Nadia P.O.V
Bukannya aku tak mampu untuk naik ferris wheel sendirian tetapi aku mahu naik dengan orang yang aku paling sayangi. Sememangnya aku amat menyayangi Aina namun sayang sebagai teman berbeza dengan sayang kepada family. Adam juga sebahagian family aku memandangkan dia merupakan suami aku.
Aku memandang ke arah meja solek untuk merapikan solekan nipis di wajahku. Aku melihat Adam dari pantulan cermin. Jaket kulit, t-shirt hitam Giorgio Armani putih dan jeans hitam. Jarang sekali Adam memakai baju seperti ini kalau di luar. Kebiasannya dia akan memakai suit penuh. Kebanyakan bajunya berwarna putih dan hitam. Jarang sekali aku melihat dia memakai warna yang lain. Rambutnya disisir rapi. Dia menyandarkan tubuhnya di almari sambil melihat telefon di tangan. Kadang-kala dia bercakap dengan seseorang melalui telefon. 'Busy agaknya! Jalan-jalan dengan aku lagi penting dari kerja?' Sempat lagi aku syok sendiri. Hahaha.
"Tengok apa lagi tu? Macam nak tembus cermin tu kau tenung." Teguran Adam mematikan lamunan ku. 'Alamak! Dia perasan aku tenung dia.' Aku cepat-cepat bangun dari duduk dan membetulkan baju kurung yang aku pakai.
"Aik? Nak keluar date pun pakai baju kurung? Dah takde baju lain ke?" Adam menyoalku dengan wajah serius.
"Err... Bukan takde.. Tapi baju yang awak beli mahal-mahal. Nadia rasa tak layak nak pakai." Aku berkata sambil menundukkan wajahku memandang ke arah baju kurung yang aku pakai.
"It's okay. Take your time. Aku tahu tak mudah nak adapt dengan lifestyle aku. It's okay you can take as much time as you want. Aku takkan paksa." Adam berkata dengan nada memujuk sambil menggosok kepala ku yang berbalut tudung perlahan-lahan.
"Dah jom. Kita pergi. Nanti terlewat pulak." Adam lantas menggenggam tangan ku dan berjalan sambil diekori oleh ku. Hati ku berbunga bahagia dengan Adam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adam memimpin tangan ku untuk naik ke private flight miliknya. Dia memimpin tanganku dengan berhati-hati menaiki tangga sehingga sampai di dalam kapal terbang.
"Ke... Kenapa sampai kena naik kapal terbang?" Aku bertanya selepas mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Adam.
"Kau cakap nak naik ferris wheel kan? Nak ke London kena naik flight lah takkan nak naik basikal?" Adam berkata sambil mencuit hidung ku.
"Kat Malaysia pun ada ferris wheel lah. Membazir duit awak je nak kena sampai ke London semata-mata nak naik ferris wheel." Aku berkata sambil tersenyum nipis mendengar gurauan Adam sampai kena naik basikal.
"Mana aku tahu. Aku ingatkan kau maksudkan London Eye. Dalam kepala aku duk fikir pasal London Eye je dari tadi. FYI, ni duit simpanan yang kau bagi aku. Mana ada aku membazir duit aku. Hahaha."
"Haaaa??!! Habis tu pasu tu macam mana?" Mulutku sudah terlopong. ' Duit simpanan aku dari start kerja habis untuk naik ferris wheel je??'
"Hahaha. I just kidding. Aku tak pernah bawak kau jalan-jalan. Sekali-sekali spend duit untuk wife tersayang apa salahnya." Adam berkata sambil mengenyitkan mata kirinya. Bibirnya melakar senyuman manis. 'Wife tersayang..' 2 patah perkataan yang menggetarkan jiwaku. 'Adam sayang aku?' Aku segera sembunyi senyum. Mukaku yang mula berasa hangat aku kipas-kipas dengan tangan.
Adam pantas mengucup pipiku kiriku. Kucupan kedua di pipi kanan ku.
Aku hanya mampu menyorokkan wajahku di sebalik kerusi selepas aku perasan perlakuan Adam ditonton pramugari yang bertugas. Mereka saling senyum antara satu sama lain.
"Don't worry. Mereka semua private stewardess untuk private flight aku. I don't hire mulut tempayan." Adam memberitahu ku. Mungkin dia risau aku berfikir tentang berita kami berdua akan tersebar. "Meh sini aku ketatkan your seat belt. Flight dah nak take off. Karang ada yang melayang keluar."
'Sejak bila Adam pandai bergurau ni? Seram sejuk aku dibuatnya. Kena sampuk dengan jin gurau kah?'
Setelah flight berada di awan, Adam membuka seat belt yang aku pakai diketatkan olehnya tadi. Dia bangun dari duduk menuju ke seat panjang seperti sofa. Aku menoleh ke sekeliling. 'Macam ni rupanya private flight. Jauh lebih kecil berbanding flight biasa. Manalah orang macam aku ni pernah bermimpi nak naik flight macam ni. Business class pun aku tak pernah merasa.'
"Come here." Adam memanggilku sambil memandang ke arah ku. Kelihatan pramugari mula menghidangkan pelbagai jenis makanan di meja hadapan sofa tersebut. Aku bangun dari duduk dan melangkah ke arah Adam. Sampai sahaja di hadapan Adam, Adam lantas menarikku untuk duduk di atas ribanya. Hampir sahaja aku melatah kerana terlalu terkejut dengan perlakuan Adam. 'Bila masa dia ni pandai mengada-ngada macam ni pulak?' Pramugari yang menghidangkan makanan sempat tersenyum ke arah kami sambil berlalu pergi ke ruangan belakang kapal terbang. Aku hanya menganggukkan kepala ku sambil tersenyum malu.
"Ishh.. Janganlah main tarik-tarik macam ni. Malu lah orang tengok." Aku berkata sambil memkul lembut bahu Adam.
"Nak malu apanya. Stewardess dah pernah tengok lebih dari tu pun. Ooppss!" Adam menekup mulutnya sambil ketawa kecil melihat wajahku yang sengaja dimasamkan.
"Dengan sape? Meh sini Nadia nak cilikan dia. Dia tak kenal lagi Nadia ni macam mana!" Aku berkata sambil menjegilkan mataku.
"Betul nak cilikan? Nanti aku suruh diorang beratur ambil nombor giliran nak kena cili. Ramai tau. Takut nanti tangan comel ni penat pulak nak cilikan orang." Adam memegang tangan kananku dan membawa ke bibirnya. Belakang telapak tanganku di cium lembut. Terasa deruan nafas Adam menampar lembut belakang telapak tanganku. Matanya memandang tepat ke dalam mata ku menyalurkan sejuta rasa ke lubuk hati ku.
"Ehem.. Kita makan breakfast dulu. Karang ada yang benda lain pulak aku nak makan." Kata-kata Adam mematikan lamunan ku. Aku mahu beralih duduk di atas sofa di sebelah Adam namun Adam memperketat pelukannya di pinggang aku untuk menghalang aku turun dari peha kirinya yang berotot.
"Makanlah dulu. Tu ada kuey teow goreng kerang favorite kau. Nanti perut masuk angin pulak." Adam berkata sambil matanya melihat ke arah telefon pintar di tangan kanannya. Tangan kirinya masih memeluk pinggangku. 'Eh macam mana dia tahu kuey teow goreng kerang favorite aku?' Aku ingin bertanya namun kelihatan Adam macam tengah sibuk. Aku mengambil pinggan yang berisi kuey teow dan menyuap ke mulut ku dengan sudu. 'Emmm.. Sedap!'
"Emmm... tu jangan kuat sangat nanti ada yang tak tahan dengar." Adam tiba-tiba berkata. 'Kuat sangat ke aku punya Emm.. tadi?' Adam tiba-tiba memasukkan sudu yang berisi kuey teow di tangan ku ke dalam mulutnya. "Emm.. Sedap!" Adam meniru gaya suara ku tadi namun dengan lebih sensual. 'Ah sudah!' Jariku yang memegang sudu diciumnya. Tak pernah seumur hidup aku melihat orang makan kuey teow boleh jadi seksi macam ni. Dan juga... mampu menaikkan berahi aku! 'Control Nadia control.. jangan fikirkan sangat. sabar.. sabar..' Aku cuba menenangkan diriku.
"Suap aku lagi please.... Lapar..." Adam merengek minta disuapkan sambil buat muka kesian? Biar betul ni Adam? Ke kena sampuk dengan jin mengada.
"Takpe ke kongsi sudu dengan Nadia?" Aku bertanya sebelum menyambung menyuapnya makan.
"Kita dah pernah kongsi lebih dari sudu pun. Aku nak kongsi semua benda dengan kau." Adam berkata sambil mengenyitkan mata kirinya. Aku sembunyi senyum dan menyambung menyuapnya makan.
'Mampukah aku juga turut berkongsi semuanya dengan Adam?'
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...