang sedang dilanda amarah. 'Aku kena bertenang untuk berhadapan dengan mama. Aku tak boleh biarkan perkara yang sama berulang sekali lagi. Cukuplah aku kehilangan Jasmine dahulu. Aku takkan biarkan Nadia mengalami nasib yang sama.'
"Zarul!" Aku memanggil Zarul sambil tanganku masih menggenggam tudung berwana ungu muda milik Nadia. 'Aku pasti akan selamatkan kau Nadia!' Zarul berlari menuju ke arahku dengan pantas.
"Ya tuan."
"Track location Tun Dahlia as soon as possible! We are going for war!"
______________________________________________________________________________
Nadia P.O.V
Kepala ku yang berasa begitu sakit menyedarkan aku daripada pengsan. Aku berharap ini semua hanyalah satu mimpi buruk. Aku cuba bangun dari duduk namun gagal. Tangan dan kaki ku telah diikat pada sebuah kerusi. Pandanganku gelap. Seluruh tubuhku terasa sakit yang amat sangat. Mulutku yang telah di tampal pita pelekat tertutup rapat menyebabkan aku tidak dapat bersuara. Aku masih mencuba meronta untuk melepaskan diri namun gagal. 'Adam.. Nadia takut... Selamatkan Nadia..' Hatiku masih berharap agar Adam datang menyelamatkan diriku. Aku yakin Adam akan datang.. Aku menyedapkan hatiku supaya aku menjadi lebih berani. 'Aku kena kuat.. Jangan nampak lemah!'
Tiba-tiba satu tamparan kuat singgah di pipiku kananku menyebabkan wajahku berpaling ke sisi kiri. 'Sakitnya....' Pita pelekat yang tertampal di mulutku ditarik kuat. Sakit di bibir tidak terperi ku rasakan. Namun aku sedaya upaya menahan tangisan yang mahu berhambur keluar. 'Aku tak boleh nampak lemah! Pasti musuh Adam yang telah menculikku ini!'
"Apa yang awak nak??!!" Aku menjerit sekuat hatiku setelah sakit di bibirku sedikit reda. Tekakku yang kering dan bibirku yang sakit tidak aku peduli.
"Jangan ingat kau boleh ugut Adam dengan buat aku macam ni!! Aku rela mati demi Adam!!" Ya aku sanggup mati. Kerana suatu hari nanti pasti kematian akan menjemputku jua. Biarlah aku mati dalam keadaan macam ini daripada disebabkan penyakitku. At least rasa bersalah kerana merahsiakan penyakit yang aku hadapi daripada pengetahun akan sedikit berkurang.
"Berapa yang kau nak untuk tinggalkan Adam?!" Suara perempuan? Aku berasa sedikit tekejut kerana aku sangkakan yang menculik ku ialah seorang lelaki. Suara macam pernahku dengar tapi aku gagal mengingati siapakah yang sedang bercakap denganku ini.
"Saya takkan tinggalkan Adam. Adam lebih penting dari nyawa saya sendiri. Tolong jangan libatkan Adam..." Nada suaraku merendah untuk meraih simpati. Ya! Aku taknak apa-apa berlaku pada Adam. Biarlah aku yang tanggung segalanya.
"1m?? Take it or.... Die" Suara perempuan itu seperti seseorang yang tiada perasaan. Tidak seperti watak antagonis yang dilakonkan dalam movie yang pasti akan ketawa terbahak-bahak apabila berhadapan dengan situasi seperti sekarang. 'Dia ingat dia boleh beli aku dengan duit ke?'
"Mati" Jawabku sepatah tanpa ragu-ragu.
"Tapi dengan satu syarat..." Aku menyambung kata-kataku apabila teringatkan Adam.
"Jangan apa-apakan Adam. Dan bagitahu Adam yang saya sayang...."
"Nadia!!!!" Aku terdengar satu jeritan yang berada agak jauh sedikit dari tempat aku duduk. 'Adam!' Hatiku sempat menitipkan rasa syukur kerana Adam hadir ketika aku amat memerlukan dirinya. Adam sentiasa ada dikala aku dilanda ujian. Aku bersyukur kerana Allah hadirkan Adam untuk diriku.
"Stop over there or I'll shoot her!!!!" Jeritan perempuan tersebut bergema mematikan bunyi tapak kaki Adam yang sedang menapak ke arahku.
" Don't you dare to touch Nadia!!! Adam takkan biarkan perkara tersebut berlaku mama!! Cukuplah sekali mama buat macam ni kat arwah Jasmine!!!" Mama?? Mama Adam?? Tun Dahlia??!! Dia yang bunuh Jasmine? Aku hanya terkaku dan mendiamkan diri. Mama sendiri sanggup bunuh teman wanita anak sendiri? Pertama kali aku mendengar suara Adam yang sedang marah namun pada masa yang sama kedengaran cukup terluka pada pendengaranku.
"Banggggg!!!" Satu das tembakan dilepaskan ke arahku secara tiba-tiba. Aku tersentak kerana terkejut mendengar seakan letupan telah berlaku. Namun aku masih lagi bernafas. Tiada sebarang kesakitan ke atas diriku akibat tembakan tersebut. Tiba-tiba terasa satu batang tubuh jatuh di ribaanku. Kepalanya berpaut di atas ribaku.
"Adam!!!!!!!!!!" Kedengaran suara Tun Dahlia berteriakan.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomansaWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...