Nadia P.O.V
Kejutan yang Adam buat mampu membuatkan aku terkena serangan jantung. Dia datang sini nak buat apa!
Aku melihat jam di tangan ku. Nasib baik sudah tiba waktu rehat.
Aku menuju ke kereta ku sambil di ikuti oleh Adam dan di perhatikan lelaki segak berkaca mata hitam ber suit hitam. Bodyguard agaknya.
"Naik kereta saya lah. Selesa sikit. Kereta kau kecik tak selesa kaki saya yang panjang ni nak duduk". Dia berkata sambil cuba memegang lengan ku untuk menghentikan langkah ku.
Aku segera menarik tangan ku dengan kasar sambil menjeling tajam.
"Nak jumpa ke tak? Kalau taknak awak boleh naik kereta awak yang besar tu dan boleh balik"
"Lagi satu jangan pegang-pegang! Saya rimas!"
Aku berkata sambil cuba melangkah pergi.
"Ok saya naik kereta awak." Dia berkata sambil menunjukkan isyarat kepada bodyguard nya untuk mengekori kami dari belakang.
Aku masuk ke tempat duduk bahagian memandu dan terus menghidupkan enjin. Adam duduk di tempat di sebelahku dan kaki nya sedikit membengkok dan kelihatan sangat kekok dan tidak selesa. Padan muka sape suruh beria nak jumpa aku! Rasakan duduk dalam kereta Myvi aku.
Aku menahan tawa ku daripada meletus dan mula memandu menuju ke sebuah restoran mamak berdekatan.
-----------------------------------------------------------------
" Teh tarik satu kurang manis" aku memesan kepada pelayan dan masih memerhatikan reaksi Adam yang jelas tidak selesa untuk duduk di kedai ini.
"Awak taknak pesan apa-apa ke?" Aku sengaja bertanya walaupun hakikatnya aku tahu dia tidak akan makan di tempat begini. Dasar orang kaya manja!
" Takpe saya tak lapar" dia berkata sambil mengelap meja menggunakan sapu tangan yang dia bawa. Tadi lap kerusi, ni meja pulak. Sesuai la jadi pelayan mamak kalau macam ni.
"Ada apa awak nak jumpa saya ni? Saya sebok ni. Kejap lagi nak kena sambung latihan lagi." Aku berkata sambil cuba membuat muka serimas mungkin agar dia berkecil hati.
"Awak ingat saya tak sebok ke? Saya nak jumpa awak ni sebab.. sebab nak tanya awak balik naik apa haritu?" Dia berkata sambil tangan kanannya naik ke leher nya dengan riak muka nervous. Biar betul mamat ni nervous? Ke aku je yang rasa.
"Haaa?? Tu je?" Gila apa datang sebab tu je?
"Saya call boyfriend saya. Saya suruh dia ambil saya." Aku berkata dengan yakin. Timbul pulak idea nak tengok kot kot Adam cemburu. Walaupun aku tahu tak mungkin akan berlaku namun hati degil ku tetap mahu mencuba.
" Awak jangan nak tipu saya! Saya tahu awak naik grab!" Dia berkata sambil tangannya di atas meja dingenggam dan kulit wajahnya kelihatan sedikit kemerahan.
"Tu bukan grab. Tu kereta boyfriend saya. Eh, kejap macam mane awak macam konfiden je saya naik grab? Awak stalk saya ke?" Aku bertanya dengan kerutan di dahi
"Err.. saya tengok ikut tingkap bilik saya. Kenapa awak balik macam tu je? Kan saya cakap kita breakfast dulu lepas tu saya hantar." Dia menukar persoalan. Aku malas nak cakap pasal tunang dia. Nanti hati aku juga akan panas tiba tiba.
"Tunang awak... Awak permainkan saya kan?! Awak dah bertunang lepas tu sanggup awak... Awak.. buat macam tu kat saya!" Aku tidak sanggup untuk menyebut perbuatan terkutuk kami kerana terlalu jijik dengan diri ku sendiri.
Aku segera berdiri dan meletakkan wang kertas 5 ringgit di atas meja.
"Lepas ni saya tak nak jumpa awak dah. Jangan risau saya takkan heboh kan apa-apa pasal aw.. ermm dato' kepada media." Aku tiba tiba teringat tentang Adam berpangkat dato'.
"Jangan panggil saya Dato'. Sekali lagi awak panggil saya Dato', saya hukum awak nanti" dia juga turut berdiri dan mengambil 5 ringgit ku dengan menggantikan dengan wangnya sendiri.
"Hukuman apa? DATO' nak penjarakan saya ke? mentang mentang dato' kaya, jangan ingat saya takut dengan dato'. Dato', dato' jangan ingat semua orang akan tunduk dengan dato'." Aku sengaja menambah lagi minyak ke atas api untuk membuatnya marah. Aku sengaja menekan perkataan Dato'.
Badannya direndahkan dan dia sedikit membongkok dan bibirnya tepat berada di belakang telinga ku yang dibalut tudung. Wanginya! Aroma colgone yang bercampur bau peluhnya menusuk ke hidungku menimbulkan perasaan sensual dalam diriku.
"Hukumannya... Saya akan penjarakan awak atas katil saya, dan tangan awak akan saya ikat di hujung katil... Dan saya akan tunduk kan your curvy body dan saya akan spank your sexy damn ass sebanyak bilangan yang awak sudah panggil. So far, ada tujuh.. saya akan spank awak sehingga awak menjerit dan merayu kepada saya supaya jangan berhenti.." dia kembali berdiri tegak sambil tersenyum sinis.
"I see when I wanna see u" dia berkata sambil melangkah pergi dengan begitu yakin.
Aku terduduk kembali di atas kerusi kerana lututku terasa lemah. Badan ku sedikit menggigil dengan ugutan yang diungkapnya tadi.
Terasa celah kelangkang ku sedikit melekit. Gila! Baru dengar suara dah basah. Apa jampi Adam buat dekat aku ni.
Aku segera mecapai tas tangan di atas meja dan berlalu pergi untuk kembali ke sekolah.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...