Stalk

3.2K 27 0
                                    

Nadia P.O.V

Aku merenung kaca tv dengan pandangan yang kosong. Siaran yang disiarkan di televisyen gagal menarik perhatianku kerana otak ku masih memikirkan panggilan Adam pada tengah hari tadi.

'Jantan tak guna tu nak apa lagi dari aku?
Arghhh.. boleh jadi gila macam ni.'

Tiba-tiba aku terdengar nama Adam di sebut oleh pengacara di kaca tv. Rancangan gossip artis rupanya.

Aku segera memberi tumpuan apabila nama Dato' Adam Iskandar disebut. Eh Dato' takkan Adam yang sama kot?

Aku tidak berapa meminati hiburan jadi aku tidak berapa tahu tentang gossip semasa. Berbeza dengan Aina yang sentiasa teruja dengan perkembangan gossip semasa.

Gambar Adam bersama tunangnya tersiar di kaca tv.

"Adam!" Sepontan sebaris nama yang berjaya menggugat naluri wanita ku itu bermain di bibirku.

Pantas Aina menoleh ke arah ku dengan reaksi pelik.

"Kau kenape?" Tanya Aina.

Tiba tiba wajah Aina bagai teringatkan sesuatu.

"Adam yang kau jumpa semalam?" Tanya nya lagi dengan suara yang sudah naik satu lagi oktaf.

Aku sudah pun menceritakan peristiwa semalam kepada Aina cuma aku skip part yang x rated tu. Gila nak cite. Malu woi!

"Haah" peralahan ku menjawab.

" Dia dah putuslah wey dengan perempuan sihir yang kau jumpa depan rumah dia tu. Dah 3 bulan dah. Tapi tulah kesian perempuan tu dipermainkan Adam. Tulah sape suruh bertunang dengan buaya. Kaya, handsome, sador tapi buaya buat apa?"

Aina menjelaskan kepadaku tentang gossip yang tertera di kaca tv dengan lebih jelas.

Hatiku sedikit berbunga apabila mendengarkan mereka sudah putus tunang namun sebab mereka putus membuat bunga yang mula tumbuh kembali layu dan terus mati.

Dasar lelaki! Huh! Tunang punya cantik siap anak kerabat raja lagi pun boleh kena tipu.

Aku yang tak berapa nak lawa, miskin, yatim piatu macam ni memang tak dipandang la jawabnya.

"Mengantukla Aina. Aku tumpang katil kau malam ni boleh? Mimpi datang balikla....." Aku membuat muka simpati kepada Aina. Aku mesti tidur dalam pelukan jika mahu mimpi itu tidak menjengah tidurku.

"Ok. Meh sini ala bucuk bucuk nak dodoikan tuan puteri bucuk tidur. Air liur basi jangan kasi tumpah tau." Seloroh Aina dengan senyuman nakal dibibir.

-----------------------------------------------------------------

Sudah seminggu berlalu sejak peristiwa aku dengan Adam terjadi. Aku semakin melupakan tentang hal itu buat sementara waktu.

Sedang aku menonton tv bersama Aina di ruang tamu.

Aku teringat kembali tentang wishlist ku.

10. First romantic sex!

Nak buat benda tu kena ada suami dulu. Nak ada suami kena kahwin dulu. Nak kahwin kena couple dulu. Nak couple kena ada boyfriend dulu. Nak ada boyfriend kena kenal lelaki dulu.

Banyak step tu. Sempat ke 6 bulan ni. Step pertama pun tak jalan lagi... Macam mana ni. Aku dah la takde pengalaman benda benda macam ni.

Kawan lelaki pun tak ramai. Kalau ada pun cikgu cikgu lelaki yang mengajar di sekolah ku. Itu pun kebanyakan yang handsome sudah berkahwin. Yang solo semua tak handsome macam.... Adam. Aduh Adam lagi? Kenape aku kena bandingkan dengan dia?

Tiba tiba panty yang ku pakai sedikit melekit.. aduh pantang teringat Adam mesti libido ku juga turut naik. Semenjak peristiwa di rumah Adam, libido makin tidak terkawal. Sering kali aku teringatkan lidahnya yang kasar menjilat.... Stop it Nadia!

Aku merapatkan peha ku dan cuba menahan gelora di dalam diri. Handphone ku capai dan mula berkira kira mahu mencari lelaki yang sesuai untuk aku bercinta. Aku cuba stalk kembali instagram kawan kawan lelaki yang belajar di universiti dahulu. Namun nama- nama mereka tidak berapa ku ingati. Aku menjeling Aina di sisi yang sedang khusyuk menonton Master Chef Australia.

'nak mintak tolong Aina ke tak ni. Kalau mintak nanti mesti kena gelak. Nak ke taknak eh?'

Aku berdehem beberapa kali dan Aina menoleh kepadaku.

"Aina, kau ingat tak nama lelaki yang crush kat aku zaman universiti dulu?"

" Sape? Yang mana satu? Ramai yang crush kat kau dulu. Cuma kau yang malas layan. Focus belajar konon. Hahaha" katanya sambil ketawa.

See... Kan dah cakap mesti kena gelak.

"Memang aku focus pun kan... Yang 2nd year tu. Yang aku ter reject dia depan lecture hall. Bukan aku nak malukan dia tapi dia yang confess dekat aku depan orang ramai." Kataku dengan riak yang sedikit bersalah.

"Ohh... Yang tu... Aiman nama dia. Dia heartbroken gila lepas tu sampai tukar universiti ke luar negara. Dia crush kat kau dari zaman asasi kot."

"Tapi tak silap aku dia dah jadi doktor sekarang. Makin handsome wey. Instafamous dia sekarang selalu share tips kesihatan. Kalau kau terima dia dulu mesti dah jadi bini doktor sekarang. Hahaha" sambung Aina lagi dengan beria rianya tu.

Orang tanya sikit je macam macam sekali dia bagitau.

"Mana profile IG dia?" Tanya aku kepada Aina sambil menyerahkan phone ku.

Aina pantas mengambilnya dan taip di ruangan 'search'.

"Kau search profile Adam? Kau stalk dia eh? Mulut cakap benci tapi diam diam stalk dia juga eh?"

Aku terdiam dan pipi ku berona merah kerana tertangkap stalk Adam. Alamak! Kantoi! Malunya... Menyesal aku tak padam history dahulu.

"Kau nak tunjuk ke tak ni kalau tak nak tunjuk bak sini phone aku balik." Xiaomi note 4A ingin ku capai pantas di tegah oleh Aina.

"Ye ye. Aku nak tunjuk. Sabar jap ye perempuan forever alone... Haaaa nah."

Aku melihat gambar di profile. Namun gagal mengelak daripada membuat perbandingan rupa dengan Adam.

Memang la dari segi rupa dia kalah mungkin peribadi dia baik. Tengok gaya pemakaian dan postingnya pun benda baik baik. Doktor mestilah kena baik kan?

Boleh cuba ni...

"Kau nak tengok profile dia nak buat apa Dya? Kau nak ngorat dia ke? Tapi bukan ke kau ni lesbian?"

Aku pantas baling satu kusyen ke muka Aina. Gila apa lesbian? Kalau lesbian takkan panty aku boleh melekit ni bila teringatkan tut... Adam yang besar gila. Rasa rasa satu genggam aku pun tak cukup. Semakin banyak cecair yang terbit di permukaan vagina ku. Haih.. kena lepaskan lagi la ni. Kalau tak memang tak selesa la aku sepanjang hari.

"Aku sajalah.. nak cari teman lelaki. Takkan nak forever alone sampai ke tua. Tu pun kalau sempat tua, buat nya mati esok? Dah mati dara macam cerita Oh My Ghost. Jadi hantu pulak. Hahhaha" ketawa ku sedikit hambar kerana perkara mati awal tu sememangnya akan berlaku. 

Aku segera meninggalkan Aina berseorangan di ruang tamu. Dan masuk ke kamar ku. Risau air mata yang berada di tubir mata gugur di depan Aina.

Perlu ke aku bagitau Aina pasal benda ni? Aku taknak tengok Aina sedih-sedih sebab dia dah selalu sangat sedih kerana disisih dengan parent dia yang terlalu mengejar harta dunia sehingga mengabaikan tugas membesarkan anak.

Aina berasal daripada golongan bangsawan. Namun memilih untuk hidup bersederhana kerana tidak mahu mengikut jejak langkah parentnya. Dan dia amat bencikan lelaki kaya. Sehinggakan teman lelaki yang sedang hangat bercinta dengannya sekarang terpaksa berpura pura bersederhana kerana tidak mahu di tolak Aina. Lelaki itu terlalu cintakan Aina sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi cinta Aina.

Itupun aku mengetahui selepas dia kantoi makan malam bersama ibu bapanya di hotel selepas terserempak dengan aku semasa aku baru lepas habis kursus di hotel yang sama. Bapanya merupakan salah seorang menteri.

Untung Aina kerana dicintai oleh seorang lelaki seperti Syazwan.

Aku juga bertekad akan berusaha dan berkorban untuk bahagia seperti Aina.

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now