Ego

6.4K 24 0
                                    

Adam P.O.V

Aku risau melihatkan Nadia yang sedikit pucat itu. Namun ego ku melarang untuk ambil peduli tentang dirinya. Kata-kata Nadia sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga ku. Perkataan 'pelacur murahan' yang diungkap Nadia seperti menghina diriku sendiri.

Ego ku memaksa aku menghina Nadia sedemikian rupa. Hakikatnya bukan itu apa yang sebenar aku rasa.

Aku tidak percaya kepada perkahwinan. Perkahwinan ialah tiket untuk sesorang melampiaskan nafsu semata-mata. Kebanyakan perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian dan anak-anak menjadi mangsa tragedi tersebut. Aku salah seorang mangsa kepada sebuah perkahwinan. Darah ku cepat mendidih jika membincangkan soal perkahwinan. Tidak semena-mena Nadia juga menjadi mangsa kemarahan ku.

Aku bertunang dulu untuk kukuhkan reputasi dan bisnes aku. Selagi melibatkan bisnes aku sanggup buat apa sahaja. Buat apa nak abdikan diri kepada seorang perempuan sedangkan beribu lagi wanita yang aku boleh dapat dengan hanya taburkan wang.

Hati aku mula risaukan Nadia, jam sudah menunjukkan ke angka 10 malam. 'lewat dah ni, selamat ke dia balik sorang?'. Niat di hati aku mahu menghantar Nadia pulang namun ego ku pantas menegah.

'aku follow belakang dia jela.'

Aku turun menaiki lif dan pergi ke tempat kereta ku di parkir.

Aku tercari-cari kelibat Nadia di ruangan parkir untuk orang luar.

Dan aku ternampak keretanya berada tidak jauh dari tempat ku berdiri.

Hujan yang mulai turun membuatkan aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Enjin ku hidupkan dan lampu ku nyalakan.

Aku melihat Nadia masuk ke kereta dan mata kami bertentang untuk beberapa detik. Debar ku dan rasa bersalahku menjadi satu. Namun aku cepat-cepat membuang rasa tersebut.

Kereta Nadia masih lagi statik dan tiada tanda-tanda untuk bergerak.

Cahaya dari belakang kereta Nadia mematikan lamunan ku.

Seorang lelaki keluar dari kereta berwarna hitam dan mengetuk cermin kereta Nadia. Aku pantas memegang pintu kereta ku untuk keluar kerana aku menyangkakan mungkin orang jahat mahu mengapa-apakan Nadia. Mata ku tidak lepas dari memandang ke arah kereta Nadia.

Namun belum sempat aku keluar, aku lihat Nadia keluar dari kereta sambil tersenyum.

' Bangsat punya lelaki! Senyuman Nadia tu aku punya! Kau tak layak nak tengok pun!' hati ku mula meberontak.

Lelaki tersebut cuba menyentuh kepala Nadia namun aku sedikit lega kerana Nadia mengelak. ' Pandai pulak nak elak. Dengan aku elok je dengar cakap'

Darah ku kini mendidih. 'Berani nak sentuh Nadia aku!'

Aku merasakan mahu bukak gelanggang UFC kat situ jugak. Nak kena budak hingusan ni.

Namun apabila memikirkan kebarangkalian lelaki itu mungkin boyfriend Nadia, aku mematikan hasrat ku.

' Tak boleh. Aku tak boleh bertindak melulu. Nanti Nadia lagi benci dengan aku. Tapi aku juga yang bagi dia benci aku?'

Aku berasa keliru dengan diri sendiri.

'kenapa dengan aku ni?' aku menumbuk stereng keretaku dengan kuat selepas melihat Nadia masuk ke dalam kereta lelaki tersebut.

'Kalau dah ada boyfriend kenapa mintak nak kahwin dengan aku? Perempuan dengan curang memang tak boleh dipisahkan. Damn!'

Aku memecut kereta ku laju selepas melihat wanita milikku di bawa pergi oleh lelaki lain.

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now