Sinaran matahari yang terbias ke wajahnya dari celah langsir menganggu lenanya. Satu tangan sasa yang melingkar di pinggangnya di pandang sekilas. Semalaman mereka bergitu? Wajah Emerlyn merona merah.
"Morning neonata."suara serak garau Aeden menyapa gegendang telinganya. Ingin sekali menatap wajah dari suara yang menangihkan itu. Namun keberaniannya tidak melebihi rasa malunya ketika ini.
"Ba...bangunlah.Saya nak bangun ni."pelan dia meminta Aeden agar mengalihkan posisi tubuh yang sedikit menindihnya.
"You smell good."ujar Aeden tanpa menghiraukan kata-kata Emerlyn. Dia sengaja mendekatkan batang hidungnya dengan leher Emerlyn.
"Awaakk... bangunlah! Dari semalam tau kita ni tak mandi. Dengan baju ni lagi,saya rimaslah."tegah Emerlyn memberhentikan Aeden.
"So? Kau ajak aku mandi sama ke ni?" Mendengar kata-kata Aeden, Emerlyn sedar dari tutur bicaranya sebentar mempunyai 'double meaning'. Lantas dia menolak kasar tubuh Aeden kemudian bangun.
"Pervert!" Memanglah dia yang cakap tapi bukan bende lain yang dimaksudkan melainkan dia ingin mandi kerana sudah merasa tidak selesa. Payah lah kahwin dengan orang tua ni. Miang!
"Rasa rasakan...anak kita ada berapa eh nanti? Kalau aku lah kan,aku nak satu tim futsal. Kalau lagi ramai lagi bagus. Aku mampu je." Aeden semakin galak mengusik isterinya yang sudah malu malu. Emerlyn memutar mata 360 darjah. Ingat aku ni kilang buat anak ke? Banyak cantik tim futsal. Bagi dia beranak nanti baru tahu langit ni tinggi ke rendah!
Emerlyn segera mencapai tuala dan bathrobe lalu masuk ke kamar mandi. Malas melayan perangai suaminya yang terlebih miang dipagi hari ni. Aduhai pagi pagi lagi suami kita dah bagi senaman jantung. Kalau hari hari macam ni jantung kita sihat tapi kita yang tak berapa nak sihat. Eh suami aku,bukan kita. Ahaks!
Aeden menarik senyum nipis melihat Emerlyn yang terkedek-kedek berlari masuk ke dalam bilik air. Comel! Nasib baik iman aku kuat!
Telefon di sisi katil di capai. Satu pesanan dari Karl dibuka.
Aku tak dapat kesan ketua diorang. Anjing anjing ni setia dengan boss diorang. Yang pasti diorang bukan budak budak Elizabeth. Tatto yang diorang pakai tu tatto palsu. Sengaja untuk kaburi mata dan meracun fikiran musuh. Tapi kereta ranger hitam yang ikut korang semalam memang anak buat Elizabeth. -KARL
Hantar sorang yang masih hidup sebagai amaran. Bawa sekali hadiah. Tanya apa yang ketua diorang nak sebenarnya.
-AEDENUsai membalas pesanan, telefon kembali diletakkan di tempat asal.
"You play in the wrong area."
"Amboi pengantin baru, macam baru sedar dari mimpi indah aje. Mama ketuk pintu ajak bersalam dengan Tokmi malam tadi pun tak layan."usik Datin Elena.
"Morning mummy daddy. Maaflah semalam kami dah tertido. Penat sangat."ujar Emerlyn malu-malu tatkala semua mata kini tertumpu pada dia dan suaminya.
"Lahh...belum unboxing ke?"soal Emir. Sengaja mengusik Aeden dan Emerlyn.
Tersembur kopi yang dihirup tadi. Dato' Razif menjeling anak terunanya. Anak diakah ni? Mulut tak bertapis langsung. Ada ke patut cakap macam tu?
"Tak payah layan si Emir ni Aeden. Ni daddy ada hadiah untuk korang."ujar Dato' Razif sambil menghulur satu sampul berwarna coklat.
Aeden menyambut huluran tersebut. Isi di dalam sampul itu di keluarkan satu per satu. Dia kemudian memandang Emerlyn di sebelah.
"Err...thank you daddy. Cuma rasanya buat masa ni Aeden rancang nak pergi honeymoon lepas siap kerja yang tertangguh kat pejabat dulu. Rasanya Rabu minggu depan settle lah kot." Aeden mengusap tengkuknya. Telinganya jelas merah. Malu! Dua tiket ke bali bersama kad kunci hotel.
"Ikut suka Aeden lah. Tapi daddy nak pesan ni. Kerja kerja juga, sekarang Aeden dah ada isteri. Tanggungjawab Aeden pada Emerlyn lebih besar. Kalau nak ikutkan sangat kerja tu, sampai ke sudah tak habis."pesan Dato' Razif.
"Anytime je nak pergi boleh. Tu hotel daddy yang aku handle. By the way, kau pergi nanti pun naik jet family aku je lah. ..more privacy!"kata Emir. Sengaja hujung ayat di buat-buat seakan berbisik. Padahal satu meja dengar apa yang dia cakap.
Tersedak Emerlyn dengan tutur bicara Emir. Emir pula sudah tersenyum senyum sambil mengangkat sebelah kening. Heh kau ingat kau dah menang? Kau tunggu...ada ubi ada batas. Ada hari kau makan ubi, ada hari aku balas!
Emerlyn menjeling Emir. Tak apa angah. Sekarang waktu aku. Waktu kau nanti aku dengan Aeden akan kerjakan kau cukup-cukup sampai malu kau nak keluar bilik. Kau tunggu! You wait and see!
Eriq yang melihat wajah merona adik bongsu nya terus meluku kepala Emir. Berkerut dahi si Emir sambil mengaduh kesakitan. Datin Elena sekadar menggelengkan kepalanya.
"Jangan di kacau princess aku. Kau tu dah lah tak laku!"ujar Eriq. Emerlyn sudah tersenyum bangga sambil menjelirkan lidah ke arah Emir. Padan muka!
"Ehh. Amboi amboi amboi, amboi amboi amboi. Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi. Mulut tak ada insurans betul kau ni kan. Little girl tak ada cakap apa apa yang kau sebok apahal?! Cakap lebih, diri sendiri yang tak laku sampai adik bongsu kahwin dulu. Ada hati nak kutuk kita. Cihh, pigi dah!"balas Emir sekali pakej lagu amboi amboi.
"Aku bukan tak laku. Selera aku tinggi bukan macam kau. Makcik kantin pun kau ngorat!" Eriq tidak mahu kalah. Emir sudah acah acah melipat lengan walhal dia pakai baju tshirt saja. Eriq pula mendabik dada dengan mulut mengucapkan 'Apa apa?' tanpa suara.
"Sudah sudah. Depan rezeki ni tak baik bergaduh."kata Datin Elena.
"Kalau nak gaduh nanti daddy sewakan ring boxing."kata Dato' Razif pula sambil mengeyit sebelah mata dengan tawa nipis.
"Daddy! Apa you ni?!"marah Datin Elena manja.
"Gurau lah darling. I sayang anak anak tiga suku I ni."balas Dato' Razif. Sempat lagi mengutuk Eriq dan Emir tiga suku.
"Ni semua salah kau!"tunding Emir ke arah Aeden. Aeden yang dari tadi sekadar diam melirik sekilas ke arah Emir kemudian sambung menyuap makanan dalam mulut. Malas layan orang gila. Takut nanti sakit jiwa.
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...