Chapter 40

702 20 1
                                    

      "Morning abang..." Pagi itu, Aeden bangun disapa suara lunak isterinya selepas seminggu kepergian Emerlyn ke Milan untuk menguruskan beberapa hal.

     Aeden tersenyum bahagia. Umbun-umbun sang isteri di kucup lembut. Kepala Emerlyn yang berada di atas dada bidangnya itu dielus lembut.

    "Morning too neonata."balas Aeden dengan suara huskynya.

    "Macam mana agaknya masa mula-mula abang jatuh cinta dengan Lyn eh?"soal Emerlyn tiba-tiba. Dagu ditongkat di dada bidang suaminya itu.

    "Sayang nak tahu ke?"soal Aeden dengan senyuman nipis di bibir. Kelihatan Emerlyn memikir sejenak sebelum menjatuhkan kepala tanda mahu.

     "Abang dah jatuh suka dengan sayang abang ni sejak kita pertama kali jumpa waktu majlis pertunagan Aisyah. Sayang ingat lagi tak?"soal Aeden dihujung bicara. Emerlyn pantas menganggukkan kepalanya.

     "Tapi masa tu Lyn baru tingkatan 4. Abang..."

     "Yup! Abang waktu tu umur 20 tahun. Abang tertanya-tanya, anak siapalah comel sangat ni sedap duduk makan cupcake sorang-sorang."kata Aeden mencuit hujung hidung Emerlyn. Gadis itu tertawa kecil seraya tersengih menampakkan sebaris gigi putihnya yang cantik tersusun.

     "Cupcake tu sedap lah abang. Sedap sangat! Tapi tujuan Lyn duduk dekat taman tu sorang-sorang sambil makan cupcake tu sebenarnya sebab taknak bersua muka dengan Kak Farah."jujur Emerlyn.

     "Abang tahu. Abang nampak cara pandangan Fahim dekat sayang malam tu dan abang pun cemburu sangat. Jadi tak salah kalau Farah pun takut kekasih dia tu berpaling hati lepas tengok bidadari abang ni." Kini pipi Emerlyn pula yang menjadi sasaran. Merona pipi Emerlyn kerana dipuji oleh suaminya.

    Aeden tertawa kecil melihat wajah malu-malu isterinya. Walaupun mereka telah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun, Emerlyn dan sifat malu-malunya tidak dapat dipisahkan. Dan dia sangat bahagia selepas Emerlyn mengatakan bahawa dia ingin memakai tudung selepas melahirkan Rayyan dan Rayzan 3 tahun lepas.

    "Abang...kenapa abang selalu panggil Lyn neonata?"soal Emerlyn lagi.

     "Neonata tu maksudnya my babygirl...and you!...are my babygirl." Emerlyn tersenyum bangga mendengar jawapan daripada suaminya. Yes I am! I'm His Babygirl!


      "Iyan...Iyzan...esok dah masuk bulan puasa. Jadi, esok mummy nak both of you to try fasting. Tak sampai magrib macam mummy dengan daddy pun tak apa. Atlest lepas pukul 12 tengah hari. Can you?" Emerlyn melabuhkan punggung diantara Rayyan dan Rayzan.

     Si kecil berpandangan sesama sendiri. Kemaren Aeden telah menjelaskan pada mereka maksud berpuasa. Rayyan dan Rayzan kanak-kanak yang bijak dan mudah faham apa yang disampaikan kepada mereka.

    "Can!"jawab mereka serentak. Emerlyn tersenyum suka. Gembira walaupun dia tidak pasti sama ada kata-kata anak-anaknya itu boleh pakai atau tak.

     "Anak-anak daddy buat apa tu?"terjengul kepala Aeden bersama rambut yang basah.

    "Daddy!"jerit Rayyan dan Rayzan serentak kegirangan.

    "Bila abang balik?" Tangan kanan Aeden diraih dan dikucup kekura tangan lelaki itu. Aeden pula mencium dahi Emerlyn.

"Lama dah sayang. Sempat mandi dah ha."jawab Aeden sambil tangannya bergerak menyelitkan rambut Emerlyn ke belakang telinga.

     Rayyan dan Rayzan sudah lali dengan tingkah kalu romantis ibu bapa mereka yang tak semegah tu. Kanak-kanak itu terus meleraikan ibu bapanya kerana melihat orang tua mereka itu menenung antara satu sama lain.

     "Iyan...Iyzan apa tolak-tolak ni hm?"soal Aeden lembut. Kepala anak-anaknya diusap lembut.

"Mate ite kene ina mate. (Mata kita kena zina mata)"balas Rayzan disambut dengan anggukkan dari Rayyan yang sedang berpeluk tubuh.

Aeden menggaru belakang kepala yang tak gatal dengan bicara anaknya itu. Pasti Zackry yang mengajar yang tah bukan-bukan dekat anaknya itu.

"Daddy."panggil Rayyan. Aeden melutut di hadapan anak-anaknya bagi menyamai paras ketinggian anak-anaknya itu.

"Yes Arsyad Rayyan?"balas Aeden lembut. Jarang-jarang anak sulungnya itu bersuara.

"Aritu nenny ate nanti ite ada baby. Ane baby ne? (Haritu nenny kata nanti kita ada baby. Mana babynya?)" Tersedak Emerlyn dengan soalan cepumas daripada Rayyan. Aeden tertawa nipis melihat pipi merah Emerlyn yang malu-malu.

"Daddy nan mummy dah uwat baby ke? (Daddy dengan mummy dah buat baby ke?)"soal Rayzan pula. Emerlyn menggigit bibir. Kaki diangkat melangkah keluar dari bilik anak-anaknya itu dengan alasan mahu menyediakan makan malam mereka.

"Iyan dengan Iyzan nak adik ke?"pancing Aeden.

"Nak!"jawab kembar tak seiras itu serentak. Aeden menggaru hujung keningnya. Hah sudah! Umpan tak kena, ikan datang menyerah diri! Macam lain bunyi peribahasa ni. Ah bedal lah.

"Err...pergi minta dekat mummy."arah Aeden ingin melarikan diri dari menjawab soalan-soalan yang bakal lahir dari bibir anak-anaknya. Berlari kanak-kanak itu mendapati ibu mereka.

"Aeden Raizky!!!" Aeden tertawa besar di kamar itu mendengar suara petir Emerlyn yang melaung namanya dari tingkat bawah.

"Yes my babygirl!"laung Aeden kembali dengan tawa yang masih tersisa.

May Allah stick this happiness in my family forever~

TBC

¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn RayhanaWhere stories live. Discover now