"Aku terima nikahnya Rina Awfiyah binti Kamarul Nizam dengan mas kahwinnya serba satu dan wang tunai RM9000 dibayar tunai."
Usai doa di bacakan, Zackry melangkah ke arah Rina untuk upacara batal wuduk. Sebelum huluran tangan di beri, dia meletakkan tangan kanannya di atas kepala Rina.
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku, Zackry Yashfi Victore bin Zayn Victore bersumpah ke atas Rina Awfiyah binti Kamarul Nizam. Setitis air matanya yang jatuh kerana kecewa denganku, maka pisah ranjang 7 hari 7 malam dan jatuh talak sesuai keinginannya serta ku haramkan cukur walaupun sehelai bulu di diri ku sehingga mendapat kemaafan darinya. Semua yang berada di sini menjadi saksi ke atas sumpah ku. Jikalau ikrar di langgar, maka murka ke atas ku sehingga akhir nafasku."lafaz Zackry.
Rina terkedu dengan ucapan suaminya yang baru saja didengari. Menitis air matanya kebahagiaannya. Bergitu besar cinta dan kasih sayang Zackry terhadap dirinya sehinggakan sungguh besar sumpah yang diikrarkan.
Emerlyn tidak mampu menahan air mata dari mengalir. Sungguh dia terharu dengan cinta setulus Zackry. Talkik itu dilafazkan penuh keikhlasan dari hati sahabat baik suaminya.
Aeden membantu Emerlyn mengelap air matanya. Terselit rasa bangga terhadap kawan dari zaman bangku sekolahnya itu.
Setelah tamat majlis resepsi Rina dan Zackry, masing berpamitan untuk kembali ke bilik masing-masing. Memandangkan ini hotel milik keluarga Karl, mereka yang menjadi tetamu penting diberi kemudahan bilik secara percuma.
"Thanks Rina sanggup terima anak I yang masuk air ni."ucap Nik Yasmin, mummy Zackry kepada Rina. Mereka yang mendengar tutur bicara itu tertawa lucu.
"Ishh apa mummy ni?! Zack dah ada wife pun masih nak kenakan Zack lagi. Dah lah kenakan Zack depan bini Zack pula tu!"ujar Zackry tidak puas hati sambil tangan di lipatkan di dada dengan wajah masam mencuka. Merajuk kononnya!
"Ha tengok la Rina suami you. I pun tak tahu nak cakap macam mana. Seingat I masa melahirkan dia dulu normal aje. Dah besar ni rosak pula. Aduhai!"keluh Nik Yasmin disambut dengan tawa.
"Mummyyy!"jerit Zackry tak puas hati.
"Ha ye lah ye lah sorry sorry. Mummy naik bilik dulu lah ye. Goodnight my little princess!"pamit Nik Yasmin kearah menantunya. Suka sungguh dia dengan pilihan Zackry yang satu ini. Dah lah cantik, perangai elok, sejuk aje mata memandang.
Rina membalas lembut ucapan ibu mertuanya. Terkedu dia saat Zackry menarik tangannya.
"Jom naik bilik. Semua dah naik bilik juga tu."ajak Zackry.
Rina sekadar membalas dengan anggukkan kecil. Jantungnya berdegup kencang. Entah takut atau gementar kerana bersentuhan dengan Zackry.
"Siapa perempuan cantik sebelah mummy Rose tadi enc..eh err ab...abang?" Hampir tersasul membahasakan suaminya Encik boss lagi.
"Entah lah, Karl kata tu anak angkat mummy dia. Tapi dari cara pandangan Karl dekat perempuan tu aku tahu dia bukan sebarang perempuan. Ada cinta dan dendam dalam mata dia."balas Zackry.
"Cinta dan dendam? Maksud abang?"soal Rina kehairanan.
"Aku tak tahu sweetheart, yang aku tahu tiada siapa yang boleh gantikan tempat Rys Nayla Gueverra dalam Mantion De' Gueverra." Zackry tidak mahu berkata lebih. Jika Karl tidak menceritakan apa-apa, maka dia hormat dengan keputusan Karl. Dia yakin Karl sudah matang dalam membuat keputusan.
Rina terangguk-angguk seperti burung belatuk. Mencerna setiap bicara suaminya.
"Pergi mandi dulu. Aku ada hal sikit."ujar Zackry saat mereka tiba di hadapan pintu bilik mereka. Hotel itu besar, namun tidak sudah untuk mencari bilik yang ditempah.
"Abang nak pergi mana?"
"Aku turun bawah jumpa kawan-kawan aku kejap. Men talk. I'll right back ASAP."satu ciuman diberikan di pipi sang isteri sebelum kaki melangkah pergi.
Rina termangku disitu kerana dicium Zackry tiba-tiba. Pipinya merona merah. Jantungnya berdegup kencang. Ada rasa bahagia yang kian menyelusup dalam hatinya.
Siapa tak cair oii. Somi tite encem, tinggi pula tu!Gentleman, multi talent, full package lah senang cerita. Ahakss!
TBC
YOU ARE READING
¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn Rayhana
RomanceSIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan sepasang mata yang unik berwarna violet serta tinggi 182cm. Dia mula jatuh cinta dengan EMERLYN RAYHA...