Office

4.7K 20 0
                                    

Adam P.O.V

Aku sedang bermesyuarat bersama penganjur sukarelawan misi kemanusiaan yang akan ke Tanzania pada  bulan hadapan. Selaku penaja utama aku perlu mengetahui setiap penerangan butir kewangan yang akan di perlukan disana. Misi ini akan diketuai oleh Dr. Daniel. Yang juga merupakan kawan baik ku. Sedang aku tekun mendengar pembentangan daripada Daniel, handphone yang berada di atas meja begetar. Kulihat panggilan daripada Syira, setiausaha ku.

" Ye. Ada apa Syira?". Aku segera bertanya risau ada perkara emergency yang berlaku.

"Ada orang nak jumpa boss. Nama dia cik Nadia. Perlu ke saya bagi kebenaran sedangkan dia takde appointment?"

'Hmm.. aku dah agak mesti dia akan sampai. Yes! Plan aku berjaya. Tak sia-sia puluh ribu aku habis. Kalah duit hantaran!'

"Suruh dia tunggu dalam office I. I still dalam meeting ni" aku menamatkan panggilan dan kembali fokus dengan pembentangan Daniel.

---------------------—----------——————————

2 jam berlalu dan mesyuarat akhirnya selesai. Aku ingin segera berlalu kerana ingin segera berjumpa dengan Nadia namun laluan ku dihalang oleh Daniel.

"Kau nak cepat-cepat ni pergi mane Isk. Lepak minum jom. Aku belanja. Lama tak lepak sama-sama" Daniel bersuara sambil sengih tayang gigi.

"Aku ada meeting lagi la. Busy la.. lama apa nya baru 3 hari lepas kita lepak." Aku menolak ajakan Daniel sambil melihat jam di pergelangan tangan. Risau Nadia dah balik pulak. Tapi aku yakin dia masih ada.

"Kau meeting dengan sape lagi gila? Dah pukul 4 setengah ni. Kau meeting dengan hantu kat tingkat atas ke?" Daniel bertanya sambil buat muka tak percaya.

"Aku nak jumpa perempuan yang kau rawat kat rumah aku haritu. Ada hal sikit nak bincang pasal sponsorship jugak." Aku berjalan beriringan bersama Daniel menuju ke pejabat ku yang terletak di bilik yang paling hujung.

"Kau serius la woi? Sponsorship sugar daddy ke? Aku nak join meeting tu jugak boleh tak? Nak juga kenal... Hehehe" dia bertanya sambil angkat kedua belah kening.

"Pale hotak kau sugar daddy. Dah-dah. Kau pergi balik nanti mummy kau membebel kat aku cakap aku pengaruh kau jadi jahat. Padahal anak dia bukannya baik sangat pun. Huh" aku menolak tubuhnya supaya pergi ke lif.

" Yelah. Aku balik... Lain kali aku nak jumpa dia tau!" Aku segera menekan butang lif untuk tutup.

Aku segera ke ruangan pejabat ku dan sempat berpesan kepada Syira untuk tapau pizza untuk aku makan kerana terlalu lapar.

Daun pintu kutolak dan aku melihat sekujur tubuh sedang bersandar pada sofa di ruang tengah pejabat ku. Kepalanya terlentok sedikit kerana sedang dibuai mimpi.

Aku merapati Nadia perlahan-lahan dan tubuhnya aku baringkan di atas sofa tersebut. Kepalanya aku angkat secara perlahan-lahan dan aku letakkan di atas riba ku. Mata ku tidak lepas merenung riak tenang wajahnya ketika tidur.

Belakang tapak tangan ku naik menyentuh pipinya. Pipi putih bersih kemerahan itu menambahkan lagi kecantikan Nadia yang sedia ada.

Aku tidak sedar berapa lama aku dalam keadaan begitu sehingga Syira masuk ke pejabat ku dengan pandangan yang pelik dan membawa sekotak pizza. Selepas meminta diri untuk pulang dia terus menghilang dari pandangan ku.

Aku mengerling jam yang sudah menginjak jam 5.30 petang. Kepala Nadia yang berada di atas peha ku bergerak-gerak dan matanya terbuka sedikit lalu segera menjadi luas dan bangun untuk duduk. Dia membetulkan tudung nya yang senget dan meraup wajahnya berkali kali.

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now