Chapter 10

935 28 0
                                    

     "Bù! Mama bù tóngyì!(Tidak! Mama tak setuju!)"nyaring suara wanita berusia separuh abad itu membantah.

      Aeden tersenyum sinis. Kaki yang tadinya disilangkan kembali seperti asal. Tubuh didorong sedikit ke hadapan.

      "Nǐ shì shéi? Wǒ lái zhèlǐ bùshì wèile zhēngqiú nǐ de xǔkě. (Who are you? I'm not here to ask your permission.)" dingin suara Aeden. Dia benci ketika semua perihalnya akan dicampur tangan oleh wanita itu.

     "Aeden! Non puoi parlare così a tua madre.(You can't talk to your mother like that.)"ujar Sir Frencho Xander, ayah kandung Aeden.

     "Tā bùshì wǒ māmā! (She is not my mother!)" suara Aeden meningkat satu oktaf. Dia tidak suka wanita penyebab kematian adik dan ibu kandungnya di gelar seorang ibu.

     Sir Frencho terdiam. Sudah sekian lama dia tidak mendengar suara nyaring anaknya sejak Aeden memeluk islam. Tekad yang bulat akhirnya dipersetujuinya dengan syarat Aeden kekal menjadi pemimpin kepada The Größte.

     Dia hanya melihat belakang tubuh Aeden yang menaiki anak tangga banglo mewah mereka. Kepulangan Aeden di Milan ini hanya untuk memberitahu mereka bahawa dia ingin bernikah dengan seorang gadis bernama Emerlyn Rayhana.

    "You. You have no right to stop whom he wants to married with!"suara Sir Frencho perlahan namun begitu keras dan dingin sambil jari tulunjuknya dituju ke arah isteri keduanya selepas kematian isteri pertamanya,Ailish.

     Marrie Ant Lee menghantar pemergian suaminya dengan ekoran mata. Nafas dihembus kasar. Kalau sampai Aeden kahwin semula dengan Emerlyn, pasti kacau! Akan terbongkar semua kejahatannya selama ini. Dia harus menawan dan mengaburi mata Emerlyn!


     Emerlyn berjalan mendekati Aeden yang sudah sedia menunggunya dia sebuah cafe. Diintai wajah Aeden yang kacak tanpa senyum. Makin kacak! Wake up Emerlyn!

     "So?"soal Aeden mendatar tanpa basa basi. Moodnya tidak berapa baik sejak dia pulang dari Milan,  jadi dia tidak mahu bercakap banyak.

     Emerlyn telan air liur yang kini terasa kelat melalui tekaknya. Dia hafal wajah ini. Dia pernah lihat wajah seperti ini 3 tahun dulu tetapi kali ini Aeden tampak lebih tenang. Namun auranya masih sama. Gerun!

     "Miss me?"soal Aeden lagi. Kali ini dengan senyuman sinis.

     "No I'm not!" nafi Emerlyn. Huh! Tak kuasa aku nak rindu freezer rosak macam kau. Sikit je lah.

     "Kalau tak jangan tenung aku lama sangat. Takut aku bawa kau jumpa tok kadi terus besok."ujar Aeden kemudian menghirup air yang dipesan semasa menunggu kedatangan Emerlyn.

     Emerlyn terkedu. Bawa jumpa tok kadi terus? No way! Mummy Lyn taknak kahwin!Huhuhuhu

     "Are you alright neonata?"soal Aeden melihat kebisuan Emerlyn. Entah kenapa dari tadi Emerlyn seperti berada dalam dimensi yang berbeza dengannya. Nak kata dia bagi pickup line tidak pula.

     "Okay. Err...saya terima lamaran awak. Tapi ada syarat."jawab Emerlyn.Neonata! Panggilan itu  pernah buat dia berasa diawangan suatu ketika dulu. Dan rasanya masih sama. Ya tuhan,kuatkan lah hamba mu ini.

     "What is it?"

     "Kalau dalam masa 3 bulan awak tak boleh buat saya jatuh cinta semua dengan awak, kita cerai."jawab Emerlyn cuba berlagak tenang. Walhal, jantungnya sudah berconsert di dalam.

    Kening Aeden bersambung. Apa maksud Emerlyn? Jadi apa yang dia mahukan daripada perkahwinan mereka? Sungguh wanita satu ini sukar ditebak.

     "Deal, pastikan kau jalankan juga tanggungjawab kau seperti seorang isteri nanti."setuju Aeden. Layankan sajalah permainan si Emerlyn ini. Dia mahu lihat sejauh mana Emerlyn ingin mengujinya.Ternyata inilah yang dimaksudkan oleh Eriq tempoh hari.

     "Hi Aeden! Long time no see." ujar satu suara perempuan datang dari arah belakang Emerlyn. Alunan suara itu sungguh gedik dan menyakitkan pendengan Emerlyn. Suara yang tak asing bagi Emerlyn. Suara pemusnah masjid yang hampir dibina bersama Aeden.

TBC

¹ˢᵗ HIS BABYGIRL | Emerlyn RayhanaWhere stories live. Discover now