Chapter 27

685 18 0
                                    

      "B...boss?!"Rina terjerit saat melihat figura Zackry di sebelah Aeden yang sedang menuruni anak tangga.

     "Kau ni kenapa. Nampak aku macam nampak hantu."kata Zackry bersahaja. Lengan bajunya di lipat sampai ke siku. Terserlah ketampanannya.

     "Kau kenal Zack ke Rin?"soal Emerlyn kemudian mengambil tempat di sebelah Rina. Aeden dan Zackry duduk sebelah menyebelah bertentangan dengan Emerlyn dan Rina.

    "Ni lah raja segala hantu yang aku cakap dekat kau tu!"bisik Rina kepada Emerlyn. Pandangannya ditundukkan. Tak berani dia bertentang mata dengan Zackry.

    "Dah dah kita makan dulu. Nanti sambung lah main bisik bisik tu."tegas Aeden. Rina merasakan Aeden sebagai penyelamat sekarang ini.

    Sepanjang makan, hanya dentingan sudu dan pinggan sahaja yang berbunyi. Emerlyn yang merasakan kejanggalan itu memandang Aeden dengan kening diangkat sebelah. Aeden membalas dengan mengangkat bahu tanda tidak tahu kemudian sambung makan dengan penuh selera.

     "Rin, aku masak ni untuk kau. Kenapa kau tak ambil pun lauk tu?"soal Emerlyn. Dari tadi Rina terkuis-kuis nasi di dalam pinggan. Sesekali nasi putih itu dimasukkan ke dalam mulut.

     "Err ak...aku nak makan lah ni." Barulah lauk udang masak lemak cili api itu dicedok dan dimasukkan ke dalam pinggannya. Sedaya upaya dia mengelak dari bertembung mata dengan Zackry yang dari tadi menenung dirinya dalam diam. Bukan dia tidak sedar tindak tanduk lelaki itu.

    Tiba-tiba dia ekor udang yang sudah siap di kupas diletakkan di dalam pinggannya oleh Zackry. Membulat mata Rina dengan kebaikkan tiba-tiba majikan hantunya itu.

     Mulut terasa berat hendak mengucapkan terima kasih. Sudah nya masing masing berdiam sehingga habis makan.

     "Rin letak je lah dalam tu. Nanti aku basuh."kata Emerlyn. Bukan dia tidak biasa Rina basuh pinggan di dapurnya ketika serumah dengan Rina dulu. Tapi dia ada sesuatu yang ingin di tanyakan kepada sahabat baiknya itu.

     "Tak apa lah weyh. Aku pun nak elakkan diri dari hantu tu."balas Rina sambil tangannya sibuk membuang sisa makanan di tempat khas yang disediakan untuk membuang sisa makanan.

     "Siapa hantu?"soal satu suara garau dari arah belakang Rina. Terkedu dia disitu tiba tiba. Badan dipusingkan menghadap empunya suara.

    "Aku tanya...siapa...hantu?"soal Zackry lagi dengan tangan yang memang tersedia diseluk ke dalam poket seluar dan badan dibongkokkan menyamai paras ketinggian Rina.

     Badan Rina mengeras seketika ketika wajah tampan Zackry tepat berada di hadapan mukanya. Tak berkelip matanya memandang ke arah wajah itu.

    "Answer me atau aku cium kau kat sini." Entah bila kedua tangan Zackry berada di atas singki bagi mengunci pergerakkan Rina.

    Rina cepat cepat menutup mulutnya menggunakan kedua belah tangannya. Kepalanya digeleng gelengkan tanda tidak mahu.

    "Hmmm! Hmmm hmm hmmm hmmm hmm."kata Rina sambil kedua tangan masih menutup mulut. Zackry menahan senyum melihat kelucuan itu. Dijentik perlahan dahi Rina sehinggakan wanita itu mengerutkan dahinya.

   "Idiot."kata Zackry kemudian keluar dari ruangan dapur itu.

     Setelah melihat kelibat Zackry hilang dari pandangan, kedua tangan yang menutup mulut itu dilepaskan. Dia menghela nafas lega. Tangan kanan dibawa ke dahi sambil digosok perlahan. Tak sakit mana pun padahal.

    Bila pula Emerlyn menghilang dari dapur. Perasaan tadi baru je sahabatnya itu halang dia dari membantu membersihkan pinggan kotor. Takkan lah Zackry pura pura buat suara Emerlyn? Ke dia berkhayal? Rina menggaru kepalanya yang berlapik tudung itu walaupun tak gatal.

     "Babe aku balik dulu tau! Kau kat sini jaga diri baik baik. Dengar cakap suami kau. Jangan buat perangai!"pesan Rina selepas merungkai pelukkan.

    "Kau pun jaga diri kat sana. Jangan paksa diri kerja je 24 jam. Tidur dan makan kena jaga juga! Senang senang datang lah sini lagi. Johor dengan KL baru 4 jam."ujar Emerlyn. Rina hanya membalas dengan senyuman dan anggukkan. Aku jaga tidur dan makan aku Lyn. Tapi ada hantu yang sibuk ganggu aku sampai tengah tengah malam pun suruh aku teman dia pergi meeting.

    Rina memandang sekilas Zackry yang sudah masuk ke dalam kereta. Ini bermakna dia pun perlu masuk ke dalam kereta memandangkan dia datang ke KL atas urusan kerja dengan Zackry. Mereka sama sama dari Johor datang ke KL naik kereta Zackry. Dah boss kan?

   "Aku pergi dulu Aed,Lyn."pamit Rina buat kali terakhir. Kemudian dia masuk kebahagian penumpang belah belakang kereta Zackry.

   "Siapa suruh kau duduk belakang?"soal Zackry dengan wajah mendatar.

   "Hah?"terkebil kebil mata Rina.

     "Duduk depan. Aku bukan driver kau."arah Zackry. Terkulat kulat Rina berpindah tempat. Memanglah kau bukan driver aku! Sengallah mamat bule ni!

     Kereta Mercedes Benz  A180 milik Zackry menderum laju meninggalkan kawasan perumahan Aeden dan Emerlyn. Masing masing diam tak berkata lagi sepanjang perjalanan.

     Terpisat pisat Rina membuka matanya. Terbeliak matanya saat memandang keluar tingkap. Gelap!

     "Dah bangun?" Rina segera mengalihkan pandangan ke arah suara garau itu.

    "Da...dah berapa lama aw...awak berhenti?"soal Rina gugup kerana ditenung oleh Zackry.

"Dari lepas maghrib?"kata Zackry bersahaja.

"Gila! Kalau kena tangkap basah tadi macam mana?! Dah lah sunyi aja tempat ni."terkejut Rina dengan respon dari bossnya.

"Kahwin je lah. Lagipun mana ada lelaki nak kahwin dengan perempuan yang pernah kena tangkap basah." Jawapan dari Zackry kali ini benar-benar buat dia ingin tampar wajah tampan itu.

"Nak pergi mana?"soal Zackry tatkala melihat Rina membuka pintu keretanya.

"Ladies."jawab Rina sepatah.

Deringan telefon Zackry membuatkan ucapannya terbantut sebelum berbicara. Nama Aeden yang tertera di skrin itu di pandang pelik.

"Helo."kata Zackry mendatar sebaik saja mengangkat panggilan tersebut.

"RED CODE! I repeat RED CODE!"panggilan itu tamat dengan sendirinya.

Belum sempat Zackry memanggil Rina, sebuah Hilux hitam menarik Rina masuk ke dalam kereta. Zackry tidak sempat menahan kereta tersebut.

"Merda!"carut. Berdecit kereta mewahnya mengejar Hilux hitam tadi.

"RED CODE! Alpha in RED CODE!"kata Zackry di walkie talkienya.


TBC

¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn RayhanaWhere stories live. Discover now