Week 3 (Part.3)

1.8K 18 3
                                    


Adam P.O.V

Aku berjalan perlahan-lahan menuju balik ke villa sambil menggendong Nadia di belakangku. Suasana malam yang gelap-gelita menyukarkan langkahku yang hanya bertemankan torchlight dari telefon pintarku yang di pegang oleh Nadia. Aku dan Nadia diam seribu bahasa hanya ditemani bunyi-bunyian dari cengkerik hutan.

'Patut ke aku tanya sekarang macam mana dia boleh sampai ke hutan ni? Tak takut kah dia? Masih marahkah lagi dia dengan aku? Kaki dia sakit sangat ke? Dia lapar ke tak?' Tak pernah seumur hidup aku, aku segugup ini hanya kerana ingin bertanyakan satu soalan. Sedang aku memikir-mikirkan soalan apa yang perlu ditanya. Hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Nadia menanggalkan blazer yang dia pakai dan telah memayung kami berdua dengan blazer tersebut.  

"Saya minta maaf sebab menyusahkan awak" Akhirnya Nadia memecahkan kesunyian di antara kami. Lengannya yang tadi melingkari leherku direnggangkan. Dia merapatkan dagunya ke atas bahuku sambil mengangkat kedua belah tangannya memegang blazerku. Terdengar tangisan perlahannya di belakangku. 

"Hey.. Tak.." tiba-tiba sahaja lampu dari torchlight telefon pintarku terpadam. Aku mengambil telefon pintar berjenama Iphone 14 berwarna hitam di tangan Nadia. 'Lah... Habis bateri pulak.' Selepas itu, ku berjalan laju menuju ke arah sepohon pokok rambutan berdekatan. 

Sampai sahaja di bawah pokok. Aku meletakkan Nadia perlahan-lahan di atas tanah supaya pergelangan kakinya tidak terasa sakit. Beg galas yang aku galas di hadapan tubuhku, aku letakkan di atas tanah. Aku duduk di sebelah Nadia dan mengangkat Nadia perlahan-lahan supaya duduk di atas riba ku. Anak kucing di dalam beg galas aku keluarkan dan letakkan di atas riba Nadia. Tubuh Nadia ku rangkul. 

"Shhhh... Shhh.. Don't cry please.. Nadia tak menyusahkan aku pun.." Aku meletakkan  daguku di atas kepala Nadia sambil menggosok lembut belakang tubuhnya. 

"Jangan takut.. aku ada kat sini.. Don't cry.. please.." Tangisan Nadia semakin kuat. Dia memeluk tubuh ku dengan erat. Mukanya disembamkan ke atas dadaku yang berbalut kemeja putih. Rambut dan belakang Nadia aku usap perlahan-lahan. 

"Tengok kau selamat sudah cukup buat aku lega. Cukup buat semua penat aku hilang. I'll definitely will find you wherever you go" Aku berbisik perlahan di cuping telinganya. Tangisan Nadia mula mengendur. Hanya kedengaran sedu sedan perlahan-lahan. Dia merenggangkan pelukannya di tubuhku. Dagunya aku angkat dengan hujung jariku. Aku memandang ke dalam matanya yang coklat gelap dan menyeka perlahan-lahan air mata di  tubir matanya dengan hujung jari ku. 

"Look.. How happy I am right now. Don't be sad. Aku tak rasa susah pun." Aku cuba tersenyum ke arahnya sambil mencuit lembut hidung sederhana mancungnya. Nadia mengangguk lemah dan melentokkan kepalanya di bahuku. Duduknya di atas ribaku aku betulkan supaya lebih selesa. Tak pernah dalam hidupku selain arwah Jasmine aku melayan seperti ini. Namun saat ini terbit rasa yang sudah lama aku tidak merasainya selepas kehilangan Jasmine. Walaupun saat ini aku berada dalam keadaan serba kekurangan namun aku tidak dapat menipu rasa hatiku. Rasa bahagia... Yes i got billion dollars but that doesn't make me happy at all. Nadia.. Hanya Nadia yang mampu. Aku mengucup lembut dahi Nadia yang sudah terlena di bahuku. 

'Tak jauh mana dah ni nak balik villa. Tapi gelap sangat ni. Tak nampak apa. Nasib baik hujan dah mula reda.' Aku menyelimut Nadia dan anak kucing di ribanya dengan blazerku. Bahu dan kepala ku dibasahi air hujan namun tak ku peduli. Lumpur di kasut yang aku pakai aku perhatikan. Tak pernah seumur hidup aku, aku sekotor ini dengan berpakaian pejabat. Kebiasaannya kalau tumpah air sedikit sahaja pun satu suit aku akan tukar. 

Jam menunjukkan hampir 4 pagi. Aku melihat dari kejauhan cahaya lampu sambil ada suara memanggil-manggil nama ku. Pak Mail dan Zarul tiba di hadapan ku dengan riak muka risau. 

6 Bulan Mencari Cinta (Complete)Where stories live. Discover now