"Aku terima nikahnya Emerlyn Rayhana binti Mohd Razif dengan mas kahwinnya seperangkat alat solat dan wang tunai RM10000 dibayar tunai."lafaz Aeden.
"Sah para saksi?"soal imam kepada saksi termasuk wali pengantin perempuan.
"Sah tok."
"Sah!"
"Dah confirm sah ni tok."
"Alhamdulillah..."
Orang ramai menadahkan tangan untuk bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang di ketuai oleh tok kadi yang di undang. Dada Emerlyn berdetak kencang tika tiba saat uparaca batalkan wuduk.
"Assalammualaikum neonata."ucap Aeden perlahan sambil menyarungkan cincin di jari manis Emerlyn.
"Wa...waalaikummussalam ab...abang."jawab Emerlyn terketar-ketar dan menyarungkan cincin di jari manis Aeden pula. Si suami kemudiannya di salam.
"Amboi pengantin, main bisik-bisik pula!"laung salah seorang yang turut berada disitu mengundang tawa tetamu seisi dewan.
Wajah pucat Emerlyn kini bertukar kemerah-merahan. Aeden menyembunyikan senyuman bahagia. Ya dia bahagia kini memiliki Emerlyn seutuhnya!
Emerlyn memandang cincin di jari. Sekali lafaz saja kini dia bergelar Mrs Xander! Bagaikan mimpi yang terasa nyata dirasakan saat ini.
"Ikut aku! Cepat!"tegas Aeden selepas menyedari musuh berada disekitar restoran itu. Emerlyn hanya menurut.
"Siapa awak ni sebenarnya?! Kenapa diorang ikut kita?!"soal Emerlyn kebingungan. Namun Aeden tidak menghiraukan pertanyaan Emerlyn sebaliknya memecut laju Audi R8 nya membelah jalan raya.
"Bukan kita,tapi kau! Elizabeth nak bunuh kau! Sebab tu aku balik Malaysia semula. Dia dah tahu siapa yang aku lindungi selama ni."jawab Aeden setelah melihat keadaan kembali normal dan tiada kenderaan mencurigakan yang mengekori mereka.
"Mama?"terlucut panggilan itu dari bibir mungil Emerlyn. Aeden memberhentikan keretanya di pinggir lebuh raya yang gelap itu. Dia memandang Emerlyn seakan tidak percaya. Bila Emerlyn tahu pasal ibu susuannya?
"Kau dah tahu?"soal Aeden. Emerlyn sekadar mengangguk kecil. Dia masih tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya. Memang tadi dia nampak tattoo bunga ros di lengan lelaki yang mengejar mereka tetapi dia tidak sangka pula seperti ini.
"Awak tipu! Mana mungkin mama sanggup bunuh saya?!"jerkah Emerlyn seperti dirasuk jembalang. Tak mungkin ada ibu yang sanggup membunuh anak mereka. Walaupun sekadar anak susuan.
"Thurday,12 July,5:30 p.m! The day u almost get a car crash from a lambo on Catty Street." Emerlyn tersentak dengan tutur bicara Aeden. Macam mana dia tahu?
"Aku yang selama ni jaga kau dekat Italy Emerlyn. Elizabeth bukan ibu kandung atau ibu susuan kau! Percaya cakap aku! Dia palsukan DNA kau haritu untuk buat kau percayakan dia yang dia ibu susuan kau. The fact is she just want to ruin you. Dia nak kan sesuatu dari kau. Aku belum pasti lagi apa yang dia mahukan. Tapi aku pasti benda tu adalah sesuatu yang berharga bagi dia. Masa yang kau ingat aku tidur dengan kau, itu adalah rancangan mak tiri aku dan Elizabeth. Diorang nak aku dan Eriq bergaduh dan berpecah. Semua orang tahu aku dan Eriq macam cahaya dan bayang bayang. Gabungan kami berdua dapat tumpaskan segalanya. Elizabeth tahu dia tak mampu untuk tumpaskan aku jadi dia sasarkan kau."panjang lebar Aeden memberi penerangan.
Emerlyn terdiam. Jadi selama ni semua yang dilakukan Elizabeth ke atas dirinya hanyalah satu lakonan? Air matanya tidak dapat dibendung lagi. 3 tahun dia di Milan, wanita itulah yang melayan dirinya dengan baik selayaknya seorang ibu. Tapi...
"Marry me? And i promise no one can touch you."lamar Aeden sambil menatap wajah Emerlyn yang masih memandang depan dengan air mata yang mengalir di pipi. Pasti Emerlyn menerima kejutan yang besar dalam hidupnya. Berkali-kali orang terdekat yang dipercayainya mengkhianatinya. Bermula dari Izkandar sampai lah Elizabeth.
Emerlyn memandang wajah Aeden yang baru sahaja melamarnya. Dicari keikhlasan dalam mata berwarna violet milik Aeden. Tanpa sedar Emerlyn menganggukkan kepala yang mengundang senyuman nipis dibibir Aeden.
Emerlyn tidak tahu sama ada terima lamaran Aeden dan mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka itu sesuatu keputusan yang bijak atau bodoh. Otaknya seakan terhenti untuk berfikir. Kejutan yang diterima hari ini benar benar menggoyahkan kepercayaannya terhadap semua orang.
"Awal kau masuk bilik. Tak sabar nak jalankan tanggungjawab kau kat aku ke?"usik Aeden yang sedari tadi melihat Emerlyn yang seakan menenung cincin di jari sambil duduk di birai katil.
Emerlyn tersentak. Dia memandang wajah Aeden yang masih tampan berbaju melayu putih bersih. Jantungnya mula berconsert di dalam dadanya.
"Perasan lah awak ni."balas Emerlyn lalu bangun ingin membersihkan diri. Namun tangannya pantas diraih oleh Aeden dan ditarik sehingga Emerlyn terduduk di atas pehanya.
Emerlyn terjerit kecil. Terkejut dengan tindakkan drastik Aeden. Mahu bangun tetapi pinggangnya sudah dikunci kemas oleh Aeden. Emerlyn mula cuak.Aduhh apa nak buat ni?! Takkan lah awal ni?
"Cantiknya isteri aku kalau pakai tudung."puji Aeden dan melentokkan manja kepalanya di dada Emerlyn. Terkejut Emerlyn buat sekian kalinya. Sesungguhnya seorang Aeden Rizky penuh dengan kejutan!
"Awak nak apa ni?! Saya nak mandi lah! Dah tak selesa tahu tak?"Emerlyn kekok diperlakukan seperti itu dan mula mencari cara untuk lepas dari tawanan Aeden.
Aeden mendengus kasar. Veil dan tudung Emerlyn dibuka dengan lancar. Emerlyn sudah tidak bisa berkata apa-apa kerana takut dimarah Aeden kerana renungan Aeden yang tajam menusuk matanya ketika dia ingin membantah tindakkan Aeden.
Emerlyn kemudiannya di tarik kepembaringan dan dipeluk erat oleh Aeden. Sehinggakan tiada ruang diantara mereka.
"Awak saya nak mandilah!" Emerlyn mendongakkan kepalanya melihat wajah Aeden yang sedang memejamkan mata.
"Five minute. Diam sekejap je. Aku penat." Emerlyn berasa kasihan dan membiarkan saja mereka seperti itu sehinggakan dia juga turut terlelap dalam dakapan hanya Aeden.
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...