"Terima kasih Dato' Hisyam. Senang bekerja dengan anda." Emerlyn melemparkan senyuman manis.
Dato' Hisyam tak lepas memandang raut wajah Emerlyn yang hanya dihiasi lipgloss di bibir. Lebih tepat memandang bibir merah milik Emerlyn. Dari tadi pun matanya ralit mencuri-curi pandang dada Emerlyn meskipun Emerlyn hanya mengenakan kemeja biru dan skirt paras lutut.
Dato' Hisyam mengambil tempat di sebelah Emerlyn. Tangan Emerlyn ditarik agar ikut duduk di atas sofa itu.
"Duduk lah dulu sayang. Kerja tu tak kemana pun."ujar Dato' Hisyam miang.
"Apa ni Dato'? Lepas lah!"tegas Emerlyn bersuara dengan nada yang tertahan. Tangan yang tadi di genggam Dato' Hisyam segera ditarik semula dan dia bangun beralih ke tempat duduk yang lain.
"You ni jual mahal sangat lah Lyn. Chill lah."kata Dato' Hisyam.
"I tak jual. I memang mahal. Tak layak untuk orang-orang macam you ni. Lepas lah Dato'! I ni isteri orang. Tak manis orang tengok kita macam ni." Hilang sudah kesabaran Emerlyn untuk berlembut dengan lelaki itu.
Dato' Hisyam masih berumur dalam lingkungan 20an. Gelaran Dato' diberi atas dasar kekayaannya yang terkemuka seperti keluarga Aeden yang hartanya 7 keturunan tak habis makan.
"Excuse me."pamit Emerlyn. Namun,sekali lagi tangannya dia tarik oleh Dato' Hisyam.
"Apa yang you susah nak faham bahasa ni Hisyam! Lepaslah!"bengang Emerlyn dengan perangai miang Dato' Hisyam ni. Rasa macam nak bagi sebijik kat situ juga!
"Sorry sorry. I cuma nak ingat kan you untuk datang next meeting. I minta maaf sebab dah lancang sentuh isteri orang."mohon Dato' Hisyam. Palsu! Nampak sangat permohonan maafnya itu plastik!
Dengan rasa sebal di dada, Emerlyn mengangguk sekali kemudian melangkah pergi dari situ. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Pasti Aeden sudah menantinya pulang di rumah.
"Yang degil macam ni aku suka."ujar Dato' Hisyam sendirian sambil tersenyum sinis. Dia menghantar Emerlyn melalui ekoran mata.
Telefon pintar di keluarkan dari poket. Nombor seseorang di dail dan panggilan tersambung.
"Cari semua maklumat pasal Emerlyn Rayhana Dato' Razif. Aku nak atas meja aku sebelum hari Rabu"arah Dato' Hisyam kemudian menamatkan panggilan telefon.
"Morning abang!" Emerlyn menyapa suaminya yang baru turun ke ruang makan. Aeden menarik senyum manis buat si isteri.
"Morning too sayang. Mana Mak Som? Kenapa kau yang masak?"soal Aeden bertalu-talu sambil melipat lengan bajunya. Segak sungguh!
"Mak Som allows untuk masuk kitchen kalau saya bagi arahan je. Biar lah saya jaga perut abang. Mak Som boleh kemas-kemas rumah."terang Emerlyn. Saya bagi arahan eh? Dah macam mem besar pula hihihi.
"Kalau kau dah cakap macam tu aku okay je. By the way neonata, hari ni aku ada benda nak bincang dengan kau."ujar Aeden sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Cakap je lah."balas Emerlyn bersahaja.
"Aku nak kau berhenti kerja. Boleh?" Emerlyn terkedu dengan permintaan suaminya. Dah kalau terperuk aje dalam rumah,bosan lah dia!
"Apa saya nak buat kalau duduk rumah je abang? Sijil saya belajar tinggi-tinggi tu nak buat pekasam je ke?"soal Emerlyn bagai berjauh hati.
Aeden yang merasa isterinya tersalah faham cepat-cepat merapati isterinya. Tubuh Emerlyn yang membelakanginya dipusingkan menghadapnya.
"Bukan macam tu sayang. Aku nak kau fokus dekat rumah tangga kita. Dekat aku. Dekat anak-anak kita."jelas Aeden. Kedua belah tangan isterinya digenggam kejap. Kemudian dibawa kebibir.
Emerlyn tersipu malu mendengar hujung ayat Aeden. Anak-anak? Nampaknya Aeden sudah terlalu siap untuk menjadi seorang bapa. Bagaimana pula dengan dirinya? Siapkah dia?
"Sa...saya..."ayat Emerlyn tergantung. Dia menggigit bawah bibir. Tak tahu hendak balas apa. Dia malu. Malu tapi mahu! Eee gediknya!
Aeden tergelak dengan ekspresi isterinya. Bini siapa lah comel sangat ni bila gelabah. Malu-malu biawak pula. Nasib comel eee!
Emerlyn terkebil-kebil melihat suaminya tiba-tiba ketawa. Apa yang lucu? Dia buat lawak kah? Rasanya tidak.
"My beautiful wife. You look so hot when you shy."puji Aeden kemudian mencium kedua belah pipi Emerlyn.
"Abang! Nanti Mak Som nampak malu lah."geram Emerlyn dengan sikap lepas Aeden. Buatnya Mak Som ke Pak Hamid ke masuk ke dapur tadi macam mana?
"What? Isteri aku suka hati lah." Aeden kembali ke tempat duduk dan sambung makan. Sempat dikenyitkan mata ke arah Emerlyn yang sedang menyiapkan bekal nya untuk makan tengah hari nanti.
Tokk
Tokk
Tokk"Come in." Setelah diberi keizinan, pintu bilik pejabat itu dibuka oleh seorang lelaki tinggi lampai berkulit putih.
Satu sampul besar dihulurkan kepada Aeden. Aeden membuka dan membaca satu per satu tulisan di helaian kertas itu dengan senyuman mengerikan. Ini yang dia mahukan.
"Apa lagi yang kau dapat?"soal Aeden kearah lelaki tampan itu.
"Tu je buat sementara ni. Isteri kau banyak yang aim. Aku tak boleh nak cari semua maklumat pasal stalker dia 24 jam. Dah macam tak ada life aku ni asik menghadap laptop je kat rumah tu. Mak ngah kau sampai bising tanya bila aku nak kahwin macam kau. Sakit kepala aku dengar dia membebel. Kau pun satu! Siapa suruh kahwin awal sangat!" Aeden tertawa lepas dengan luahan sepupunya itu, Karl.
"Kepala hotak kau awal. Eh pakcik umur kau tu dah 27 tahun. Dua bulan lagi tahun baru! Dah 28 tahun. Kat rumah tak ada cermin eh?"balas Zack yang tiba-tiba merempuh pejabat Aeden.
"Ehh syaiton nirrojim. Aku tak kahwin sampai sekarang sebab kau tau! Yang kau bergatal panggil aku baby sayang bagai sampai orang ingat aku ni belok siapa suruh?!"Karl membalas dengan mendabik dada.
"Ada eh?"soal Zack dengan sengihan. Ah lantak lah! Sekarang ni dia pulak nak mengadu nasib dengan Aeden.
"Aed...tolong aku doh."rengek Zack.
"Apahal pula kau ni?"soal Aeden sambil mengurut pelipis dahinya. Ingat dia kaunter penyelesaian masalah ke?!
"Uncle kesayangan kau tu lah! Ada ke nak jodohkan aku dengan anak kawan dia!"adu Zack.
Aeden mendecit perlahan. Dia bingkas bangun dan berjalan keluar dari bilik pejabatnya meninggalkan dua sahabatnya begitu saja. Eriq balik lah sini. Penat aku dengan dua mangkuk ayun ni!
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomantizmSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...