Extra Part LKS 1

10.1K 252 12
                                    

"manaaaaaa......"

"Kenapa bagi diorang masuk sini! Kan dah bagi tahu jangan bagi diorang masuk!"

Tan Sri Muhyiddin Al Barq berlari laju menggunakan kaki tuanya yang mungkin esok lusa sudah lunyai.

Cucu menantunya memang gila!.

"Sana tuan! Dalam bilik tuan!" Beritahu setiausaha Sarah yang juga seakan panik, tubuh itu menggigil hebat sambil menunjukkan arahnya.

"Bilik aku? Habislahhh......."

Tak!

Tak!

Tak!

Tongkat ditangan diketuk di atas lantai seiring dengan gerak kakinya. Wajah yang merah jangan ditanya, mungkin darah tingginya sudah berada diparas yang bahaya.

Brak!

"Syakirin! Sufian!!!!!!!!" Jerit Tan Sri Muhyiddin Al Barq yang baru sahaja masuk.

Karl Syakirin dan Hakeem Sufian yang sedang beradu tenaga memalingkan wajah mereka serentak melihat kosong ke arah atok mentua mereka.

Lama.

"Arhhh...." Tak hiraukan mereka kembali beradu tenaga, semua jurus naruto sehingga buruto di keluarkan.

Bukh!

Bukh!

Bukh!"

"Korang ingat ni tempat bergusti ke haa? Dekat rumah bergusti, dekat dewan makan bergusti, dekat dalam jamban bergaduh! Korang tak penat ke haaa!!"

"Oiiiiiiiii....." Rasa diabaikan lelaki tua tua itu maju untuk meleraikan adu tenaga itu.

"Sudah!" Tubuh itu cuba berada di antara-antara dua orang itu.

Dush!

"Aduiiii!!!"

Dush!

"Arhhhh....."

"Tuan!!" Hanz Lento cuba menarik keluar Tuannya yang cuba merangkak untuk keluar dari pergaduhan itu.

"Kau memang tak guna! Kenapa kau yang perlu jadi biras aku? Haa... Apa tak ada orang lain ke? Haaa?" Karl Syakirin bersuara di sela-sela tumbukan yang menerjah.

"Dah jodoh aku dengan adik ipar kau! Yang kau sakit hati sangat apahal? Kau ada masalah hati ehhh?"

Bukh!

"Kau tak patut masuk dalam keluarga ni! Kau ni bala tahu tak!!"

"Kau siapa nak atur aku! Ingat! Kat kem pun kau balaci aku je! Leftenan lembik!"

"Ooooo...kau kutuk aku? Kau kutuk aku? Haaa..."

"Tak lah! Aku kutuk beruk yang menyerupai kau!"

"Kau!"

Bukh!

Bukh!

Bukh!

"Sudah!!! Aku kata sudah! Nak gaduh pergi tempat lain! Ni pejabat aku! Hanz! Kau tarik diorang ni keluar! Tarik!" Tempelak Tan Sri Muhyiddin yang cuba mencari sesuatu untuk meleraikan kekusutan tadi.

Tiba-tiba....

"Pasu aku!!!!" Tan Sri Muhyiddin mendekati pecahan vas bunga yang sangat antik berwarna putih biru.

"Setengah juta aku beli pasu ni! Kau tengok Hanz! Kau tengok! Diorang pecahkan pasu aku!!!" Raung Tan Sri Muhyiddin meratapi.

"Tuan, sabar tuan!!" Hanz Lento mengusap sabar tangannya pada belakang lelaki tua itu.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now