Adam P.O.V
Zarul memapah tubuhku untuk berdiri. Aku bergegas keluar dari bilik mayat tanpa menoleh kembali ke arah jenazah Nadia. 'Darah perlu dibalas dengan darah!'.
"Drive balik villa" Aku mengarahkan Zarul tanpa sebarang rasa setelah duduk di seat belakang kereta Peugeot. Zarul drive dengan pantas untuk segera sampai ke villa.
Setelah sampai di villa, aku segera ke ofis ku yang ditingkat atas untuk mengambil pistol yang aku simpan di dalam laci meja kerja ku. Aku berjalan dengan pantas naik ke tingkat atas tanpa menoleh ke arah sesiapa pun. Perasaan marah, sedih, kecewa, geram becampur baur menjadi satu. Tiada lagi sekelumit rasa dalam hatiku. Perasaan yang sama aku rasa selepas kehilangan arwah Jasmine. Namun rasa kehilangan Nadia lebih hebat kerana belum sempat aku ungkapkan rasa sayang dan cinta Nadia sudah pergi meninggalkan ku.
Aku melangkah masuk ke bilik ku sebelum membuat perhitungan. Baju tidur satin yang pernah dipakai Nadia aku ambil dari almari pakaian ku. Bau harum tubuh Nadia masih melekat pada baju itu. Aku tak dapat menahan rasa di dada. Baju di tangan aku genggam erat. 'Semua yang bertanggungjawab atas kematian kau akan aku bunuh!'
Aku menuruni tangga dan melangkah pantas menuju keluar dari villa sambil diekori Zarul dari belakang. 20 orang bodyguard sudah menanti di kawasan belakang villa dalam satu barisan. Masing-masing sudah diikat kedua belah tangan di belakang dalam keadaan berlutut dengan mata sudah ditutup dengan pelitup mata. Hujan turun dengan lebat. Suasana sunyi dan hening. Hanya kedengaran air hujan jatuh ke bumi. Zarul mengekori ku dengan sebuang payung di tangan.
"Mana Pak Mail?" Aku menyoal Zarul sambil menghidupkan rokok Dunhill di tangan.
"Dia dalam perjalanan ke villa" Zarul menjawab dengan wajah tanpa riak. Masih nampak tenang meskipun ayahnya yang pertama sekali akan aku bunuh.
10 minit kemudian kelihatan sebuah teksi sampai di hadapan villa. Pak Mail keluar dari teksi dan melangkah ke arah ku dengan pantas. Sampai di hadapan ku dia segera berlutut dan memejamkan matanya.
"Silakan tuan. Saya sedia menerima segala hukuman." Ucap Pak Mail tanpa ragu-ragu.
Aku mengacukan pistol di tangan ku ke arah kepala Pak Mail. Jariku telunjuk ku bersedia menarik picu namun tiba-tiba ada sepasang lengan memeluk tubuh ku dari belakang. Aku tersentak. 'Haruman yang sama!' Gelang di pergelangan tangan aku tatap. 'Lengan yang sama!' Kedengaran tangisan di belakang tubuhku. 'Tangisan yang sama!'
Aku segera berpusing ke belakang. Terlihat wajah Nadia berjuraian air mata dengan pakaiannya yang basah.
"Jangan bunuh..." Kata-kata Nadia terputus kerana aku segera memeluknya erat. Pistol di tangan aku buang ke tanah. Aku mengangkat tubuh Nadia dalam pelukan. Perasaan gembira yang aku rasakan sekarang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hujan yang turun dengan lebat sudah tidak aku peduli. Aku mengangkat sambil memeluk Nadia di udara. Harum tubuh nadia meresap ke dalam sanubariku. Air mata kegembiraan ku mengalir perlahan menuruni pipiku. 'Nasib baik hujan jadi takde siapa nampak aku menangis! Terima kasih Ya Allah'. Aku mengucapkan rasa syukur tak terhingga. Ya! Aku tak sanggup kehilangan Nadia!
Aku mendungkung Nadia naik ke tingkat atas menuju ke bilik ku. Wajahnya aku tatap tanpa lepas tanpa sebarang kata. Air matanya di pipi aku cium perlahan-lahan. Terasa bagaikan mimpi Nadia berada dalam pelukan ku. Baru aku teringat. 'Habis tu mayat siapa yang pakai baju kurung Nadia tadi?' Namun ini bukan masa yang sesuai untuk bertanya kepada Nadia. 'Aku perlu tanya Pak Mail!'
Sampai sahaja di bilik ku, aku meletakkan Nadia di atas katil ku. Lengan dan kaki Nadia aku periksa dan belek takut-takut dia tercedera. Mataku tekun membelek setiap inci lengannya. Kain kurung nya aku selak. Kaki dan pehanya aku belek. Namun tiada langsung kesan cedera. 'Mungkin Nadia tak naik bas yang kemalangan tu?' Nadia hanya memandang pelik dengan tindakan ku itu.
"Nadia mandi, tukar baju dan rest dulu. Aku ada hal kejap. Jangan pergi mana-mana!" Akhirnya aku bersuara memecahkan kesunyian.
Aku ingin segera berlalu pergi namun Nadia pantas memegang lenganku. Aku menoleh ke arahnya.
"Jangan lama-lama." Aku hanya menganggukkan kepala ku dan berlalu keluar dari bilikku.
Aku melangkah naik ke tingkat atas. Kelihatan Pak Mail sudah menanti ku di pintu masuk ofis ku bersama Zarul. Aku membuka pintu dan melangkah masuk ke ofis peribadi ku sambil diekori Pak Mail dan Zarul.
Aku duduk di kerusi kerja ku sambil memandang tepat ke arah Pak Mail yang masih memandang ke bawah.
Pak Mail mengangkat wajahnya memandang ke arah ku dengan mimik muka yang serius.
"Ada orang cuba bunuh Puan Nadia."
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...