Nadia P.O.V
Hari esok merupakan hari ulang tahun kematian ibu bapaku. Sudah 16 tahun berlalu. Namun setiap momen peristiwa hitam tersebut masih segar di ingatan ku. Kebiasaannya setiap tahun aku pasti akan menziarahi pusara mereka namun berbeza pada tahun ini aku masih lagi di bawah 'tahanan' Adam. Sudah sebulan lebih aku tidak melihat dunia luar. TV tak boleh tengok. Handphone dan laptopku diambil Adam. Kalau dulu ada juga surat khabar tapi zaman sekarang orang dah tak langgan surat khabar. 'Boleh ke tak eh aku nak pergi esok? Agak-agak Adam bagi tak? Takutnya nak tanya! Cuba je lah. Dia dah janji takkan pukul aku. Takpe Nadia try je. Belum cuba belum tau'
Aku melangkah masuk ke dalam villa. Mak Mah di dapur di sapa aku.
"Assalamualaikum Mak Mah.. Errr.. Adam.. Adam dah turun ke belum?"
"Waalaikumsalam. Eh, Adam tak bagitau Nadia ke? Awal pagi tadi dia dah balik KL. Nadia ada apa-apa benda penting nak cakap dengan Adam ke?" Mak Mah bertanya dengan riak muka hairan.
"Errr.. Tak . Hmm.. Takpelah Mak Mah. Nadia pergi siram pokok bunga dulu.." Hatiku tiba-tiba terasa sedih. 'Sebegitu tidak pentingkah aku? Dia balik KL pun tak bagitau aku dulu.' Aku ingin berlalu keluar ke taman menyiram pokok bungan namun Mak Mah pantas menghulurkan telefon pintarnya kepada ku.
"Nah.. Call Adam." Mak Mah menghulurkan telefon pintarnya kepada ku.
Aku teragak-agak mahu mengambilnya . Takut dimarahi Adam lagi. 'Call jelah. Kalau dia tak bagi pun aku tak rugi apa-apa.' Telefon pintar di tangan Mak Mah aku ambil.
Nombor telefon Adam aku dail. Panggilan pertama ku tidak diangkat. Jam di dinding aku kerling, pukul 7 pagi. Mungkin dia dalam perjalanan lagi?
"Dia angkat tak?" Aku menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Mak Mah.
"Call sekali lagi." Aku dail sekali lagi. Panggilan ku diangkat pada deringan ketiga.
"Hello. Assalamualaikum" Aku memberi salam. Bibirku diketap. Jantungku berdegup laju.
"Hello? Nadia?" Kedengaran suara Adam kehairanan di hujung talian.
"Ya.. Nadia ni.." Aku menjawab dengan gugup.
"Kenapa call ni? Nadia sakit ke?" Kedengaran suaranya dengan nada risau. 'Risau kah Adam kalau aku sakit? Memang aku sakit pun!'
"Err... Tak.. " Aku menipu kesekian kalinya rasa bersalah aku pendam jauh-jauh. "Nadia nak mintak sesuatu boleh tak?"
"Nak mintak apa? Kalau nak mintak yang tu kena tunggu aku balik dululah. Takpun nak VC?" Adam bertanya sambil ketawa perlahan. Senyuman Adam terlayar di ruang mataku membuatkan aku juga turut tersenyum. Muka aku tiba-tiba panas dan berona merah.
"Bukan.. bukan yang tu. Esok.. esok ulang tahun kematian mak dan ayah.. Nadia.. Nadia nak pergi ke kubur mak dan ayah Nadia esok boleh tak?" Hatiku yang tadi berbunga-bunga kini kembali sedih apabila teringatkan mak dan ayah. Adam hanya diam di hujung talian. Hanya deruan nafasnya kedengaran. 'Marahkah dia sebab aku mintak macam-macam?'
"Aku check schedule tadi. Nak kena ke Dubai pulak esok. Nanti aku try postpone dulu. Lepas tu aku confirmkan balik boleh hantar kau ke tak esok." Adam kembali bersuara selepas seketika berdiam diri. 'Fuh! Nasib baik dia tak marah.'
"Eh takpe.. awak siapkanlah kerja awak kat sana. Nadia boleh pergi naik bas. Nadia taknak susahkan Adam" Aku berkata dengan nada ceria.
"No.. No.. Bahaya naik bas. Nanti aku suruh Pak Mail hantarkan. Jangan degil. Pak Mail akan hantar. Fullstop." Adam berkata dengan tegas di hujung talian.
"Tapi..." Aku ingin membalas kata-kata Adam namun aku terdengar macam ada seseorang disisinya ketika itu.
"Who is that baby? You ready for breakfast babe?" Terdengar suara seorang perempuan gedik bercakap dengan Adam. Talian aku segera putuskan tanpa sebarang pamitan.
'Baby? Siapa tu? Girlfriend dia ke?' Hatiku tiba-tiba terasa pedih. Air mata mula mahu berlinangan. 'Sampai hati Adam!'
"Kenapa ni Nadia? Adam marah?" Mak Mah bersuara cemas. Aku menggelengkan kepala. Telefon pintar di tangan di kembalikan kepada Mak Mah.
"Nadia pergi siram pokok bunga dulu." Air mata di pipi aku lap dengan hujung lengan baju ku.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Nadia P.O.V
Aku tidak dapat lelapkan mata malam semalam. Semalaman aku memikirkan siapakah perempuan bersama Adam semalam? Mataku sembap kerana kerap menangis. Hatiku terlalu sakit! Hatiku kuat mengatakan Adam takkan menipu ku. Namun akal warasku masih masih meragui dengan kejujuran Adam. Aku melihat ke dalam cermin mataku yang sembap dengan rambut yang tak terurus. 'Kau kena kuat Nadia. Jangan layankan sangat perasaan kau. Oh! Harini aku kena pergi ke kubur ayah dan mak aku. Jam di pergelangan tangan kanan ku aku kerling. Dah pukul 8! Dah lambat!' Aku segera berlalu ke tandas yang terdapat di dalam kamarku untuk bersiap-siap untuk pergi ke pusara ayah dan makku.
Adam P.O.V
Sial punya Ezzaty. Time Nadia call aku lah dia datang nak menggedik macam pelacur murahan. Macam mana lah perempuan sial tu boleh terlepas. Aku dah cakap banyak kali kat security jangan benarkan perempuan sial tu masuk ke sini. Aku call Mak Mah kembali namun Mak Mah memberitahu aku yang Nadia mengurungkan diri sepanjang hari dalam biliknya. Aku melihat rakaman CCTV di dalam bilik Nadia. Nadia hanya berselebung dengan selimutnya sepanjang hari. 'Pasti dia menangis!'
"Arggghhhh!!!" Cawan berisi kopi panas di tangan kananku aku baling tepat mengenai pintu masuk pejabat ku. 'Lagi-lagi aku buat Nadia menangis!' Terasa mahu balik saja ke villa sekarang juga namun mengenangkan sikap degil Nadia lebih baik aku bagi masa untuk dia bertenang dahulu. Takde apa-apa boleh selesaikan kalau Nadia masih marah. 'Kepala keras macam batu!'
Aku bersiap-siap mahu ke airport untuk berangkat ke Dubai sebentar lagi. Document-document penting aku masukkan ke dalam beg bimbit yang aku bawa. Zarul yang tiba di pintu pejabat ku terkejut melihat serpihan kaca cawan yang aku balik tadi bertaburan di atas lantai.
"Boss dah siap?" Zarul bertanya kepadaku dan aku hanya mengangguk dengan muka yang serius.
Aku duduk di seat belakang kereta Peugeot milikku sambil dipandu oleh Zarul menuju ke KLIA. Jam di pergelangan tangan kiri ku aku kerling. 'Sepatutnya Nadia dah selamat sampai ke villa dari melawat kubur ni'
Aku melihat rakaman cctv melalui ipad ku namun kelibat Nadia aku tak temui. Tiba-tiba Iphone ku berdering. Nama Pak Mail tertera di skrin.
"Assalamualaikum Tuan... Bas.. Bas yang Nadia naik terlibat dalam kemalangan!"
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...