Eye to Eye

3.7K 25 0
                                    

Aku terjaga daripada lena yang ku rasakan agak panjang akibat tekak ku yang terlalu kering dan pedih.  Aku pantas bangun daripada pembaringan kerana aku merasakan  berada di bilik yang asing.

Aik... Ni bukan bilik aku?? Katil pun besar semacam, empuk pulak tu. Aku melihat berhampiran lampu meja yg malap terdapat segelas air dan beberapa biji ubat dalam piring. Aku segera mencapai gelas tersebut dan ingin meneguk air dengan rakus. Namun mengingatkan terlupa membaca bismillah. "Bismillah.." ucapku perlahan dan kembali meneguk air mineral tersebut. Ubat tidak ku sentuh apabila teringat kembali yang aku tetap akan mati..

Aku bangun perlahan-lahan kerana terasa badan ku  lenguh lenguh seperti dilanggar kereta.. Kereta??!!! Aku baru teringat kembali insiden yang berlaku ketika aku melintas jalan.

Aku mati ke dah ni kena langgar sampai boleh masuk syurga ni? Aku menampar pipi ku agak kuat. Aduhhh! sakit. Aku meneliti segenap penjuru bilik tidur yang besar ini. Mak ai... Lagi besar dari rumah sewa aku bilik ni. Kalau bilik pun dah besar ni, rumah ni lagi mak bapak datuk moyang besar! Eh, baju aku.. ni bukan baju aku tadi. Ni macam kemeja lelaki. Dan ni...boxer lelaki?? Mcm mne aku boleh pakai benda ni. Lutut dan betis ku terdedah dan... rambut pun terdedah ni. Tudung pun dah takde ni. Aduhh.. mane tudung ni?

Cahaya yang malap menyukarkan aku untuk melihat hiasan dalam bilik ini. Dihadapan terhidang permandangan yang memukau mata dibanjiri lampu lampu di sekitar ibu kota. Menara KLCC ku rasakan sangat cantik dan kelihatan jelas di mataku. Walaupun sudah menetap di Kuala Lumpur sudah 8 tahun namun, aku tidak berpeluang lagi menjejakkan kaki kesitu.

Aku melihat jam yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil menunjukkan jam 3 pagi. Lama juga aku pengsan tadi. Pengsan ke tidur pun aku pun tak pasti. Tapi takkan la nak tidur atas jalan raya pulak??

Aku menapak ke pintu yang aku rasakan kamar mandi kerana aku merasakan ingin terkencing. Walaupun perasaan ingin tahu rumah siapakah ini masih membuak buak tapi hajat yang satu ni kalau buat tak tahu karang habis bersepah atas lantai ni. Namun pintu yang kurasakan menuju ke toilet bukan sama sekali rupanya. Aku terpegun melihat susun atur pakaian yang pelbagai jenis dan kebanyakannya suit yang nampak begitu mahal di mataku. Dan pelbagai utas jam tangan mewah menarik perhatian ku. Wow! Ni mesti rumah orang kaya ni. Untung kalau aku kaya... aku menutup kembali pintu tersebut dan meneruskan langkah ku ke pintu sebelah.. "aish.. takkan bilik bapak besar ni takde toilet kot.. "

Aku membuka pintu perlahan lahan dan aku perhatikan bilik yang sederhana besar dan kelihatan rak buku yang begitu tinggi dan besar. Wow! Macam library dah ni. Library lawa macam ni ke? Entah library last aku pergi pun masa zaman U dlu. Tu pun rak tak lawa. Sedang aku memerhati.. ada sesuatu yang menarik perhatian ku.

" Eh, ada orang?" Bisik ku perlahan. Aku berjalan menuju kearah orang yang sedang terlena di sebalik meja kayu mahogany yang berselerak dengan file-file dan kertas-kertas. Lampu meja yang malap menyukarkan untuk aku melihat wajah orang yang sedang terlena itu. Tapi apa yang pasti susuk tubuh itu milik seorang lelaki. "Mungkin rumah dia ni kot" tebak ku di dalam hati.

Niat ku yang pada awal tadi ingin ke toilet terbang melayang begitu sahaja selepas melihat tuan rumah ini. "Nak kejut ke tak ni? Nak ke takank ni? Nak ke tak nak? Nak ke tak nak lepak mamak... Nak ke taknak lepak mamak.. " aku ketawa sendirian kerana teringatkan lagu entah pape tu.

Tanpa ku sedari ketawa ku sedikit kuat sehingga menyebabkan tuan empunya badan mula bergerak gerak dan mengangkat kepalanya yang tadinya bersandar elok pada meja. Aku terkesima dan sedikit terkejut melihat figura yang berada dihadapn ku ni. Terkejut kerana dia turut ketawa! Seksinya dia ketawa dengan suara serak serak baru bangun dari tidur. Eh ketawa pun boleh seksi ke? Tapi yang lagi seksi muka dia! Baru sekarang dapat kulihat wajahnya  betul betul kerana kedudukan kami yang hampir dan dapat kurasakan nafasnya menampar pipi ku. Aku yang masih lagi kaku kerana kedudukan yang sedikit menunduk ingin mengejutkan dia daripada tidur tadi menyebabkan wajahnya sangat hampir denganku.

Tiba tiba ketawanya mati. Dan hanya deruan nafas yang tidak teratur kedengaran. Dan kami saling bertatapan mata. Situasi yang kurasakan berlangsung dalam tiga minit itu berakhir dengan mendengarkan dia berdehem. Badan ku serta merta tegak dan berasa malu kerana merenung matanya terlalu lama.

Aku lantas berdehem dan segera bertanya, "toilet mana?".

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now