Nadia P.O.V
Aku merenung wajah Adam yang sedang nyenyak tidur. Saiz katil ku yang kecil menyebabkan aku terpaksa baring di atas dada bidang milik Adam. Adegan hangat malam semalam bersama Adam kembali menerpa kotak imaginasi ku. Aku jadi malu sendiri mengenangkan betapa beraninya aku confess perasaanku tanpa sedar kerana terlalu rindukan Adam. Deruan nafas Adam menampar lembut dahi ku. Dadanya naik turun. Aku merapatkan telingaku ke dada Adam untuk mendengar degupan jantung Adam. Bunyi degupan jantung Adam pun kedengaran indah di telingaku. 'Inikah yang dinamakan cinta? Segalanya terasa indah dan sempurna meskipun hal-hal kecil seperti pandangan mata, pegangan tangan, deruan nafas, degupan jantung. Semuanya terasa indah dan membuatkan hati dibuai bahagia.' Sedang aku asyik mendengar detak jantung Adam tiba-tiba sepasang lengan melingkari tubuhku yang hanya memakai kemeja Adam. Adam pula tidak berbaju. Aku mengangkat wajahku melihat Adam yang sedang tersenyum kepadaku dengan mata yang separa terbuka.
"Good morning sayang." Ucap Adam dengan suara serak pagi yang kedengaran menggoda di telingaku sambil mengucup dahiku. Aku pantas menundukkan wajahku. 'Sayang?? Malunya!' Aku pantas menyorokkan senyuman mengadaku. 'Gediklah kau Nadia. Ahh... biarlah.. husband aku!'
"Good morning" Ucapku perlahan sambil tanganku menutup bibirku sedang mengukir senyuman.. 'Sukanya!'
"Malasnyalah nak balik KL. Tak puas lagi nak bermanja dengan sayang..." Kedengaran suara Adam merengek sambil pelukan di tubuhku semakin erat. 'What?? Adam merengek tak puas bermanja?? Sabar Nadia sabar.. Jangan excited sangat!' Aku menyembamkan mukaku di dada Adam kerana sudah tidak dapat tahan senyuman melebar yang terukir di bibirku.
Aku mengangkat wajahku memandang ke arah Adam setelah aku yakin mukaku sudah tidak berona merah.
"Stay satu hari lagi kat sini please.... Nadia pun tak puas!" Aku pantas mengucup pipi Adam yang beriak terkejut melihat senyuman menggoda yang terukir di bibirku. 'Sebelum ni mana aku berani nak mengada-ngada macam ni. Kasi lah can!' Comelnya muka dia terkejut.
"Sayang jangan macam-macam.. Karang ada yang sampai tak boleh berjalan karang." Adam berkata sambil tersenyum mengusik kepadaku.
"Tak boleh... Aku kena balik KL. I have to sort out something big. Already 2 weeks delayed. I don't know what to do." Adam berkata sambil meletakkan dagunya di atas kepalaku. Sesekali dia mencium rambutku. Aku hanya mendiamkan diri sambil menikmati belaian lembut Adam.
"I'm gonna miss you for sure. A lot." Bibirku mengukir senyuman.. Hatiku berbunga bahagia. 'I'm gonna miss you too..' Ucapku di dalam hati. Konon-konon tiba-tiba malu. Hahaha.
"Apa yang kau akan buat kalau tiba-tiba Aina, your bestfriend betrayed you?" Adam tiba-tiba menyoalku. Senyuman di bibirku terus mati. 'Adam tahu ke yang Aina tipu aku? Honestly aku pun tak tahu apa yang aku perlu buat. Aku pun belum tahu lagi sama ada betulkah Aina menipu aku atau ada orang lain yang menipu Aina? Entah-entah something big tu pasal Aina? Janganlah Adam apa-apakan Aina....' Aku diam sejenak sebelum menjawab pertanyaan Adam. Adam masih lagi menatap wajahku tanpa lepas menunggu jawapan dari mulutku.
"Everything has its price. Sama ada benda baik atau buruk, kedua-duanya ada balasannya. Depends atas betapa besar kesalahan yang dia buat. Dan depends atas sebab kenapa dia buat juga. Kalau perlu dibayar dengan nilai persahabatan, I'll pay with it." Aku berkata tanpa sedar air mataku mengalir di pipi. 'Aina hanyalah satu-satunya sahabat yang aku ada di dunia ini. Sayangku kepada Aina melebihi daripada aku menyayangi diriku sendiri. Bersediakah aku untuk korbankan persahabatan yang telah lama kami bina? Aku mengenali Aina sejak semester pertama di universiti. Kalau betul Aina menipu aku, aku perlu tahu sebabnya apa dahulu sebelum membuat keputusan.'
"Stop crying sayang... I didn't mean to make you crying. Aku tanya je. Because lately i've been through in that situation. Takde kena mengena dengan Aina pun." Adam berkata lembut sambil mengeratkan pelukan. Air mata ku diseka menggunakan hujung jarinya. Hatiku berasa lega kerana bukan Aina yang Adam maksudkan.
"If you keep crying like this, macam mana aku nak balik KL ni? You have to be strong sayang.. Don't be sad please... Always remember i'll always be here..." Adam menunjukkan ke arah dadaku.
"Keep me in your heart. Kalau kau sedih, close your eyes and think about me." Adam berkata dengan nada suara yang perlahan cuba memujukku. Aku hanya mendiamkan diri menghayati kata-kata Adam untuk aku simpan kemas di dalam hatiku.
"You can cry but that place always will be on my shoulder. Call aku kalau kau sedih. I'll always be there for you. No matter what happened, I'll always by your side." Adam mengeluarkan sesuatu dari bungkusan di atas meja bersebelahan katilku. Kotak telefon pintar Iphone 14 Pro di letakkan di atas telapak tanganku.
"Use this. Video call me before sleep dan after wake up. Everyday." Adam memberitahuku sambil tersenyum manis. "I wanna start my day looking at your beautiful morning face. EVERYDAY!" Adam menyambung kata sambil kembali memelukku. "Me too.." Aku membalas dengan nada suara yang perlahan menahan tangis.
'Everyday? Sedangkan hayatku hanya berbaki kurang dari dua bulan.'
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta (Complete)
RomanceWarning!!! This series contains hot scenes. Read at your own risk! Mengisahkan seorang wanita yang bernama Nadia yang menghidap kanser berusaha untuk jatuh cinta sebelum dia dijemput menghadap ilahi. Tanpa pengalaman cinta yang dia ada, dia terdesa...